Surat Terbuka daripada Para Ibu, Saudara dan Anak-anak Perempuan Kaum Muslim, kepada Mereka yang Memiliki Kekuasaan dalam Pasukan Tentera Muslim untuk Membebaskan Bumi Palestin yang Diberkati
Ini adalah pesanan kepada saudara-saudara, bapa-bapa dan anak-anak lelaki kami yang ikhlas dalam tentera di bumi Islam daripada wanita umat Islam yang mulia ini. Kami memanggil kalian sebagai mereka yang telah diberi tugas oleh Tuhan Semesta Alam (Allah SWT) untuk melindungi umat Islam dan menjaga maruah kami. Kami memanggil anda sebagai orang yang mempunyai kuasa untuk menamatkan penyembelihan umat ini. Kami memanggil kalian sebagai mereka yang mewarisi Khalid bin Walid (RA), Salahuddin Ayubi (RH), Muhammad ibn Qasim (RH) dan panglima-panglima Islam yang hebat di masa lampau. Kami berdoa agar kata-kata kami sampai ke telinga dan membuka hati orang-orang di kalangan kalian yang ingin menerima warisan kegemilangan wira-wira besar Islam ini.
Kami tahu kesedihan kalian semasa kalian menyaksikan penyembelihan yang tidak berkesudahan terhadap saudara-saudara kalian di Gaza dan di seluruh Tanah Palestin yang diberkati. Kami merasakan kemarahan kalian kerana kalian melihat pembunuhan beramai-ramai, kubur besar-besaran, dan barisan demi barisan mayat yang dibalut dengan kain kafan. Kami tahu bahawa jeritan wanita, kanak-kanak dan bayi yang ketakutan saat rumah mereka dibom atau tertimbus dalam runtuhan menghantui fikiran kalian, dan bahawa air mata ibu-ibu yang bersedih dan anak-anak yatim merobek jiwa kalian. Kami tidak ragu bahawa darah kalian juga pasti mendidih ketika melihat Al Aqsa dinodai oleh tentera dan penjajah Yahudi dan saudara perempuan kalian yang mulia dinodai dan diserang di jalanan dan di dalam penjara penjajah, dan bahawa kalian berkobar-kobar dengan keinginan untuk membantu mereka. Dan kami tahu bahawa jantung kalian berdegup bersama kami dengan Palestin.
Jadi mengapa kalian tidak menjawab jeritan wanita dan kanak-kanak di negeri yang diberkati ini yang menyeru kalian untuk membebaskan mereka dari penjajahan dan pemusnahan Zionis yang kejam ini, sedangkan Allah (SWT) berfirman, ﴿وَإِنِ اسْتَنصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فِي الدِّينِ فَعَلِيْنِ فَعَلِيْنِ Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kalian menolongnya” [TMQ Al-Anfal (8): 72]?
Berapa lama lagi kalian hendak berada dalam bayang-bayang sementara saudara kalian menderita dan tanah Israk, tempat perjalanan malam Nabi yang kalian cintai (SAW), dicemari? Berapa ribu lagi yang akan dibunuh, berapa banyak lagi bayi yang akan dibakar hidup-hidup, berapa ramai lagi kanak-kanak yang akan mati kebuluran dan kehausan sebelum kalian terdetik untuk bergerak menentang entiti pembunuh ini? Bagaimana kalian boleh berdiri diam sedangkan umat ini sedang dimusnahkan? Adakah kalian tidak cukup melihat? Apa lagi yang perlu kalian saksikan sebelum kalian melaksanakan tanggungjawab kalian sebagai pembela dan pembebas umat kalian?
Di manakah iman kalian, rasa kehormatan kalian, rasa kesatriaan kalian? Tidakkah Rasul kalian (SAW) bersabda, «لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ قَتْلِ رَجُلٍ مُسْلِمٍ» “Di sisi Allah, membunuh seorang mukmin adalah lebih buruk daripada hilangnya seluruh dunia”? Jadi, apa lagi yang kalian tunggu? Kalian saja yang mempunyai kuasa material – kereta kebal, kapal terbang, peluru, tentera – untuk menghapuskan barah penjajah ini dan menamatkan pertumpahan darah dan mimpi ngeri ini untuk selamanya!
Cukup-cukuplah! Jika adegan ngeri ini tidak membuatkan kalian membara, maka bilakah kalian akan bergerak?!!
Wahai Tentera yang Ikhlas! Di manakah orang-orang yang berani dari kalangan kalian yang akan datang untuk membantu umat ini? Di manakah orang-orang terhormat dari kalangan kalian yang akan mempertahankan maruah saudara wanita kalian? Siapakah di antara kalian yang ingin mendapatkan status agung sebagai pembebas Al Aqsa? Untuk apa semua latihan yang kalian jalani, senjata, kekuatan tentera kalian jika bukan untuk melindungi umat ini dan membebaskan tanah kita?
Jika kuasa Barat telah menyatukan senjata dan kekayaan mereka untuk menyokong entiti Yahudi dan genosid ini, maka bukankah tentera-tentera di bumi Islam sepatutnya bersatu untuk menyelamatkan saudara-saudara mereka daripada pertumpahan darah ini? Kalian tahu bahawa gencatan senjata tidak akan menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan Nakba selama tujuh dekad ini. Kalian tahu bahawa tidak akan ada penghujung bagi penyembelihan, kesakitan dan penderitaan umat Islam Palestin tanpa kalian mengerahkan kekuatan tentera kalian untuk membebaskan seluruh bumi Palestin daripada penjajahan biadab yang membunuh ini.
Wahai Putera Tentera kaum Muslim! Bagaimana kalian akan menjawab di hadapan Rabb kalian (SWT) apabila Dia bertanya kepada kalian mengapa kalian berdiam diri sedangkan umat kalian dibantai, saudara perempuan kalian dihina dan tanah Al-Aqsa dinodai, sedangkan Dia telah meletakkan kewajipan Islam ke atas leher kalian untuk membela umat ini dan membebaskan negerinya? Apa yang akan kalian akan katakan apabila Dia (SWT) bertanya kepada kalian,
﴿وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِسَالَنَ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُجْنَا وَامِنْ لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا﴾ “Dan apakah yang menghalang kalian (maka kalian) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”. [TMQ An-Nisaa (4): 75]?
Oleh itu, bertakwalah kepada Allah (SWT) mengenai diri kalian sebelum terlambat, dan bersiap-siaplah kalian untuk hari di mana kalian akan berdiri di hadapan Rabbmu (SWT), dan lawan kalian adalah seorang kanak-kanak dari Gaza atau salah seorang wanita terhormatnya, sambil berkata: ‘Ya Tuhan, orang-orang ini telah mengecewakanku sedangkan mereka mampu menolongku!’
Wahai Para Petugas di kalangan Tentera kaum Muslim yang Ikhlas! Anda telah melihat bahawa tidak ada negara, tiada kepimpinan, tiada pemerintah, tiada institusi antarabangsa hari ini yang mempunyai kemahuan politik untuk melindungi darah umat Islam atau membela kepentingan kita.
Saudara-saudara kita di Palestin juga telah diabaikan oleh rejim pengkhianat tanah umat Islam yang telah memperkukuhkan tangan penjajah Zionis melalui perjanjian damai, normalisasi, hubungan diplomatik, dan kerjasama ekonomi dengan entiti genosid ini, malah membekalkan minyak untuk membakar mesin perang mereka dan memberikan makanan sementara anak-anak Gaza kebuluran.
Pemerintah dan rejim yang ditanam oleh Barat ini berkhidmat untuk Barat. Mereka juga bertindak sebagai pengawal barisan hadapan kepada entiti pembunuh ini dan menghalang sebarang gerakan untuk menentangnya. Mereka berdiri sebagai penjaga sempadan negara buatan yang dikenakan oleh kerajaan kolonial ke atas tanah umat Islam untuk memecahbelahkan umat Islam dan menghalang kalian daripada menggerakkan tentera untuk membantu saudara-saudara kalian yang tinggal di negeri yang berbeza dengan negeri kalian sendiri, sedangkan Allah (SWT) berfirman,
﴿إِنَّ هَذِهُ أُمُهُمْ أُمُمْ وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ﴾ “Sesungguhnya agama Islam inilah agama kalian, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kalian; maka sembahlah kalian akan Daku.” [TMQ Al-Anbiya (21): 92].
Wahai Putera Para Tentera kaum Muslim! Bagaimana kalian boleh menerima untuk berkhidmat kepada para pemerintah yang menyokong Yahudi ini yang menjadikan pengkhianatan terhadap umat Islam sebagai kerjaya mereka, dan yang telah meninggalkan umat ini dan agama kalian? Bagaimana kalian boleh memberikan taat setia kepada mereka yang sering gagal membantu umat Islam dan memalukan nama kalian dengan merantai kalian di kem-kem tentera sementara umat kalian menderita? Berapa banyak lagi ketakutan dan pengkhianatan mereka yang sanggup kalian tanggung apabila mereka secara terbuka menunjukkan kesetiaan mereka kepada entiti Yahudi dan para penaja kolonial Barat mereka? Para pemerintah dan rejim ini telah menggunakan kalian untuk mengukuhkan takhta mereka atau berperang bagi pihak tuan mereka (Barat) dan kepentingan mereka, sementara menolak untuk menggerakkan seorang pun askar untuk mempertahankan umat Islam yang tertindas! Mereka tidak pernah dan tidak akan pernah memberikan arahan untuk kalian mempertahankan umat kalian!
Kita tidak akan pernah mencapai kemenangan di Palestin atau terhadap mana-mana musuh kita jika kita terus berada di bawah pemerintahan para pemerintah dan rejim pengkhianat ini serta sistem nasionalis ciptaan mereka yang telah merosakkan tanah air kita dan merosakkan ikatan persaudaraan Muslim. Mereka perlu digulingkan dan digantikan dengan kepimpinan Islam dan Sistem Allah (SWT) – Khilafah (Khalifah) yang berasaskan cara Kenabian yang merupakan penjaga, pelindung dan perisai bagi umat Islam, seperti sabda Nabi kita yang tercinta (SAW) yang bersabda, «الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ» “Imam (Khalifah) adalah seorang penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya,” dan «إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ» “Imam (Khalifah) adalah perisai, di belakangnya kalian berperang dan berlindung.
Hanya Khilafah sahaja yang akan menggerakkan kalian untuk memenuhi peranan sebenar kalian sebagai pembela, pembebas, dan pelindung umat dan Agama kalian seperti yang diperintahkan oleh Allah (SWT). Di bawah pemerintahan negara ini, jeneral Muslim yang Agung pada abad ke-8, Muhammad ibn Qasim (RH) telah dihantar untuk menyelamatkan sekumpulan wanita Muslim yang ditawan oleh raja Hindu yang zalim, Raja Dahir, sekaligus membawa Sind ke bawah pemerintahan Islam.
Di bawah negara ini juga, Khalifah abad ke-9, al-Mutassim billah telah menghantar pasukan tentera yang besar untuk menyelamatkan seorang wanita Muslim di Amuriyah, Turki yang ditawan oleh tentera Rom.
Di bawah negara ini, tanah al-Sham telah dibebaskan daripada tentera salib oleh komander agung, Salahuddin Ayyubi.
Dan di bawah pemerintahan Khilafah ini juga, seluruh tanah yang diberkati, Palestin akan dibebaskan sekali lagi, dan bendera Islam akan dinaikkan di atas al-Quds sebagai ibu kota Khilafah Rashidah yang kedua (Khilafah yang dipandu dengan benar) Biiznillah!
Wahai Orang-orang Berkuasa dalam Pasukan Ketenteraan Kaum Muslim! Sebagai wanita dari umat yang mulia ini, kami mengangkat seruan ini kepada kalian, merayu kepada kalian yang beriman dan bermaruah! Bangkitlah dan akhiri pengkhianatan para rejim khianat dan pengecut. Hapuskanlah sempadan-sempadan palsu yang dikenakan oleh penjajah terhadap tanah-tanah umat Islam, dan beraraklah ke Al-Quds untuk mempertahankan para ibu dan anak-anak Palestin.
Contohilah tindakan komander besar Khilafah Umayyah, Qutayba ibn Muslim, yang menangkap mereka yang menakut-nakutkan wanita Muslim dan menolak harta emas dan perak yang ditawarkan oleh para penjahat itu sebagai wang tebusan untuk nyawa mereka, dengan ungkapan beliau yang terkenal: “Tidak, demi Allah, seorang wanita Muslim pun tidak akan pernah ditakutkan kerana kalian!”
Kami menyeru kalian untuk mengakhiri pemerintahan rejim zalim ini yang hanya membawa keputusasaan dan penghinaan kepada umat ini dan menghalang kalian daripada memenuhi peranan sebenar kalian sebagai pembela umat Islam. Putuskan belenggu pemerintahan zalim mereka dan berikan nusrah (sokongan material) kalian untuk penegakan kembali kepimpinan dan sistem Islam Khilafah yang akan menyatukan umat Islam di bawah satu sistem, dan negara yang melaksanakan perintah-perintah Rabb kalian (SWT). Ia akan menggerakkan kalian untuk membebaskan setiap inci tanah kaum Muslim yang dijajah dan melindungi umat Islam, di mana sahaja mereka tinggal, serta menjadikan kalian wira bagi umat ini dan membawa kehormatan kepada nama kalian.
Wahai Tentera-Tentera yang Ikhlas dalam Pasukan Kaum Muslim! Apa yang menghalang kalian daripada menunaikan tanggungjawab kalian, sedangkan hanya kemenangan atau syahid yang menanti bagi mereka yang berjuang di jalan Allah (SWT)? Kami meminta kalian untuk merenung apa yang akan ditulis tentang kalian dalam catatan Allah (SWT) dan apa yang akan ditulis tentang kalian dalam lembaran sejarah? Adakah kalian akan digambarkan sebagai mereka yang lemah hati dan tidak bermaruah, atau adakah kalian akan menjadi sebahagian daripada mereka yang meneladani wira-wira dan pemimpin besar Islam, mewarisi legasi mencapai kemenangan besar untuk umat dan agama kalian?
“Wahai Anak-Anak yang Ikhlas dalam Tentera Muslim! Masa telah tiba untuk kalian berdiri bersama umat kalian dan menentang musuh-musuhnya! Masa telah tiba untuk mengambil pendirian terhadap pemerintah-pemerintah pengkhianat ini yang telah mencemarkan nama kalian! Masa telah tiba untuk mengambil tempat yang sewajarnya sebagai pembela umat Islam dan Agama kalian. Kesetiaan kalian adalah kepada Allah SWT, Rasul-Nya, Agama kalian dan umat Islam – bukan kepada rejim-rejim ini yang telah menjual jiwa mereka kepada tuan-tuan Barat mereka! Apa yang berlaku di Palestin hari ini adalah peperangan terhadap akidah kalian, satu reformasi peperangan terhadap Islam dan umat kalian di mana negara-negara kufur bersatu menyokong entiti perampas ini. Oleh itu, ini adalah peperangan kalian! Jadi, apa yang telah kalian sumbangkan untuk agama kalian?!! Kami bertanya, siapakah di antara kalian yang ingin meraih kehormatan yang besar di dunia ini dan ganjaran yang mulia di akhirat dengan menjadi mereka yang membebaskan Al-Aqsa dan tanah yang diberkati Palestin? Kami bertanya, siapakah di antara kalian yang ingin menjadi Ansar zaman ini dengan memberikan nusrah (pertolongan) kalian untuk penubuhan Khilafah Rashidah yang kedua, meraih kehormatan seperti Saad ibn Muadh (ra) Biiznillah, yang mana 70,000 malaikat mengiringi jenazahnya – mencerminkan kedudukan tinggi yang diberikan kepada mereka yang memberikan sokongan ketenteraan untuk penubuhan negara Islam di Madinah al-Munawwarah?
Harapan umat ini ada di atas bahu kalian! Kami berada di belakang kalian! Allah SWT bersama kalian. Maka, penuhilah perintah Rabb kalian, dan hanya kemenangan yang akan menanti kalian, Biiznillah. Jadi, apa lagi yang kalian tunggu? Jangan berlengah! Masa untuk bertindak adalah sekarang!”
﴿وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ * وَعْدَ اللهِ لَا يُخْلِفُ اللهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ﴾
“…dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [TMQ Ar-Rum (30): 4-6]
Bahagian Wanita
di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

