Site icon MuslimahHTM News

HARAM MENGAMBIL KEMBALI HARTA SEDEKAH

HARAM MENGAMBIL KEMBALI HARTA SEDEKAH

Oleh: Al-Faqir Arief B. Iskandar

 

Walaupun jarang terjadi, tetapi masih ada orang yang tidak ikhlas dalam bersedekah. Malahan, kerana tidak ikhlas, dengan pelbagai alasan, ada orang yang mengambil semula harta yang telah mereka sedekahkan. Sebagai contoh, semasa musim pilihan raya baru-baru ini, seorang calon perundangan di Indonesia yang gagal dalam pilihan raya mengambil semula karpet yang telah disumbangkannya kepada masjid. Sedangkan, jelas bahawa mengambil kembali harta yang telah disedekahkan adalah dilarang dan tercela. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

 

ْفَإِنَّ الْعَائِدَ فِي صَدَقَتِهِ كَالْكَلْبِ يَعُودُ فِي قَيْنِهِ

“Sungguh (perumpamaan) orang yang bersedekah yang mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian dia menjilat muntahnya untuk dia makan lagi.” (HR Muslim).

 

Hadis di atas menerangkan perumpamaan yang sangat buruk bagi orang yang mengambil kembali sedekahnya. Bayangkan, orang yang mengambil kembali sedekah dianalogikan seperti anjing. Lalu anjing yang menjadi analog itu digambarkan memuntahkan sesuatu dari mulutnya. Lalu ia ambil lagi untuk kemudian ia makan kembali. Betapa menjijikan!

 

Maka dari itu, sepatutnya seorang Muslim bersedekah dengan penuh keikhlasan dan kemurahan hati. Jangan sekali-kali dia mengambil kembali apa yang telah dia sedekahkan dengan alasan apapun. Sebab, sedekah merupakan salah satu amal soleh dan sarana untuk ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Sebaliknya, mengambil kembali sedekah adalah sebuah tindakan buruk dan akan menjauhkannya dari Allah SWT.

 

Selain pahalanya yang dilipatgandakan oleh Allah SWT, sedekah juga dapat melindungi pelakunya dari azab-Nya pada Hari Kiamat kelak. Kerana itu sungguh rugi orang yang enggan bersedekah, termasuklah orang yang menarik kembali sedekahnya.

 

Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah.

Exit mobile version