Site icon MuslimahHTM News

KEUNTUNGAN MEMBACA AL-QURAN

KEUNTUNGAN MEMBACA AL-QURAN

Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar

 

MEMBACA al-Quran adalah salah satu amal terbaik yang perlu sentiasa dilakukan oleh setiap Muslim. Hal ini telah banyak ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Beliau, antara lain, bersabda:

 

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفَ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

“Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh semisalnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (HR at-Tirmidzi).

 

Rasulullah SAW bahkan menyebut keutamaan membaca surah-surah tertentu dalam al-Quran. Beliau bersabda, “Siapa saja yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia akan diterangi cahaya di antara dua Jumaat.” (HR al-Baihaqi).

 

Rasulullah SAW juga bersabda, “Adakah antara kalian yang suka ketika pulang ke keluarganya, menjumpai di dalamnya tiga unta bunting besar lagi gemuk?” Kami menjawab, “Benar.” Beliau bersabda, “Tiga ayat al-Quran yang dibaca oleh seorang dari kalian di dalam solatnya lebih baik bagi dia daripada tiga unta bunting besar lagi gemuk.” (HR Muslim).

 

Selain itu, Allah SWT juga menyebut membaca al-Quran sebagai salah satu ‘perniagaan’ yang tidak akan pernah merugi, sebagaimana firman-Nya:

 

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian” [TMQ Faathir (35): 29]

 

Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah.

 

Exit mobile version