Site icon MuslimahHTM News

Jihad Adalah Kewajipan Syariah yang Tidak Boleh Ditangguhkan oleh Pemimpin Zalim, dan Tidak Memerlukan Keizinan Ejen Manapun!

[Kenyataan Media] Jihad Adalah Kewajipan Syariah yang Tidak Boleh Ditangguhkan oleh Pemimpin Zalim, dan Tidak Memerlukan Keizinan Ejen Manapun!

(Terjemahan)

 

Berikutan perang genosid yang dilakukan oleh entiti Yahudi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dengan sokongan Amerika dan Barat, serta kerjasama pemimpin-pemimpin Muslim, dan dengan kebangkitan suara majoriti rakyat yang menuntut pengerahan tentera Muslim untuk menyokong saudara-saudara mereka, Dar al-Ifta Mesir telah mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin, 7 April 2025, di mana ia menanggapi seruan kepada jihad dan memerangi entiti Yahudi sebagai “seruan yang tidak bertanggungjawab,” dan bahawa “deklarasi Jihad hanya boleh dibuat di bawah panji-panji negara dan kepimpinan politik yang sah,” serta menuduh mereka yang menyeru Jihad sebagai “melanggar peraturan syariat dan menjejaskan keselamatan masyarakat”!

 

Kami, di Hizb ut-Tahrir/Wilayah Mesir, mengecam kenyataan ini, secara keseluruhan dan terperinci, dan kami menegaskan:

 

Pertama: Jihad adalah kewajipan Syariah yang akan kekal hingga Hari Kiamat.

 

Jihad di Jalan Allah (swt) adalah kewajipan syariah individu (fardhu ain), jika mana-mana tanah Muslim dijajah, seperti yang berlaku di Tanah Yang Diberkati, Palestin. Allah (swt) berfirman,

 

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;” [TMQ al-Baqarah (2):216].

 

Rasulullah (saw) bersabda,

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ

“Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang, dan tidak pernah berniat dalam hatinya untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang daripada kemunafikan.” [HR Imam Muslim]

 

Ketetapan syariat mengenai Jihad tidak boleh diabaikan, atas alasan “realisme politik ragmatic” atau “kepentingan nasional,” seperti yang dinyatakan oleh Dar al-Iftaa. Sebaliknya, Jihad adalah kewajipan syarak, dan seorang Muslim akan dipertanggungjawabkan jika mengabaikannya.

 

Kedua: Negara yang melarang Jihad dan menyokong musuh bukanlah negara yang sah.

 

Sejumlah keperluan Dar al-Ifta yang mengatakan keputusan untuk berperang mesti dikeluarkan oleh “kepimpinan politik,” mendedahkan penyelewengan yang disengajakan terhadap konsep kesahihan (legitimasi) syariah. Kesahihan syariah dalam Islam adalah berdasarkan pelaksanaan undang-undang syariah Allah (swt), bukan pada kesahihan peti undi dan perlembagaan Barat. Rejim-rejim yang berkuasa di Mesir dan negara-negara Muslim lain hari ini adalah rejim sekular, ejen-ejen yang memerangi Islam, mengepung umatnya, dan mendukung musuh. Oleh itu, mereka tidak mempunyai sebarang kuasa syariah yang sah ke atas umat, dan adalah tidak wajar menjadikan keizinan mereka sebagai syarat dalam melaksanakan kewajipan Jihad.

 

Ibn Taymiyyah, rahimahullah, berkata,

الراعي إذا لم يُقِمْ فيهم كتاب الله، وجب على المسلمين أن يغيروا عليه

“Jika seorang pemimpin tidak melaksanakan Kitab Allah (swt) di kalangan mereka, maka menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menggantikannya.”

 

Ketiga: Fatwa Dar al-Ifta mebenarkan ketidakbertindakan, dan turut serta dalam pengkhianatan

 

Pada masa ketika penduduk Gaza dibom, anak-anak dan para wanita mereka dibunuh, dan mereka dinafikan makanan dan ubat-ubatan, Dar al-Ifta mengeluarkan amaran terhadap Jihad, bukan terhadap bahaya serangan musuh! Adakah ini “kebijaksanaan” yang diperintahkan oleh syarak? Adakah pertahanan diri menjadi “kekacauan,” sementara bersekutu dengan Yahudi dan Amerika adalah “kepentingan sah”?

 

Fatwa ini menyumbang kepada pencairan konsep-konsep Islam, membius kesedaran umat, dan menjustifikasikan pengkhianatan pemimpin, di bawah samaran aturan syariah. Ini merupakan satu pelanggaran terhadap syariah dan moral.

 

Keempat: Jihad tidak boleh ditangguhkan dengan alasan akibat, dan tidak dibatasi oleh izin pemimpin yang korup.

 

Salah satu prinsip undang-undang syariah adalah bahawa kerosakan hanya boleh dihentikan dengan menunaikan kewajipan syariah, bukan dengan mengabaikannya. Walaupun Jihad memerlukan pengorbanan, ia adalah satu-satunya kaedah syariah untuk membebaskan tanah dan menangkis serangan. Menyerah, tunduk, dan alasan realistik hanya membawa tragedi dan malapetaka kepada ummah selama lebih dari satu abad.

 

Imam al-Qurtubi berkata,

وأما من ادّعى أن العدو لا يُقاتَل حتى نتقوى ونعدّ العدة، فهذا باطل، لأن الله أمر بالجهاد على كل حال

“Adapun mereka yang mendakwa bahawa musuh tidak boleh diperangi sehingga kita menjadi lebih kuat dan bersedia sepenuhnya, ini adalah palsu, kerana Allah (swt) telah memerintahkan Jihad dalam semua keadaan.”

 

Kelima: Hari ini, deklarasi Jihad yang sebenar hanya boleh dilaksanakan secara praktikal oleh Khalifah umat Islam.

 

Hari ini, umat Islam memerlukan seseorang untuk memimpin tentera, menyatukan barisan, dan secara praktikal mendeklarasikan Jihad. Ini hanya boleh berlaku di bawah kepimpinan Khilafah Rashidah (Khilafah ala minhaj Nubuwwah), untuk mengemablikan kekuasaan bagi umat Islam dan membebaskan tanah-tanah mereka.

 

Rasulullah (saw) bersabda,

إِنَّمَا اْلإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

Sesungguhnya Imam/Khalifah adalah perisai orang-orang berperang di belakangnya dan menjadikannya pelindung.” [HR Muslim]

 

Adapun rejim-rejim yang memerintah di negeri-negeri umat islam sekarang, mereka adalah pelindung entiti Yahudi, bukan musuhnya. Mereka adalah halangan kepada Jihad, bukan syarat untuknya.

 

Wahai ulama dan mufti Al-Azhar: Bertakwalah kepada Allah (swt) mengenai deen (agama) kalian. Jangan jadikan ilmu kalian sebagai barang dagangan di pasar istana, yang dibeli dengan persetujuan pemimpin. Ketahuilah bahawa kalian akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah (swt) untuk setiap kata-kata yang kalian ucapkan yang menyesatkan umat, membungkam suara kebenaran, dan membenarkan pengkhianatan pemimpin serta kegagalan mereka untuk menyokong umat Islam yang tertindas.

 

Kalian tahu bahawa Jihad akan berterusan hingga Hari Kiamat dan bahawa menyokong orang yang tertindas adalah kewajipan syariah. Kalian tahu bahawa merujuk kepada akibat dan mengagungkan “pemimpin” yang mengepung Gaza, serta menghalang tentera daripada mendukung Gaza adalah pengkhianatan terhadap Allah (swt), Rasul-Nya (saw), agama-Nya, dan umat Islam. Itu bukan fiqh syariah ataupun kewibawaan. Maka janganlah kalian menjadi golongan yang Allah (swt) sebutkan dalam firman-Nya,

 

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” [TMQ al-Baqarah (2): 159].

 

Janganlah kalian menyangka bahawa berdiam diri akan menyelamatkan kalian, atau bahawa perlindungan pemimpin akan melindungi kalian daripada azab Tuhan, kerana Allah (swt) akan bertanya kepada kalian pada Hari Kiamat: Mengapa kalian berdiam diri? Mengapa kalian berdusta terhadap agama? Mengapa kalian mengkhianati umat Islam?

 

Allah (swt) berfirman,

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

“ Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).” [TMQ Asy-Syu’araa’ (26): 88-89].

 

Sedarlah, sebelum datang hari di mana kalian akan dilemparkan atas muka kalian ke dalam Neraka.

 

Allah (swt) berfirman,

يُقَالُ هَٰذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ

“ Akhirnya dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.’” [TMQ al-Mutafifin (83):17].

 

Janganlah mengkhianati amanah, dan jangan menjual akhirat kalian untuk kehidupan dunia kalian. Katakanlah kebenaran, kerana kematian akan datang, perhitungan akan datang, dan Allah (swt) adalah di atas segala kuasa duniawi.

 

Wahai putera-putera Mesir Al-Kinanah yang ikhlas:

Bukankah sudah tiba masanya untuk kalian bangkit sebagai satu tubuh?! Bukankah sudah tiba masanya darah yang tumpah setiap hari di Gaza menggoncang perasaan kalian?! Di manakah kemarahan kalian demi wanita-wanita yang dirogol dan anak-anak yang mati di bawah runtuhan?! Di manakah semangat perlindungan kalian terhadap Masjid Al-Aqsa, Masrah (Destinasi Perjalanan Malam Nabi (saw)) yang sedang dinodai  di bawah kaki-kaki entity Yahudi?!

 

Kami, di Hizbut Tahrir/Wilayah Mesir, menyeru kalian dengan panggilan dari hati yang berkobar-kobar dengan kesedihan atas apa yang berlaku kepada saudara-saudara kami di Tanah Yang Diberkati, Palestin: Bergeraklah ke arah berek-berek tentera. Tuntutlah pengerahan tentera, bukan hanya pembukaan lintasan. Laungkanlah di hadapan para komander tentera: Jihad… Jihad… Jihad. Cukuplah dengan tangisan dan solidariti yang dangkal. Cukuplah dengan kenyataan kosong dan slogan yang tidak bermakna. Masa untuk bertindak telah tiba. Sudah tiba masanya untuk perubahan radikal. Sudah tiba masaya untuk Khilafah Rashidah (Khalifah ala Minhaj Nubuwwah).

 

Wahai tentera Mesir al-Kinanah: Wahai putera-putera ummah berakidah Islam! Wahai kalian yang mengangkat senjata bukan untuk menjaga pemimpin zalim, tetapi untuk menyokong orang yang tertindas! Wahai kalian yang bersumpah dengan nama Allah (swt) untuk melindungi negara kalian! Di sini ia dilanggar di depan mata kalian, maka apa yang menghalang kalian daripada menyokongnya?! Apa yang menghalang kereta kebal dan pesawat kalian?! Jika kalian tidak bertindak sekarang, bila lagi?!

 

Wahai penduduk Mesir, sekalian rakyat, para pegawai dan tentera-tenteranya: Saat penyelamatan semakin hampir, dan kemenangan Allah (swt) pasti akan datang. Maka jadilah orang-orang yang menerima kemenangan ini, pembawa panji kebenaran ar-rayah dan penyokongnya. Serukanlah perkataan kebenaran, dan bekerjasamalah dengan kami untuk menegakkan kepimpinan syariah daripada Allah (swt) di atas muka bumi ini. Jadikan Gaza sebagai percikan api untuk mengembalikan Khilafah Rashidah (Khilafah ala minhaj Nubuwwah), pengerahan tentera, dan kemenangan yang jelas.

 

Mudah-mudahan Allah (swt) menerimanya daripada kalian, dan kemenangan akan berada di tangan kalian, dan kalian akan meraih kemuliaan di dunia ini, dan kehormatan di akhirat. Kemudian kalian akan ingat apa yang kami katakan kepada kalian sekarang. Oleh itu, kami serahkan urusan kami kepada Allah (swt).

 

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Allah (swt) berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” [TMQ al-Baqarah (2):159].

 

Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Mesir

 

Exit mobile version