ENAM KEWAJIPAN KITA TERHADAP AL-QURAN
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Terdapat enam kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam terhadap al-Quran, iaitu:
Pertama, mengimani al-Quran (Al-imanu bil Quran).
Kewajipan ini bererti kita mesti membenarkan secara pasti (al-tashdiq al-jazim), bahawa al-Quran adalah benar-benar wahyu daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT:
اٰمَنَ الرَّسُوۡلُ بِمَاۤ اُنۡزِلَ اِلَيۡهِ مِنۡ رَّبِّهٖ وَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَؕ كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰٓٮِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ اَحَدٍ مِّنۡ رُّسُلِهٖ وَقَالُوۡا سَمِعۡنَا وَاَطَعۡنَا غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيۡكَ الۡمَصِيۡرُ ٢٨٥
“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 285).
Kedua, membaca Al-Quran sebagaimana semestinya (tilawatul Quran haqqa tilawatihi).
Firman Allah SWT:
اَلَّذِيۡنَ اٰتَيۡنٰهُمُ الۡكِتٰبَ يَتۡلُوۡنَهٗ حَقَّ تِلَاوَتِهٖؕ اُولٰٓٮِٕكَ يُؤۡمِنُوۡنَ بِهٖ ؕ وَمَنۡ يَّكۡفُرۡ بِهٖ فَاُولٰٓٮِٕكَ هُمُ الۡخٰسِرُوۡنَ ١٢١
“Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 121).
Syeikh Abdurrahman Nashir As-Sa’di, menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan “membaca al-Quran sebagaimana mestinya” (tilawatul Quran haqqa tilawatihi) dengan berkata:
“Kata tilaawatun (di sini) bermakna mengikuti. Ertinya, mereka menghalalkan apa yang halal dalam Al-Kitab dan mengharamkan apa yang haram dalam Al-Kitab, mereka mengamalkan ayat yang tegas maknanya (al-muhkamat) dan beriman kepada ayat yang tidak tegas maknanya (al-mutasyabihat).”
(Abdurrahman Nashir As-Sa’di, Taysir Al-Karim Ar-Rahman fi Tafsir Kalam Al-Mannan, https://tafsirweb.com/552-surat-al-baqarah-ayat-121.html).
Ketiga, mengamalkan al-Quran (Al-‘amal bil Quran).
Rasulullah SAW:
اقرؤوا القرآنَ، واعملوا به، ولا تَجفُوا عنه، ولا تغْلُوا فيه، ولا تأكلوا به، ولا تستكثِروا به. رواه أحمد وأبو يعلى والطبراني؛ (انظر صحيح الجامع الصغير 1168، والسلسلة الصحيحة 260).
“Bacalah al-Quran, amalkanlah ia, jangan melalaikannya, dan jangan pula berlebih-lebihan terhadapnya, jangan makan hasil darinya, dan jangan memperbanyak harta darinya.” (HR. Ahmad, Al-Musnad, no. 14.981, Abu Ya’la, dan Al-Thabrani, hadis sahih. Lihat Syeikh Nashiruddin Al-Albani, Shahih Al-Jami’ Al-Shaghir, no. 1168, Silsilah Al-Ahadis Al-Shahihah, no. 260).
Keempat, memuliakan/menghormati dan mencintai al-Quran (Ta’zhimul Quran wa mahabbatuhu).
Firman Allah SWT:
ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ
“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.” (TMQ Al-Hajj [22]: 32).
Kelima, belajar, mengajarkan, dan mendakwahkan al-Quran (Ta’allumul Quran wa ta’liimuhu wa ad-da’watu ilayhi.)
Rasulullah SAW telah bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ. رواه البخاري.
“Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain).” (HR. Al-Bukhari, no. 5027).
Keenam, menghafal al-Quran, sama ada keseluruhannya atau sebahagian (Hifzhul Qurani aw ma tayassara minhu).
Menghafal al-Quran hukumnya fardhu kifayah bagi umat Islam.
Nabi SAW telah bersabda:
يُقَالُ – يَعْنِي لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ -: اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا (رواه الترمذي، رقم 2914 وقال : هذا حديث حسن صحيح ، وصححه الألباني في صحيح الترمذي)
“Dikatakan –iaitu kepada Shahibul Quran-,”Bacalah, dan mendakilah. Bacalah dengan tartil sebagaimana engkau (membaca) secara tartil di dunia. Kerana kedudukanmu (pada Hari Kiamat) adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (HR. Tirmidzi, no. 2914, dia mengatakan, “Hadis ini hasan sahih.”)
Jumhur (majoriti) ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Shahibul Al-Quran dalam hadis di atas, ialah orang yang dapat merealisasikan dua perkara sekaligus;
Pertama, orang yang menghafal al-Quran, dan
Kedua, orang yang mengamalkan al-Quran.
Jadi, bukan sekadar orang yang menghafal sahaja tanpa mengamalkan, bukan juga orang yang bagus bacaannya tanpa menghafal. Wallahu a’lam.
Sumber:
fissilmikaffah . com

