Site icon MuslimahHTM News

[Telaah Kitab] Polisi Pendidikan Dalam Negara Khilafah

[Telaah Kitab] Polisi Pendidikan Dalam Negara Khilafah

Penulis: Gus Syams

Polisi pendidikan Negara Khilafah adalah politik yang mendasari pendidikan Negara Khilafah, yang merangkumi asas dan pelaksanaan pendidikan secara praktikal. Dalam Seksyen 170 dinyatakan:
يَجِبُ أَنْ يَكُوْنَ اْلأَسَاسُ الَّذِيْ يُقُوْمُ عَلَيْهِ مَنْهَجُ التَّعْلِيْمِ هُوَ الْعَقِيْدَة اْلإِسْلاَمِيَّةُ، فَتُوْضَعُ مَوَادُ الدِّرَاسَةِ وَطُرُقُ التَّدْرِيْسِ جَمِيْعُهَا عَلَى الْوَجْهِ الَّذِيْ لاَ يَحْدُثُ أَيُ خُرُوْجٍ فِي التَّعْلِيْمِ عَنْ هَذَا اْلأَسَاسِ .
Asas yang melandasi kurikulum pendidikan harus Akidah Islam. Semua mata pelajaran dan kaedah pengajaran disusun sedemikian rupa sehingga tiada penyimpangan sedikit pun dari asas ini dalam pendidikan.

Dikatakan dalam bahasa Arab: ‘Alima ar-rajulu ‘ilm[an] hashalat lahu haqiiqatu al-‘ilmi (Seseorang yang mengetahui ilmu bermakna dia telah sampai pada hakikat ilmu).

Imam Fairuz Abadiy dalam Kitab Al-Qaamus al-Muhiith menyatakan: ‘Alimahu seperti sami’ahu, ‘ilm[an] (dengan kasrah) bermaksud ‘arafahu (mengetahuinya). ‘Alima huwa fii nafsihi (Dia mengetahui apa yang ada di dalam dirinya). Lelaki itu ‘aalim (isim faa’il) dan ‘aliim (isim fa’iil). Jamaknya, ‘ulamaa` wa ‘ullaam. Makna bahasa ini adalah makna asal bagi perkataan ‘alima dan semua turunannya. Oleh itu, makna perkataan ‘alima dan semua turunannya hendaklah difahami dengan makna tersebut, kecuali ada petunjuk yang mengarahkannya ke makna lain.

Apabila dikatakan manhaj al-ta‘liim (kurikulum pendidikan), yang dimaksudkan adalah makna bahasanya, iaitu semua pengetahuan (kullu ma’rifah). Kurikulum pendidikan adalah ungkapan yang menggambarkan asas-asas yang membentuk maklumat yang akan diajarkan, serta topik-topik yang dicakup oleh maklumat tersebut dari satu sisi, dan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut dari sisi yang lain. Kurikulum pendidikan merangkumi dua perkara: (1) mata pelajaran; (2) kaedah-kaedah pengajaran. Apabila Akidah Islam menjadi asas kehidupan seorang Muslim, asas Negara Islam, dan asas interaksi antara umat Islam, iaitu asas masyarakat, maka semua pengetahuan yang diperoleh seorang Muslim melalui talaqqiy juga hendaklah berlandaskan kepada Akidah Islam. Tidak kira sama ada pengetahuan tersebut berkait dengan kehidupannya, hubungannya dengan orang lain, peranannya dalam politik negara, atau segala perkara dalam kehidupan ini, termasuk apa yang berkaitan dengan kehidupan sebelum dan selepasnya.

Pada zaman dahulu, Rasulullah SAW bergaul dengan masyarakat dengan mengajak mereka kepada Islam terlebih dahulu, iaitu mengajak mereka untuk meyakini Akidah Islam. Setelah mereka memeluk Islam, barulah baginda mengajarkan hukum-hukum Islam kepada mereka. Oleh itu, Akidah Islam adalah asas yang mendasari pengajaran Rasulullah SAW kepada umat Islam. Ketika terjadi gerhana matahari pada saat anak beliau, Ibrahim, meninggal dunia, masyarakat berpendapat bahawa gerhana itu terjadi kerana kematian Ibrahim. Rasulullah SAW pun bersabda:
إنَّ الشمسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ الله لا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda Allah. Kedua-duanya tidak akan mengalami gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menjadikan Akidah Islam sebagai asas untuk menyampaikan maklumat mengenai gerhana matahari dan bulan. Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Said al-Khudri yang mengatakan:
خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِي غَزْوَة بَني الْمُصْطَلِقِ، فَأَصَبْنَا سَبْيًا مِنْ سَبْىِ الْعَرَبِ، فَاشْتَهَيْنَا النِّسَاء وَاشْتَدَّتْ عَلَيْنَا الْعُزْبَةُ، وَأَحْبَبْنَا الْعَزْلَ، فَأَرَدْنَا أَنْ نَعْزِلَ، وَقُلْنَا نَعْزِلُ وَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَظْهُرِنَا قَبْلَ أَنْ نَسْأَلَهُ فَسَأَلْنَاهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ “مَاعَلَيْكُمْ أَنْ لاَتَفْعَلُوا،مَا مِن نَسَمَةٍ كَائِنَةٍ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلا وَهْىَ كَائِنَة
“Kami keluar bersama Rasulullah SAW dalam Perang Bani Musthaliq.  Kemudian kami berjaya menawan sabyi (tawanan wanita dan anak-anak) dari sabaya Arab.  Sehingga kami berhasrat kepada para wanitanya, sedangkan bujang menyulitkan kami, dan kami lebih suka melakukan ‘azl.  Ketika kami hendak melakukan ‘azl, kami berkata, “Bagaimana kita hendak melakukan ‘azl, sedangkan Rasulullah SAW ada di tengah-tengah kita, sebelum kita bertanya kepada baginda?” Lalu kami bertanya kepada baginda tentang perkara itu (‘azl).  Rasulullah SAW menjawab, “Hendaknya kalian tidak melakukan itu. Kerana, tidak ada satu pun jiwa yang telah Allah tetapkan tercipta hingga Hari Kiamat, kecuali ia pasti akan tercipta.” 

Di dalam riwayat lain dituturkan bahawa mereka bertanya kepada Nabi SAW berkaitan ‘azl.  Baginda menjawab:
مَا عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تَفْعَلُوا إنَّ اللهَ قَدْ كَتَبَ مَنْ هُوَ خَالِقٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Hendaknya kalian tidak melakukan.  Sungguh Allah telah menetapkan siapa yang Dia ciptakan hingga Hari Kiamat.”

Imam Muslim juga mengeluarkan riwayat yang semisal itu.  Rasulullah SAW menjawab pertanyaan mereka tentang ‘azl dari aspek keberadaan ‘azl yang boleh mencegah kehamilan. Baginda menjadikan asas jawapan baginda dengan keimanan pada Ilmu Allah, iaitu dengan Akidah Islam.

Banyak hadis menunjukkan hal ini, yang menegaskan bahawa menjadikan Akidah Islam sebagai asas dalam pendidikan adalah kewajipan negara. Negara tidak boleh mengabaikannya sama sekali.
Namun, menjadikan Akidah Islam sebagai asas bagi program pendidikan tidak bermakna semua pengetahuan mesti berpunca daripada Akidah Islam. Ini kerana, hal ini tidak diperintahkan oleh syarak. Hal ini juga bertentangan dengan fakta. Akidah Islam tidak memancarkan semua pengetahuan. Akidah Islam khusus (hanya berkaitan) dengan akidah dan hukum-hukum. Tidak berkaitan dengan selain kedua-duanya. Maksud menjadikan Akidah Islam sebagai asas bagi program pendidikan adalah bahawa pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan keyakinan-keyakinan dan hukum-hukum wajib berpunca daripada Akidah Islam. Ini kerana, Akidah Islam datang untuk menjelaskan kedua-duanya. Adapun pengetahuan-pengetahuan selain akidah-akidah dan hukum-hukum, maka maksud menjadikan Akidah Islam sebagai asas baginya adalah bahawa pengetahuan-pengetahuan dan hukum-hukum tersebut diterima berdasarkan Akidah Islam. Dengan kata lain, Akidah Islam dijadikan sebagai piawaian. Semua yang bertentangan dengan Akidah Islam tidak boleh diterima dan diyakini. Sebaliknya, semua yang tidak bertentangan dengan Akidah Islam boleh diterima.
Oleh itu, Akidah Islam merupakan ukuran dalam hal menerima dan mempercayai pengetahuan-pengetahuan selain akidah-akidah dan hukum-hukum. Adapun dari segi mengetahui dan mempelajari, maka tiada dalil yang melarang mempelajari ilmu. Dalil-dalil datang untuk mendorong mencari ilmu. Rasulullah SAW bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Mencari ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim.”

Imam Zarkasyi berkata dalam Kitab At-Tadzkirah: Al-Hafidh Jamaluddin al-Maziy berkata,
“Hadis ini diriwayatkan melalui jalan-jalan yang mencapai darjat hasan.”

Kata ‘ilm itu termasuk umum dan merangkumi semua ilmu yang memberi manfaat. Imam Abu Dawud, Ahmad, Ibnu Hibban, dan al-Baihaqi dalam Kitab Syu’ab al-Imaan mengeluarkan riwayat dari Kathir bin Qais, sabda Rasulullah SAW:

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ الله بِه طَرِيْقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ
“Siapa saja yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah akan memudahkan bagi dirinya salah satu jalan ke syurga.”

Kata ‘ilm[an] di sini bersifat mutlak dan merangkumi semua ilmu yang bermanfaat. Dinyatakan dalam al-Quran, pemikiran-pemikiran dan keyakinan-keyakinan yang bertentangan dengan Islam, seperti:
وَمَا يُهۡلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهۡرُۚ ٢٤
“Tiada yang akan membinasakan kita melainkan masa.”[TMQ  al-Jatsiyah (45): 24].

Juga ayat-ayat lain yang menunjukkan kebolehan untuk mempelajari pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan Akidah Islam.
Dari sini, dapat difahami bahawa mempelajari pengetahuan-pengetahuan yang bertentangan dengan Akidah Islam, tanpa mengadopsi dan tanpa meyakininya, adalah dibenarkan. Apa yang dilarang adalah meyakini dan mengadopsi pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan Akidah Islam. Sebagai contoh, pandangan Darwin yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada kera. Padahal, Allah SWT berfirman:
إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ ٱللَّهِ كَمَثَلِ ءَادَمَۖ خَلَقَهُۥ مِن تُرَابٖ ثُمَّ قَالَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ  ٥٩

“Sesungguhnya penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, “Jadilah” (seorang manusia)! Lalu jadilah dia” [TMQ Ali Imran (3): 59]. 

Seorang Muslim juga tidak boleh mengadopsi dan menyakini pandangan evolusi materi kaum sosialis yang menyatakan bahawa materi berevolusi dari materi itu sendiri dengan evolusi yang bersifat pasti dan tiada sesuatu pun (di luar materi) yang mengubahnya. Oleh kerana itu, kata mereka, tidak ada Tuhan sebagai Pencipta. Sedangkan, Allah SWT telah berfirman:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ ءَامِنُواْ بِٱللَّهِ ١٣٦

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah” [TMQ an-Nisaa‘ (4): 136].

Maksudnya, tetaplah mengimani kewujudan atau eksistensiNya. Allah SWT juga berfirman:
ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا ٥٩
“(Dialah) Yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.”[TMQ al-Furqan (25): 59].

Seorang Muslim juga dilarang mengadopsi dan menyakini apa yang disebutkan dalam Kitab Al-Adab al-Jahiliy yang menyatakan bahawa kisah Nabi Ibrahim AS adalah dusta dan tiada asalnya, serta direka-reka oleh para perawi. Sedangkan, kisah Nabi Ibrahim AS disebutkan dalam al-Quran. Al-Quran menyatakan bahawa kisah itu benar-benar berlaku dalam kenyataan. Oleh itu, mengingkari kisahnya adalah pendustaan terhadap al-Quran.

Pengetahuan-pengetahuan seperti ini dan yang seumpamanya tidak akan dimasukkan dalam kurikulum pendidikan, jika ia menyebabkan seseorang akan mengadopsi dan meyakininya. Oleh itu, pengetahuan-pengetahuan tersebut tidak dimasukkan dalam kurikulum pendidikan asas. Ini kerana, mempelajarinya boleh menyebabkan pelajar meyakini dan mengadopsinya. Jika ia dimasukkan, maka perlu disertakan juga penjelasan tentang kekeliruan dan kesesatannya.
Oleh yang demikian, Akidah Islam mesti dijadikan asas dalam kurikulum pendidikan, serta dijadikan ukuran untuk mengadopsi pengetahuan, sama ada pengetahuan itu boleh diterima dan diyakini, atau sekadar pengetahuan semata-mata. Wallahu’alam


[Telaah Kitab Muqaddimah ad-Dustuur Pasal 170]


Exit mobile version