MENYOAL FATWA ANTARABANGSA TENTANG JIHAD
Penulis: Ummu Nashir N.S.
International Union of Muslim Scholars (IUMS) atau Kesatuan Ulama Antarabangsa mengeluarkan fatwa “jihad melawan Israel”. Fatwa ini terbit susulan serangan ganas Tel Aviv yang terus menerus berlangsung ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 hingga ke hari ini.
Sekretariat General IUMS, Ali al-Qaradaghi menyerukan seluruh negara muslim untuk segera campur tangan secara militer, ekonomi, dan politik. Tujuannya demi menghentikan genosid dan kehancuran Gaza yang dilakukan Israel.
“Kegagalan pemerintah Arab dan Islam dalam membela Gaza saat sedang dihancurkan, menurut hukum Islam merupakan kejahatan besar terhadap saudara-saudara kita yang tertindas di Gaza,” katanya. Pernyataan Qaradaghi ini didukung oleh 14 ulama muslim terkemuka lainnya. Isinya berupa seruan kepada semua negara muslim untuk meninjau perjanjian damai dengan Israel.
Terbitnya fatwa ini juga mendapat dukungan dari Majlis Ulama Indonesia (MUI). Ketua MUI Bidang Hubungan Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa, Prof. Sudarnoto Abdul Hakim mengatakan fatwa ini selari dengan keputusan Ijtima’ Ulama Fatwa MUI yang menegaskan wajib hukumnya bagi umat Islam membela Palestin. MUI juga mendorong agar negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melakukan konsolidasi internal untuk menghentikan kekejaman Israel.
Akan tetapi, pendapat berbeza dikeluarkan oleh Ketua PBNU K.H. Ulil Abshar Abdalla yang cenderung mendukung pendapat Darul Ifta. Dewan Fatwa Mesir ini menolak Fatwa IUMS dengan alasan bahawa jihad tidak dapat dilakukan tanpa izin penguasa (ululamri) yang sah. Menurut Ulil, alasan bahawa fatwa dari Darul Ifta Mesir lebih tepat dan kuat bahawa jihad tidak boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa non-negara (bukan negara). “Jihad wajib dikendalikan oleh imam alias pemerintah yang sah,” ujarnya. (Hukum Online, 8-4-2025).
—
Tidak dinafikan bahawa jihad memang tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya pihak berkuasa alias pemerintah yang menjalankannya. Oleh kerana itu, para penguasa muslim dan umat Islam secara keseluruhan hendaklah mengangkat seorang amir atau pemimpin kaum muslim, yakni seorang khalifah agar dapat menjalankan fatwa jihad ini dan membebaskan Palestin dari penjajahan Zionis. Inilah yang seharusnya difatwakan dan dilaksanakan terlebih dahulu, yakni wajib adanya pemimpin atas kaum muslim sedunia yang mampu melindungi umat di mana pun mereka berada.
Selain itu, umat Islam juga hendaklah memhami dengan benar akan konsep dan rambu-rambu jihad secara syarie dan hendaklah memahami dengan benar realiti yang terjadi di bumi Palestin, tanah kaum muslim. Pemahaman alan kedua hal ini sangat penting kerana ianya akan menentukan sikap atau langkah apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam.
Apa yang Terjadi di Tanah Palestin?
Tentang keutamaan Palestin dengan Masjidilaqsa secara umum, keluarga muslim telah mengetahuinya. Namun, ada hal penting yang perlu difahami oleh umat Islam, iaitu tentang fakta dan situasi Palestin hari ini. Semua ini akan menentukan langkah apa yang perlu ditempuh umat Islam agar dapat menyelesaikan permasalahan Palestin—yang juga merupakan permasalahan umat Islam.
Sesungguhnya, tanah Palestin adalah tanah kaum muslim. Ia telah berada di bawah kekuasaan Islam saat dibebaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab ra. pada 15 H. Beliaulah yang menerima tanah tersebut secara langsung dari Safruniyus di atas sebuah perjanjian yang dikenal dengan Perjanjian ‘Umariyah.
Di antara isinya berasal dari usulan orang-orang Nasrani, iaitu agar orang Yahudi tidak boleh tinggal di dalamnya. Kemudian dibuka kembali oleh Shalahuddin al-Ayyubi pada hari bersejarah 583 H hari Jumaat bertepatan dengan 27 Rejab.
Sepanjang masa kekhalifahan Islam, Palestin tetap berada dalam naungan Khilafah. Tidak pernah orang Yahudi mendapat peluang untuk mengambil sejengkal pun tanah Palestin. Hingga pada 1901, ketika Khilafah Uthmaniyah mengalami krisis kewangan, pemuka Yahudi Herzll menawarkan bantuan kewangan kepada Khalifah sebagai kompensasi penempatan mereka.
Namun, Sultan Abdul Hamid II menolak tegas tawaran tersebut. Sang Khalifah dengan lantang dan penuh wibawa menyampaikan pernyataan yang sangat terkenal yang ditujukan kepada Herzl, “Nasihatilah Doktor Herzl, janganlah dia mengambil langkah serius dalam hal ini. Sesungguhnya aku tidak akan melepaskan bumi Palestin meskipun hanya sejengkal! Tanah Palestin bukanlah milikku, tetapi milik kaum muslim. Rakyatku telah berjihad untuk menyelamatkan bumi ini dan mengalirkan darah demi tanah ini. Hendaknya kaum Yahudi menyimpan saja jutaan wangnya. Jika suatu hari nanti Khilafah terpecah belah, saat itulah mereka akan sanggup merampas Palestin tanpa perlu mengeluarkan wang walau sedikit pun. Selagi aku masih hidup, maka tusukan pedang di tubuhku terasa lebih ringan bagi diriku daripada aku menyaksikan Palestin terlepas dari Khilafah. Ini adalah perkara yang tidak boleh berlaku!”
Benar saja, tatkala Khilafah Uthmaniyah runtuh pada 1924, akhirnya Palestin jatuh ke tangan Zionis Yahudi tanpa mereka perlu mengeluarkan wang sedikit pun. Zionis Yahudi berjaya mendirikan entiti “negaranya” pada 1948 dengan menduduki 77% Tanah Palestin dan setelah mengusir 2/3 (dua pertiga) rakyat Palestin dari tanah mereka.
Saat ini, bahagian yang tinggal hanya Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Sungai Jordan. Sejak pendudukan itu, sebanyak 478 desa dihancurkan dari jumlah 585 desa yang ada di wilayah Palestin pada 1948. Sebanyak 804 ribu orang Palestin berhijrah ke luar wilayah terjajah pada 1948. Sebanyak 30 ribu orang yang lain diusir dari tanah mereka ke daerah-daerah lain.
Sejak pendudukan Zionis Yahudi pada 1948 hingga hari ini, sudah tidak terhitung jumlah orang Palestin yang maut, yang tercedera, yang cacat, hingga kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan. Banyak kaum perempuan dicabul kehormatannya dan banyak anak-anak menjadi yatim piatu, bahkan mereka juga menjadi mangsa kebiadaban mereka.
Data terbaru, Ketua Kesatuan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengatakan bahawa sejak perang yang tercetus pada Oktober 2023, lebih dari 15,000 anak-anak dilaporkan telah menjadi mangsa korban genosid. Serangan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang kembali digencarkan sejak 18 Mac lalu juga menyebabkan sekitar 100 anak-anak di Gaza menjadi mangsa korban mahupun tercedera pada setiap hari. (Indonesia Defense, 10-4-2025).
Solusi Palestin Hanya dengan Jihad
Semua fakta itu menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Zionis Yahudi terhadap saudara kita di Palestin bukan sekadar penjajahan, melainkan lebih dari itu, yakni genosid. Mereka membunuhi anak-anak hingga bayi-bayi yang tidak berdosa. Sepatutnya, semua fakta kebiadaban Zionis Yahudi ini menjadikan umat Islam dan penguasa negeri-negeri Islam sedar dan tidak boleh terus diam terhadap apa yang dialami saudara-saudara dan anak-anak Palestin. Fakta ini juga menunjukkan bahawa Zionis Yahudi tidak boleh dilawan secara individual, tetapi mesti dilawan dengan jihad.
Hanya saja, perlu difahami bahawa aktiviti jihad ini bukanlah aktiviti individual dengan mengirim para sukarelawan atau menjadi sukarelawan, misalnya, ataupun mengirim senjata-senjata. Aktiviti jihad perlu diketuai atau dikendali oleh seorang pemimpin kaum muslim yang menyerukan jihad ke seluruh alam.
Ertinya, perlu adanya persatuan kaum muslim kerana jihad hanya dapat terwujud secara sempurna dengan adanya kepemimpinan atau komando yang satu untuk seluruh kaum. Ini semua hanya akan terwujud secara hakiki ketika umat Islam bersatu padu dalam satu ikatan akidah Islam yang akan mampu menghimpun dan mempersatukan tentera kaum muslim untuk membebaskan Palestin.
Bagi mewujudkan itu semua, perlu ada pemahaman yang benar tentang makna jihad yang sebenar dan apa jalan yang perlu ditempuhi sehingga umat Islam mampu mengusir Zionis Yahudi dari tanah Palestin.
Memahami Makna Jihad secara Syarie
Jihad secara bahasa bermakna ‘mengerahkan kemampuan’ (Al-Kasani, Bada’i ash-Shana’i, VII/97), termasuk bersabar menghadapi kesulitan yang boleh jadi dalam peperangan mahupun tekanan hawa nafsu. Ini termasuk konotasi bahasa bagi kata “jihad”. Namun, kata ini telah ditransformasikan oleh Al-Quran dari makna bahasa (haqiqah lughawiyyah) ke dalam makna syarie (haqiqah syar’iyyah) sehingga mempunyai konotasi yang khas. (Al-‘Allamah Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal, Al-Jihad wa al-Qital fi as-Siyasah asy-Syar’iyyah, I/40).
Berdasarkan hal tersebut, fuqaha mazhab mendefinisikan jihad. Menurut Mazhab Hanafi, jihad adalah mengerahkan seluruh kemampuan untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung, atau membantu dengan harta, opini umum, memperbanyak jumlah pasukan ataupun yang lain. Sedangkan menurut Mazhab Maliki, jihad adalah perang orang Islam melawan kaum kafir yang tidak mempunyai perjanjian, untuk menegakkan kalimat Allah, atau ikut serta untuk berperang, atau masuk ke negeri kaum kafir untuk berperang. (Syeikh Muhammad ‘Ilyas, Manhu al-Jalil, Mukhtashar Sayyidi Khalil, III/135).
Hal yang sama ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam kitabnya, Al-Mughni. Beliau tidak membahas makna lain dalam bab “jihad”, kecuali yang terkait dengan perang, memerangi kaum kafir, baik fardhu kifayah mahupun fardhu ain, atau kesiapan kaum mukmin dari serangan musuh dan menjaga perbatasan.
Sementara itu, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah Juz 2 menjelaskan bahawa jihad menurut pengertian bahasa adalah badzlul wus’i atau mengerahkan segenap kemampuan. Sedangkan secara syarie, pengertian jihad adalah badzlul wus’i fil qitaali fii sabilillahi mubasyarotan aw mu’awanatan bi maalin aw ra’yin aw taktsiri sawaadin aw ghairi dzalika (mencurahkan segenap kemampuan untuk berperang di jalan Allah secara langsung, atau dengan bantuan harta, pemikiran, memperbanyak perbekalan dan sebagainya).
Makna syarie dari “jihad” ini diambil dari Al-Quran dan As-Sunah. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 41, “Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.” (TMQ Al-Hajj: 78).
Juga sabda Nabi ﷺ, “Wajib atas kalian berjihad di jalan Allah Taala kerana sesungguhnya jihad di jalan Allah itu merupakan salah satu pintu dari pintu-pintu Syurga, Allah akan menghilangkan dengannya dari kesedihan dan kesusahan.” (HR Al-Hakim dan Ahmad).
Makna jihad dalam nas-nas di atas, dilihat dari asbabun nuzulnya (sebab turun ayat) dan penafsiran para mufassir yang muktabar, selari dengan “qital” seperti yang Allah firmankan, “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari Kemudian, mereka yang tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang telah diberikan kitab, sehingga mereka membayar jizyah (pajak) dengan patuh sedangkan mereka dalam keadaan patuh.” (TMQ At-Taubah: 29).
Bagaimana dengan Jihad di Palestin?
Jika kita perhatikan nas-nas berkenaan dengan jihad, kita akan dapati bahawa di dalamnya mengandung tuntutan untuk dilakukan, ditambah lagi adanya celaan bagi orang-orang yang tidak melaksanakannya ketika diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ. Ertinya, jihad merupakan aktiviti yang diperintahkan Allah SWT, wajib hukumnya, dengan perincian bahawa jihad ada dua jenis, yakni ofensif dan defensif.
Jihad ofensif adalah jihad yang bersifat menyerang, menaklukkan negeri-negeri yang menolak untuk menerapkan sistem Islam. Jihad ini dilakukan setelah negeri-negeri tersebut diberikan pilihan seperti yang Rasulullah ﷺ tetapkan, iaitu ditawarkan untuk masuk Islam. Jika menolak, ditawarkan bergabung dengan Daulah Islam yang jika bersedia, mereka akan mendapat hak dan kewajipan yang sama dengan kaum muslim serta diminta membayar jizyah. Yang menerima salah satu dari pilihan ini (masuk Islam atau bergabung dengan Daulah), tidak akan diperangi. Namun, jika menolak keduanya, akan dilancarkan perang kepada mereka.
Ini kerana jihad ofensif adalah bahagian dari pengembanan dakwah Islam yang dilakukan Khilafah ke seluruh penjuru dunia. Alhasil, dalam pelaksanaannya, jihad ofensif wajib dipimpin atau diperintahkan oleh khalifah. Jika belum tegak kekhalifahan seperti saat ini, jihad ofensif tidak dapat terlaksana.
Hukum asal dari jihad ofensif adalah fardhu kifayah. Ertinya, jika sebahagian kaum muslim telah melaksanakannya sehingga tuntutan syarak dapat diwujudkan, kaum muslim yang lain pun terbebas dari kewajipan tersebut. Contoh dari jihad ofensif ini adalah serangan pasukan yang dipimpin Rasulullah ﷺ ke Hunain dan Tabuk. Pada masa para kekhalifahan, jihad ofensif terus dilaksanakan sehingga berjaya menaklukkan Persia, Syam, Mesir, bahkan Andalusia dan Semenanjung Balkan.
Sementara itu, jihad defensif dilakukan saat kaum muslim di suatu wilayah mendapat serangan musuh, tanah mereka diduduki. Dalam kondisi ini, hukumnya fardhu ain bagi setiap orang. Begitu juga jihad, menjadi fardhu ain bagi orang yang Khalifah telah memberikan perintah atasnya untuk berjihad. (Dr. Muhammad Khair Haekal, 2016, Mukhtashar Fiqih jihad).
Khatimah
Berdasarkan semua penjelasan di atas, di Palestin saat ini wajib hukumnya bagi kaum muslim Palestin untuk menegakkan jihad defensif. Apabila mereka tidak mampu, menjadi fardhu kifayah bagi kaum muslim yang lainnya untuk membantu, mulai dari wilayah yang terdekat hingga yang lebih jauh.
Kaum muslim hendaklah menyeru para penguasa muslim untuk menggerakkan pasukannya berjihad melawan Zionis. Hal ini hanya dapat terwujud dalam satu komando seorang pemimpin kaum muslim yang satu. Juga hanya akan terwujud secara hakiki ketika umat Islam bersatu padu dalam satu ikatan akidah Islam yang mampu menghimpun dan mempersatukan tentera kaum muslim untuk membebaskan Palestin. Wallahualam bissawab.

