[Kenyataan Media] Wahai Pewaris Sejarah Gemilang Penuh Futuhat! Adakah Kalian Lupa Akan Kemuliaan Yang Ditulis Dengan Darah Nenek Moyang Kalian Dan Bersetuju Dengan Perjanjian Perhambaan Yang Dipaksakan Oleh Musuh-Musuh Kalian?
(Terjemahan)
Entiti Yahudi, melalui kenyataan berturut-turut, menuduh Mesir melanggar protokol ketenteraan Perjanjian Camp David dan menuntut pembongkaran infrastruktur ketenteraan yang dibina oleh tentera Mesir di Semenanjung Sinai. Tuduhan ini adalah lanjutan usaha entiti Yahudi untuk mengenakan hegemoninya ke atas umat Islam, serta mencerminkan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan tentera Mesir akan membelokkan senjatanya terhadap mereka sekiranya berlaku kejatuhan rejim Mesir atau kestabilan negara tersebut. Itulah sebabnya entiti Yahudi berusaha untuk menghapuskan ancaman ketenteraan yang mungkin timbul apabila keadaan berubah atau orang-orang yang ikhlas berkuasa.
Wahai anak-anak tanah Kanaan! Wahai perisai pelindung dan benteng umat Islam yang tidak dapat dihancurkan! Entiti Yahudi terus berkelakuan angkuh dan zalim. Mereka menyangka bahawa Mesir dan rakyatnya akan kekal terbelenggu oleh perjanjian kehinaan dan penyerahan. Perjanjian-perjanjian ini tidak memberikan manfaat politik, ketenteraan, atau ekonomi kepada rakyat Mesir dan umat Islam secara umum, malah meningkatkan pengaruh dan permusuhan entiti Yahudi.
Provokasi sistematik oleh Yahudi terhadap Mesir, termasuk membunuh tentera Mesir secara sengaja kemudian menyatakan ia sebagai “satu kesilapan“, adalah tuntutan lancang mereka demi pembubaran infrastruktur ketenteraan di Sinai, dan menggunakan mekanisme tekanan antarabangsa, menunjukkan bahawa entiti Yahudi hanya boleh dihalang dengan kekuatan ketenteraan dan tidak memahami bahasa diplomasi.
Apa yang berlaku hari ini bukanlah kejadian biasa, tetapi satu lagi fasa baru dalam hegemoni dan penindasan yang telah lama wujud. Ia adalah lanjutan daripada rancangan lama dan baru yang bertujuan untuk menawan Mesir dan menjauhkannya dari misinya sebagai pelindung dunia Islam dan pembebas Tanah Palestin yang Diberkati. Entiti Yahudi dan dunia Barat di belakangnya mahu Mesir terus kekal menjadi tawanan perjanjian memalukan ini. Perjanjian ini telah mengenakan sekatan yang merendahkan tentera Mesir dan melucutkan Sinai tanpa sebarang kuasa penghalang yang boleh menimbulkan ancaman kepada entiti haram ini.
Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya adalah: Berapa lama lagi Mesir akan terus dibebani dengan perjanjian yang tidak adil ini? Adakah rakyat Mesir akan menerima bimbingan musuh yang menjajah dan tunduk kepada telunjuk mereka mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di tanah mereka sendiri? Atau adakah terdapat lelaki-lelaki yang kuat dan berani di dalam Mesir yang tahu bahawa era penyerahan (mengalah) telah berakhir? Mesir bukanlah negara biasa; ia adalah nadi, benteng, dan pelindung umat Islam yang tidak dapat diatasi!
Provokasi terhadap Mesir ini bukanlah tanpa sebab; ia adalah sebahagian daripada rancangan untuk mengukuhkan hegemoni Barat di rantau ini dan memastikan kehadiran entiti Yahudi kekal sebagai kuasa dominan di Timur Tengah! Tetapi, rancangan kotor ini hanya akan berjaya jika umat Islam terus “tidur“ dan tunduk! Tetapi jika umat Islam bangun dari lenanya dan Islam kembali memerintah, entiti ini akan lenyap dengan izin Allah.
Wahai penduduk Kinanah! Islam tidak pernah mensyaratkan umat Islam untuk meminta izin pihak luar untuk mempertahankan tanah mereka. Keamanan umat tidak boleh diserahkan kepada musuh dan tuan-tuan mereka! Sebaliknya, Islam memerintahkan kita untuk menjadi kuat dan mulia dengan cara yang musuh tidak akan berani dan tiada siapa yang akan berani mencabuli tanah dan tempat suci kita.
Hakikatnya, kehadiran entiti Yahudi pada hari ini yang berani menetang Mesir amat menyakitkan hati kita. Walau bagaimanapun, tentera Mesir mempunyai kuasa untuk menghapuskan entiti ini dari muka bumi. Namun, malangnya, rantai penjajahan Barat masih berada pada pergelangan tangan-tangan mereka.
Wahai putera-putera tentera Kinanah! Wahai penjaga akidah, pelindung tanah air! Tidakkah sudah tiba masanya untuk membebaskan diri kalian dari belenggu yang memalukan ini? Bukankah sudah tiba masanya untuk kalian menjadi seperti Salahuddin al-Ayyubi yang tidak tahan melihat Baitulmaqdis di tangan Salibis, yang kemudian menggerakkan umat, membuat persiapan dan kelengkapan yang diperlukan, dan akhirnya membersihkan Baitulmaqdis dari kekotoran Salibis?
Tanah Suci Palestin sedang memuntahkan darah, Gaza menjerit! Penceroboh tidak hanya melakukan genosid, tetapi juga berusaha menundukkan dan mengaibkan seluruh dunia Islam. Adakah kalian sanggup menerima penghinaan ini? Atau adakah kalian akan marah kerana Allah, lalu menghilangkan debu kehinaan dari diri kalian, menghapuskan pengkhianat dan sekutu mereka, serta berjalan di atas jalan kemuliaan dan kemenangan?
Wahai para pahlawan! Tugas kalian bukan untuk mempertahankan perjanjian palsu Barat; tugas kalian adalah untuk melindungi umat, menangkis musuh, dan membebaskan Tanah Suci Palestin dari penjajah entiti Yahudi! Mesir hanya akan mencapai kemuliaan melalui jihad di jalan Allah. Kemuliaan dan kehormatan hanya akan tercapai dengan memutuskan rantai Camp David dan membebaskan diri dari perhambaan Barat.
Wahai rakyat Mesir yang merdeka! Entiti Yahudi kini berada dalam kedudukan yang paling lemah! Walaupun mereka kelihatan sombong dan angkuh di luar, namun jauh di lubuk hati mereka dipenuhi dengan ketakutan dan kepanikan. Mereka sedar bahawa terdapat unsur asing di tanah-tanah ini. Kewujudan mereka adalah kelemahan umat Islam dan mereka sedar kebergantungan mereka pada perpecahan umat. Tetapi mereka juga sangat tahu bahawa kesatuan dan perpaduan umat Islam adalah tanda kematiannya yang tidak dapat dielakkan! Jadi mengapa tidak menjadi orang yang memulakan perubahan ini? Mengapa tidak menjadi orang yang mencetuskan yang pertama? Adakah kalian akan berdiam diri apabila entiti Yahudi menuntut pembubaran pasukan tentera kalian? Atau adakah kalian akan mengambil sikap yang sesuai dengan maruah kalian dengan berkata, ‘Cukup!’ kepada musuh yang menduduki ini?
Penyelesaiannya bukan dengan mengemis mahupun di meja rundingan! Penyelesaian sebenar terletak pada usaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan ummah kepada keadaan gemilang sebagaimana dahulu. Umat yang kuat ialah yang memerintah dengan Islam dan mentadbir dunia dengan adil dan belas kasihan. Satu-satunya cara untuk mencapainya adalah dengan menegakkan semula Khilafah Rasyidin dengan manhaj kenabian. Khalifah akan menyatukan barisan kita yang berselerak dan memulihkan kuasa kita yang telah dirampas daripada kita! Jadilah tenteranya dengan segera dan ambillah tindakan untuk mempertahankan agama kalian! Jika tidak, sejarah tidak akan memaafkan mereka yang bertindak sambil lewa.
Wahai penduduk tanah Kanaan! Pada saat genting ini, sama ada kalian akan menentang entiti Yahudi yang menyerang dan menyelamatkan kehormatan Mesir, atau kalian akan menerima penawanan kalian dan mengalami konsekuensi yang dahsyat! Kami sangat percaya bahawa terdapat kebaikan yang besar dalam diri kalian! Kalian tidak akan berpuas hati dengan apa-apa selain kehormatan, kalian tidak akan menerima apa-apa selain kemenangan! Akan tiba satu masa apabila ingat bahawa kalian telah memilih jalan yang betul pada titik perubahan ini, dan bahawa Allah telah memberikan kalian kemenangan dan kuasa kerana kalian telah berjalan di atas jalan ini. Demi Allah, jagalah umatmu. Demi Allah, jangan biarkan saudara Palestin sendirian. Demi Allah, berpegang teguhlah pada agamamu.
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (TMQ Al-Hajj [22]:40)
Pejabat Media HizbutTahrir
Wilayah Mesir
Sumber: hizb-uttahrir.info