LEBARAN TANPA PALESTIN, KEMENANGAN KITA?
Viral video seorang anak Palestin yang sedang mengumpulkan serpihan daging saudaranya ke dalam sebuah plastik. Viral juga video beratus bungkusan yang isinya bukan bantuan makanan, melainkan serpihan tubuh warga Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas Zionis setelah berakhirnya gencatan senjata tahap pertama.
Sejak seminggu terakhir ini, pihak Zionis masif melakukan serangan udara dan darat ke wilayah Gaza. Tercatat sejak Selasa (18-3-2025), ada 730 warga yang tewas dan 1367 warga lainnya cedera. (Qudsnen, 25-3-2025). Ini semua menambah jumlah mangsa serangan Zionis sejak 7 Oktober 2023 menjadi lebih dari 50,080 orang gugur, 14,500 daripada jumlah tersebut adalah kanak-kanak, 113,408 orang cedera, dan 10,000 lainnya hilang.
Sebagaimana dalam kes sebelumnya, majoriti mangsa dalam serangan Ramadhan ini adalah perempuan dan kanak-kanak yang tidak berdaya. Mereka diserang saat sahur dalam keadaan kelaparan dan tanpa ada pelindung sama sekali. Sebahagian dari mereka jasadnya ditemukan dalam keadaan hancur hingga sukar untuk dikenalpasti.
Di Luar Batas Manusia
Apa yang dilakukan Zionis ini benar-benar di luar batas manusia. Setelah berakhirnya fasa pertama gencatan senjata pada 1 Mac 2025, pihak Zionis mengepung semula Gaza. Mereka memotong bekalan eletrik sekali lagi sekaligus menyekat makanan, air, bahan bakar, serta ubat-ubatan untuk masuk ke Gaza. Alhasil, kaum muslim Gaza terpaksa menjalani ibadah Ramadhan dalam keadaan yang sangat berat.
Bahkan bukan setakat menyekat, setelah pertengahan Ramadhan, tepatnya 18 Mac 2025, pihak Zionis juga terus menyerang warga Gaza yang benar-benar sudah tanpa daya. Mereka melancar pengeboman dahsyat terhadap rumah-rumah penduduk, sekolah-sekolah, masjid-masjid dan khemah-khemah penduduk Gaza (bagi warga yang rumahnya sudah hancur).
Pihak Zionis telah memutuskan sepihak untuk tidak meneruskan perjanjian gencatan senjata ke tahap kedua. Dalihnya adalah pihak Hamas telah melanggar perjanjian, padahal faktanya merekalah yang kerap melanggar perjanjian, bahkan sejak tahap pertama.
Pihak Zionis dalam hal ini menuntut pembebasan lebih banyak tahanan mereka. Namun pada saat sama, mereka tidak mahu memenuhi komitmennya kepada Hamas. Mereka juga tidak nampak berhasrat untuk mengakhiri perang di Gaza, padahal itulah yang sudah dijanjikan sebelumnya.
Bahkan atas dukungan Presiden Amerika Donald Trump, PM Netanyahu memutuskan untuk meneruskan projek genosid di Gaza. Serangan pada 18 Mac tersebut adalah bukti nyata bahawa pihak Zionis memang ingin benar-benar menguasai Gaza.
Serangannya juga jauh lebih brutal dan dahsyat dari sebelumnya. Hal ini tergambar dari petikan yang didapati dalam satu artikel berita di laman web Qudsnen, “Keluarga-keluarga terperangkap di antara reruntuhan, tanpa air, tanpa makanan, tanpa ubat-ubatan, dalam keadaan sektor kesihatan yang sedang lumpuh. Yang cedera dibiarkan mati kehabisan darah, dan anak-anak mati kelaparan dan kehausan di bawah pengepungan dan pengeboman yang bertali arus tidak berhenti.”
UNICEF juga menggambarkan keadaan di sana sebagai fakta yang sangat mengerikan. Mengapa tidak, di Gaza benar-benar tidak ada lagi tempat yang selamat. Bahkan boleh diibaratkan, setiap warga Gaza seakan sedang menunggu giliran kematiannya.
Ajaibnya Gaza, Lemahnya Kita
Sungguh ironi, semua itu terjadi di depan mata seluruh penduduk dunia, termasuk kita. Namun, dari hari ke hari, suara pembelaan atas muslim Palestin khususnya Gaza makin lemah terdengar, tertutup oleh berbagai persoalan yang membelit kehidupan mereka. Begitu juga dengan para penguasanya.
Mereka hanya mampu beretorika dan lantang bersuara untuk siap berada di sisi muslim Palestin. Namun faktanya, tidak ada satu pun yang mereka lakukan selain bersikap berkecuali atas nama kepentingan antarabangsa dan perjanjian serta perundangan antarabangsa yang perlu dijaga.
Padahal sebagai sesama umat Rasulullah SAW, kita tidak boleh berdiam diri melihat saudara seimannya hidup menderita. Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah beriman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”(HR Bukhari dari Anas bin Malik, ra.).
Beliau SAW juga bersabda, “Barang siapa yang pada pagi harinya hasrat dunianya lebih besar maka itu tidak ada apa-apa di sisi Allah, dan barang siapa yang tidak takut kepada Allah maka itu tidak ada apa-apa di sisi Allah, dan barang siapa yang tidak ambil tahu urusan kaum muslimin semuanya maka dia bukan golongan mereka” (HR Al-Hakim dan Baihaqi).
Betul bahawa apa yang berlaku di Gaza, hakikatnya adalah kemuliaan bagi kaum Muslim di sana kerana tanahnya menjadi tanah jihad dan kematiannya adalah syahid yang diinginkan setiap hamba bertakwa. Itulah sebab, kita lihat mereka nampak begitu sabar dan redha dengan ketentuan Rabb-nya, meskipun mereka tetap menangis kerana mereka juga adalah manusia.
Namun bagi kita, nasib mereka hakikatnya adalah ujian keimanan. Adakah iman itu kuat tertancap di dada? Atau hanya sampai di kerongkong, bahkan di bibir semata? Sudah tentu tidak sepatutnya kita membiarkan, mengabaikan saudara muslim kita dibantai dan dihilangkan kewujudan mereka di muka bumi ini. Bahkan kelak kita akan didakwa kerana saat di dunia, kita berpura-pura pekak dan buta serta menerima segala kelemahan dan keadaan untuk tidak bersungguh-sungguh membantu mereka.
Islam tegas memerintahkan agar kaum muslim seluruhnya bergerak membantu dengan sekuatnya. Pertolongan itu tidak lain berupa tentera yang akan mengusir penjajah dan sekutunya dengan jihad fii sabilillah. Namun tidak dinafikan, saat ini ada halangan yang besar bagi umat agar dapat bergerak menolong mereka. Halangan itu adalah keberadaan kepemimpinan dan negara yang tegak di atas fahaman sekularisme dan nasionalisme di negeri-negeri Islam.
Dua hal inilah yang selama ini membuatkan umat Islam begitu lemah dan terpecah belah. Keberadaan akidah pada diri mereka tidak cukup untuk melahirkan satu rasa dan satu pandangan tentang permasalahan Palestin. Bahkan bukan hanya isu Palestin, dalam berbagai urusan dunia, mereka sukar disatukan hingga mereka menjadi sasaran atau mangsa sekaligus objek jarahan bagi musuh-musuhnya.
Suara-suara pembelaan terhadap nasib muslim Palestin, dengan mudah tertutup oleh masalah-masalah lainnya. Sebahagian mereka bahkan berkata, untuk apa memikirkan urusan bangsa lain, sementara kita di sini pun sedang berhadapan dengan bermacam masalah. Mereka lupa, bahawa urusan muslim Palestin adalah urusan mereka juga. Sejatinya jati diri muslim Palestin adalah jati diri mereka juga.
Urgensi Dakwah Pemulihan Akidah
Tidak lama lagi kaum muslimin akan menyambut Hari Raya. Mereka selalu menarasikan hari itu sebagai hari kemenangan mereka. Namun, melihat apa yang berlaku ke atas muslim Palestin, khususnya Gaza, bahkan dengan yang menimpa pada diri mereka sendiri dengan segala kesempitannya, maka kita patut bertanya, lebaran nanti sebenarnya kita menang dari apa?
Semua orang pasti tahu bahawa sasaran yang dituju dari pensyariatan puasa Ramadhan adalah lahirnya manusia-manusia yang bertakwa. Itulah hakikat kemenangan yang sebenarnya. Akan tetapi, apakah itu takwa?
Saidina Ali Bin Abi Thali RA menyebut ada sempat kunci takwa. Pertama, al-khauf min al-jalil, yakni adanya rasa takut kepada Allah Yang Maha Agung. Kedua, al-‘amal bi at-tanzil (mengamalkan seluruh syariat yang Allah turunkan). Ketiga, ar-ridha bi al-qalil (redha dengan anugerah yang dianggap kecil alias qanaah). Keempat, Al-Isti`dadu li Yaumi ar-Rahil (sentiasa mempersiapkan bekal untuk menghadapi kematian dan kembali menghadap Allah Taala).
Jika dicermati seluruhnya, nampak bahawa esensi dari takwa tadi adalah kesediaan untuk tunduk patuh dan taat kepada ketentuan Sang Maha Pencipta, baik dalam konteks individu, masyarakat, mahupun negara. Dan ini terkait dengan tujuan hakiki penciptaan manusia, yakni sebagai hamba Allah sekaligus khalifah yang akan memakmurkan alam semesta.
Untuk itulah Allah Taala menurunkan syariat Islam sebagai tuntunannya. Hanya saja, syariat ini hanya mungkin dapat diterapkan secara menyeluruh dalam sebuah kepemimpinan atau negara yang tegak di atas akidah Islam. Itulah Khilafah Islam, sebuah negara warisan Rasulullah yang pernah menaungi dan menyatukan umat Islam seluruh dunia sekaligus memuliakan mereka dalam garis masa yang sangat panjang.
Sayangnya hari ini, Khilafah Islam telah hilang eksistensinya sehingga Islam hanya wujud di tengah sebahagian individu muslim. Pada 1924, penjajah British melalui ejennya, Mustafa Kemal, telah berjaya meruntuhkannya. Sejak itulah umat Islam hidup sebagai entiti yang terpecah belah dan kehilangan muruahnya. Penjajah British dan Amerika bahkan berjaya mendirikan “negara” Zionis di jantung negeri Islam, yakni di Tanah Palestin.
Hari ini umat Islam dunia sedang merasakan dampak buruk akibat ketiadaan Khilafah Islam dan penerapan aturan sekular atas mereka. Berbagai krisis terus melanda, hingga terus membuatkan mereka lemah tanpa daya meski jumlah umat Islam di dunia saat ini lebih dari dua bilion. Salah satu buktinya adalah dengan berlarutnya krisis Palestin dan ketidakberdayaan mereka dalam mengusir Zionis yang jumlahnya tidak seberapa. Persoalannya, sampai bila kita rela hidup dalam keadaan terhina begini?
Khatimah
Madrasah Ramadhan sejatinya mengajar kita untuk memiliki keimanan yang teguh, ketaatan yang kuat, dan kesiapan untuk berjuang di tengah fitnah zaman yang dapat melalaikan bahkan menyesatkan manusia dari tujuan penciptaan. Hanya saja, bersandar pada kekuatan individu semata pasti merasa sukar kerana eksistensi kekufuran dan segala bentuk kejahatan di-support oleh kekuatan negara yang bersifat global, termasuk yang berlaku di Palestin.
Oleh sebab itu, urgensi mengembalikan Khilafah jelas tidak dapat lagi ditawar. Lebih-lebih lagi penegakan syariat Islam kaffah dalam naungan sistem Khilafah juga merupakan satu kewajipan. Namun, projek besar ini hanya mungkin dapat dilakukan oleh sebuah jemaah dakwah yang konsisten berpegang teguh pada mabda (ideologi) Islam dan langkah perjuangannya tidak menyelisihi manhaj (jalan) kenabian.
Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan bahawa hujung dari perjuangan ini adalah kemenangan, yakni dengan tegaknya Khilafah Rasyidah ke-2 di tengah umat Islam. Khilafah inilah yang akan mengembalikan kemuliaan umat, menyatukan dan mensejahterakan mereka serta membebaskan mereka dari segala bentuk penjajahan, termasuk Palestin.
Khilafah, dengan syariat Islam yang diterapkannya, benar-benar akan memimpin dunia dan menjadi penebar rahmat bagi alam semesta. Itulah kemenangan yang nyata, sebagaimana Allah SWT berfirman, “Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.” (TMQ Al-Fath: 28).
Sumber: muslimahnews.com

