Site icon MuslimahHTM News

TANAH PALESTIN ADALAH TANAH KHARAJIYAH, TANAH MILIK KITA

TANAH PALESTIN ADALAH TANAH KHARAJIYAH, TANAH MILIK KITA

Penulis: Halima Noer

 

Serangan entiti Yahudi yang semakin brutal dan keji ke Palestin—wabil khusus ke Gaza—telah mengorbankan mangsa yang sangat banyak. Tentu ini mengundang simpati dunia yang mengajukan berbagai solusi.

 

Di antaranya adalah solusi two-state solution (solusi dua negara), padahal ini sama saja membahagi Palestin menjadi dua bahagian dan memberikan sebahagiannya kepada penjajah. Ada juga usulan untuk memindahkan sebahagian penduduk Gaza ke Indonesia. Presiden Prabowo Subianto, misalnya, bercadang hendak memindahkan seramai 1000 warga Gaza ke Indonesia. Katanya, mereka akan ditampung selama genosid Israel di Gaza masih terus terjadi.

 

Usaha tersebut seolah-olah mampu menyelesaikan masalah, padahal hakikatnya ia merupakan penyelesaian yang “menyesatkan”. Ertinya, ini sama saja dengan “mengosongkan Tanah Palestin”, menyerahkan Tanah Palestin kepada musuh kaum muslim. Padahal, Tanah Palestin adalah tanah kaum muslim. Di sinilah pentingnya untuk memahamkan fakta sejarah Tanah Palestin.

 

Sejarah Tanah Palestin

 

Tanah Palestin telah berada di bawah kekuasaan Islam saat dibebaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab ra. pada 15 H. Saat itu, Kota Jerusalem sudah dikepung pasukan muslim yang dipimpin oleh Khalid bin Walid dan Amr bin Ash. Uskup Safruniyus tidak mahu menyerahkan kota suci itu, kecuali kepada Khalifah Umar. Oleh sebab itu, Khalifah Umarlah yang secara langsung menerima tanah tersebut dari Uskup Safruniyus di atas sebuah perjanjian yang dikenal dengan Perjanjian ‘Umariyyah.

 

Kemudian pada hari bersejarah, yakni Jumaat, 583 H, Palestin dibebaskan semula oleh Shalahuddin al-Ayyubi, bertepatan dengan 27 Rejab, tanggal yang sama dengan malam mikrajnya Nabi ke langit melalui Baitulmaqdis. Ini merupakan kesamaan saat Allah memudahkan pengembalian Al-Quds kepada pemiliknya, sama seperti waktu Israk dan Mikraj.

 

Seterusnya, elit Yahudi yang bekerjasama dengan negara-negara imperialis, terutamanya British, berusaha menempatkan orang-orang Yahudi di Palestin. Mereka berusaha memanfaatkan krisis kewangan Khilafah Uthmaniyah. Pemuka Zionis Yahudi Theodore Hertzl menawarkan bantuan kewangan kepada Khalifah sebagai kompensasi penempatan mereka. Namun, Khalifah Sultan Abdul Hamid II menolak tegas. Khalifah tidak ingin memberikan sejengkal pun Tanah Palestin kepada mereka kerana itu adalah tanah milik kaum muslim, bukan tanah milik siapa-siapa.

 

Lalu pada 1924, Khilafah Uthmaniyah pun runtuh. Sejak saat itu, Palestin jatuh ke tangan Zionis Yahudi dan mereka berjaya mendirikan entiti “negaranya” pada 1948 dengan menduduki 77% Tanah Palestin dan mengusir dua pertiga rakyat Palestin dari tanah mereka. Saat ini yang tinggal hanya Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Sungai Jordan.

Jelaslah, dari sejarah tersebut, Palestin jatuh dari kekuasaan Romawi ke tangan kekuasaan Islam melalui peperangan. Dalam perspektif fikih Islam, status Tanah Palestin adalah tanah kharajiyah.

 

Tanah Palestin dalam Tinjauan Syariat

 

Dalam Kitab Syakhshiyyah Islamiyyah Juz 2, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan bahawa tanah kharajiyah adalah tanah yang dibebaskan secara paksa dengan kekuatan kaum muslim dan pasukan militernya. Tanah tersebut tetap diserahkan pada pemiliknya yang pertama, tidak dibahagi-bahagikan kepada mereka yang berperang. Tanah itu juga dikenakan kharâj.

 

Dasar dari hal ini adalah ketika pembebasan wilayah Syam, Iraq, dan Mesir pada masa Khalifah Umar bin Khattab, orang-orang muslim (yang diusulkan oleh Bilal, Abdurrahman, dan Zubair) menuntut Khalifah Umar membahagikan tanah tersebut kepada kaum muslim, sebagaimana Rasulullah ﷺ membahagikan Tanah Khaibar. Sedangkan Ali dan Mu’adz meminta sebaliknya, tanah itu tidak dibahagikan.

 

Abu ‘Ubaid meriwayatkan bahawa ketika Umar tiba di daerah Al-Jabiyah, beliau hendak membahagikan tanah, lalu Mu’adz berkata kepada Umar, “Demi Allah, sungguh sesuatu yang tidak diinginkan akan terjadi, jika anda membahagikan tanah itu sekarang. Hasil produk yang melimpah berada dalam genggaman umat, lalu mereka binasa, sehingga akan berkurang pada satu lelaki dan perempuan. Setelah mereka, datanglah generasi baru yang tertutup haknya dari Islam. Mereka tidak mendapatkan apa-apa. Maka fikirkanlah satu hal yang dapat mencukupi generasi pertama dan terakhir.”

 

Sementara itu, Bilal dan kawan-kawannya tetap bersikap keras pada tuntutannya, sehingga Khalifah Umar berdoa, “Ya Allah, lindungilah aku dari Bilal dan keluarganya.” Kemudian Khalifah Umar berunding dengan sahabat Ansar dan Muhajirin. Di antara kalimat yang diutarakan Khalifah Umar pada mereka adalah, “Menurutku, tanah-tanah itu akan kubiarkan digarap oleh orang-orangnya (yang kafir). Saya kenakan kharâj untuk tanahnya dan jizyah untuk diri mereka. Dan statusnya menjadi harta fai bagi umat Islam: pasukan perang, keluarganya, dan orang-orang setelahnya. Tahukah kalian, benteng-benteng pertahanan di perbatasan itu perlu ada orang-orang yang menjaganya. Tahukah kalian, kota-kota seperti Syam, Jazirah, Kufah, Basrah, dan Mesir adalah kota-kota besar yang memerlukan bala tentera untuk mengamankan wilayah. Dan mereka perlu diberi bekalan. Lalu dari mana kita nak dapatkan bekalan untuk mereka kalau tanah itu dibahagikan?” Semua sahabat pun setuju dengan mengatakan, “Pendapat yang bijak adalah pendapatmu. Dan sebaik-baik yang anda lakukan dan anda yakini adalah pendapatmu.”

 

Hujah yang mendukung pendapat Khalifah Umar adalah ayat fai dalam Surah Al-Hasyr ayat 7—10. Pada ayat 7—9, Allah SWT menetapkan bahawa fai itu untuk Allah, Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, kaum miskin, dan ibnu as-sabil, kaum Muhajirin, Ansar; sampai firman Allah SWT pada ayat 10,”… orang-orang yang datang sesudah mereka.”

 

Ini bersifat umum mencakup semua orang yang datang sesudah kaum Muhajirin dan Ansar. Jadi, fai diperuntukkan untuk mereka semua. Huruf al-lâm pada ayat tersebut adalah untuk li al-istihqâq wa al-milk (menyatakan hak dan milik).

 

Ayat-ayat inilah yang dijadikan dalil oleh Khalifah Umar bahawa tanah yang penduduknya belum masuk Islam dan ditaklukkan, maka menjadi milik seluruh kaum muslim sampai Hari Kiamat. Maksud ayat “yang datang setelah mereka” adalah bahawa anak-anak para sahabat dan tabiin, juga generasi berikutnya sampai Hari Kiamat, semua berhak atas harta fai tadi.

 

Khalifah Umar pun memandang perlunya menciptakan sumber penghasilan abadi yang dapat digunakan untuk keperluan tentera, kepentingan negara, dan membantu orang-orang yang memerlukan. Ini tentu memerlukan sumber penghasilan yang tetap dan tidak berhenti.

Demikianlah pemikiran dan interpretasi Khalifah Umar terhadap ayat tersebut hingga dia tidak membahagikan tanah taklukan kepada umat Islam, melainkan tetap dipertahankan untuk pemilik tanah. Ia juga menetapkan kewajipan kharaj sebagai harta fai untuk selamanya demi kepentingan tentera Islam.

 

Itulah makna hakiki yang ditetapkan Khalifah Umar yang tergambar dalam ucapannya, “Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya aku tidak meninggalkan manusia terakhir sebagai orang-orang yang miskin papa (babbânan) yang tidak memiliki apa-apa, maka tidaklah aku akan membebaskan suatu wilayah, kecuali aku akan membahagi- bahagikannya sebagaimana Rasulullah ﷺ telah membahagi-bahagikan Tanah Khaibar. Akan tetapi, pada kenyataannya aku meninggalkan bagi mereka perbendaharaan yang dapat mereka bahagi-bahagikan.”(HR Al-Bukhâri). Dari sini diketahui bahawa status tanah kharajiyah dari segi zatnya adalah milik seluruh umat Islam.

 

Menjadi Milik Kaum Muslim Selamanya

 

Tanah Palestin adalah bahagian dari Negeri Syam yang telah ditaklukkan pasukan kaum muslim sejak masa Khalifah Umar bin Khattab. Dengan begitu, status Tanah Palestin adalah tanah kharajiyah. Alhasil, dari segi zatnya, Tanah Palestin adalah milik kaum muslim selamanya. Kepemilikan seluruh kaum muslim di sini adalah atas tanahnya. Adapun manfaatnya dimiliki oleh penduduknya.

 

Secara syarie, kepemilikan atas manfaat tanah kharajiyah itu dapat berpindah kepada orang lain melalui waris atau tasharruf yang syarie, seperti wasiat, jual beli, hibah, dan sebagainya. Namun, itu hanya sebatas manfaatnya, bukan tanahnya. Status tanah kharajiyah adalah tetap hingga Hari Kiamat. Atasnya ada kewajipan kharaj sesuai ketentuan hukum syariat. Status sebagai tanah kharajiyah dan konsekuensi pembayaran kharaj itu tetap, meskipun pemiliknya masuk Islam atau dimiliki oleh seorang muslim.

 

Tidak ada seorang pun yang ada kuasa untuk mencabut kepemilikannya dari pemiliknya (penduduk setempat), bahkan Khalifah sekalipun. Abu Yusuf, berkata. “Tanah yang dibebaskan seorang pemimpin dengan kekuatan, dan ia melihat positif ketika tanah tersebut tidak dibahagikan dan diserahkan pada penduduk wilayah tersebut—seperti yang dilakukan Umar pada tanah As-Sawad, maka ia boleh melakukannya.

 

Tanah itu adalah tanah kharajiyah yang mesti dikeluarkan kharâj-nya. Sang Imam tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kepemilikan tanah dari mereka. Tanah itu sudah menjadi milik mereka, boleh diwariskan, dijual, dan dikenakan kharaj-nya. Seseorang yang diberi pemerintah (iqthâ’) sebidang tanah dari tanah as-sawad, tidak dapat dikembalikan dan dikeluarkan dari kepemilikannya oleh para Khalifah berikutnya dan tidak boleh membatalkan kepemilikan itu dari tangannya, baik ia memperolehnya dari warisan atau pembelian.

 

Sementara itu, seorang penguasa yang membatalkan kepemilikan tanah dari seseorang dan diberikan kepada orang lain, sama halnya dengan orang yang merampas (ghashb), yakni merampas hak orang dan memberikan kepada orang lain.

 

Hal yang demikian itu tidak halal dilakukan seorang imam (ketua negara). Seorang imam tidak boleh dan tidak berhak memberikan apa pun yang menjadi hak muslim dan hak mu’âhid kepada seseorang di antara rakyat. Dia tidak boleh mengambil sesuatu apa pun dari tangan orang Islam ataupun mu’âhid (kafir mu’ahid) kecuali apa yang telah menjadi kewajipan mereka. Alhasil, imam hanya boleh mengambil apa-apa yang diwajibkan atas orang tersebut.”

 

Yang perlu digarisbawahi adalah bahawa negara saja—dalam hal ini adalah ketua negara (khalifah)— tidak boleh mengambil (merampas) tanah kharajiyah, apatah lagi penjajah?

Bahkan, tatkala Khilafah sangat memerlukan tanah kharajiyah untuk kepentingan umat Islam yang sangat mendesak, negara wajib memberikan ganti rugi manfaat tanah terhadap pemilik tanah, bukan harga zat tanah. Ini kerana pemilik tanah kharajiyah hanya memiliki manfaat tanah, tidak memiliki zatnya. Dari segi zatnya, tanah tersebut tetap milik umat Islam. Negara wajib memberikan ganti rugi atas kemanfaatan yang dia miliki, sebesar atau sekecil apa pun itu.

 

Dari sini, sangat jelas bahawa tidak boleh ada satu pihak pun yang boleh mengambil alih tanah itu dari pemilik (manfaat) tanah, bahkan khalifah sekalipun tidak boleh mengambilnya secara semena-mena. Ketika negara sangat memerlukan tanah tersebut, syariat Islam telah menetapkan batasan-batasannya.

 

Lantas, bagaimana dengan pihak penjajah yang telah merampas tanah dan membunuh secara keji dan brutal pemilik (manfaat) tanahnya, sebagaimana terjadi di Palestin? Jelas saja itu adalah tindakan yang tidak dapat ditoleransi! Apatah lagi mereka bukan hanya merampas manfaat tanah dari penduduk Palestin, malah mereka juga merampas tanah dari sisi zatnya yang semua itu tidak lain dan tidak bukan merupakan milik kaum muslim.

 

Khatimah

 

Status Tanah Palestin adalah tanah kharajiyah dan tetap merupakan tanah kharajiyah hingga Kiamat. Kewajipan kharaj atasnya tetaplah wujud. Tanah Palestin adalah tanah milik kaum muslim, milik kita semua, bukan hanya milik rakyat Palestin.

 

Walhasil, kita semua yang wajib berusaha agar Tanah Palestin dapat kembali ke pangkuan kaum muslim. Hanya ada satu cara mengambilnya kembali, yakni dengan merebutnya secara paksa, menaklukkan penjajah Israel serta semua negara besar yang mendukungnya.

Hanya saja, hal itu tidak boleh dilakukan melalui cara damai dan/atau berbagai bentuk perundingan. Hanya dengan jihadlah—perang fii sabilillah—yang dapat membuat Palestin kembali ke tangan kita. Yang demikian itu, ianya hanya dapat terealisasi ketika kita berada di bawah satu kepemimpinan Islam. Kepemimpinan ini yang akan menyatukan kaum muslim di seluruh negeri muslim di berbagai penjuru dunia agar dapat menghantar seluruh tenteranya untuk membebaskan Palestin. Itulah ia Khilafah Islamiyah. Wallahualam.

Exit mobile version