Site icon MuslimahHTM News

Gaza dan Ketakutan Barat Akan Kembalinya Khilafah

Gaza dan Ketakutan Barat Akan Kembalinya Khilafah

 

“Benjamin Netanyahu berjanji untuk melanjutkan perang meskipun ada seruan dari dalam Israel yang makin meningkat untuk kesepakatan yang akan membawa pulang tawanan Israel yang ditahan di Gaza dan mengakhiri perang, yang telah menewaskan lebih dari 52,000 warga Palestin.” Demikian petikan berita yang dikeluarkan Al Jazeera (4-5-2025).

 

Tekad Netanyahu untuk melanjutkan perang ini dikuatkan oleh Ketua Staf Am Angkatan Pertahanan Israel bernama Eyal Zamir. Dia menyatakan akan memanggil puluhan ribu tentera simpanan demi memperburukkan dan memperluaskan serangannya di Gaza. Dia juga dengan angkuhnya menyatakan bahawa dia akan menghancurkan seluruh infrastruktur yang dikatakan sebagai milik Hamas, baik yang ada di atas tanah mahupun di bawah tanah. Semuanya itu—dia mengatakan—dilakukan demi memaksa Hamas untuk membebaskan tawanan sekaligus segera memenangi perang.

 

Produksi Ketakutan

 

Sikap Netanyahu dan militernya yang kian kejam setelah pelanggaran gencatan senjata ini sebenarnya telah memancing kemarahan dari masyarakat global. Lebih-lebih lagi ketika pihak Zionis menguatkuasakan sekatan sepenuhnya ke atas Gaza sehingga menyebabkan situasi di sana menjadi sangat mengerikan. Rakyat Gaza dibiarkan kelaparan seraya menjadi sasaran harian pembunuhan besar-besaran. Begitu juga dikalangan para pegawai perubatan, pasukan polis, hingga jurnalis, semuanya menjadi sasaran pembantaian. Sehingga UNRWA menyatakan, situasi di Gaza benar-benar sudah di luar imaginasi atau di luar batas kemanusiaan.

 

Negara-negara Barat yang selama ini mendukung Zionis pun—terutama AS dan Britain—kelihatan seolah bermain tarik tali, setidaknya untuk meredam berbagai tekanan internal dan eksternal yang mula muncul secara masif kerana mereka turut bertanggungjawab membantu “mencipta“ situasi yang kian parah di Gaza.

 

Hanya saja, Netanyahu terus meyakinkan bahawa usaha tersebut bukan hanya demi kepentingan eksistensi negara haram Zionis di Palestin. Beberapa hari lalu dia mengatakan bahawa jika Zionis kalah dalam perang melawan Hamas, maka masa depan negara-negara Barat pun akan terancam. Bahkan hanya Hamas, tetapi serangannya ke atas Lebanon untuk menumpas Hizbullah dan ke atas Yaman untuk mengalahkan Houti juga dilatari oleh alasan ini.

 

Dia juga menggunakan narasi tentang ancaman kebangkitan Khilafah untuk membenarkan tindakannya sekaligus menguatkan fobia di tengah negara-negara Barat berserta para penguasa Arab yang gila kuasa.

 

Dia mengatakan, “Kami tahu siapa yang kami hadapi. Kami tidak akan membiarkan berdirinya kekhilafahan beberapa kilometer jauhnya di Pesisir Mediteranian.” Dia sangat faham bahawa kebangkitan Khilafah adalah mimpi buruk bagi mereka. Akibatnya, memberikan dukungan politik atas keputusan jahatnya di Gaza menjadi sebuah kemestian.

 

Jika ditarik ke belakang mengenai apa yang dia sampaikan tentang Khilafah, sebenarnya sudah menjadi perbincangan global sejak munculnya semangat kebangkitan Islam pasca keruntuhan Kesatuan Soviet yang menjadi simbol kekuatan peradaban sosialisme. Negara-negara Barat yang mengusung ideologi kapitalisme, memang sangat ketakutan jika ideologi yang ada di dunia, yakni Islam, akan muncul sebagai kekuatan politik baru yang akan menumbangkan hegemoninya.

 

Oleh sebab itulah, Amerika sampai merancang senario jahat yang dikenal dengan peristiwa serangan menara WTC pada 11 September 2001 di Washington DC. Peristiwa ini kemudian menjadi starting point bagi bermulanya projek global melawan terorisme yang tidak lain merupakan projek global menghalangi kebangkitan Khilafah Islam. Sejak itulah projek-projek keganasan yang didalangi kerja perisikan berlaku di mana-mana. Sasarannya adalah untuk memburukkan dan menjenayahkan ajaran Khilafah dan pengembannya agar umat menjauhi idea kebangkitan Khilafah tersebut.

 

Ketakutan Barat akan Khilafah ini terlihat dari berbagai pernyataan para pemimpin negara-negara Barat yang secara jelas menunjukkan kekhuatiran mereka akan penyebaran ideologi Islam dan gagasan Khilafah. Presiden Rusia Vladimir Putin, misalnya, pada November 2002, saat Sidang Kemuncak Rusia-Kesatuan Eropah ke-10 di Brussels, menyatakan, “Saya ingin anda tahu bahawa pembentukan kekhilafahan di wilayah Persekutuan Rusia hanyalah bahagian pertama dari rencana mereka. Sebenarnya, jika anda mengikuti perkembangan akan hal itu, anda perlu tahu bahawa kaum radikal memiliki tujuan yang jauh lebih besar. Mereka berbicara tentang pembentukan kekhilafahan dunia.” Perlu dicatat bahawa wilayah Asia Tengah yang merupakan bekas jajahan AS saat itu menjadi tempat subur bagi pergerakan Khilafah yang dipimpin Hizb ut-Tahrir.

 

Begitu juga pada 2005, Perdana Menteri Britain, Tony Blair melontarkan tuduhan keji terhadap Khilafah, yakni menyebutnya sebagai salah satu ciri ideologi jahat. Dia menyebut ciri-ciri tersebut adalah : bertujuan ingin menghapuskan Israel, menjadikan syariat Islam sebagai sumber hukum, menegakkan Khilafah, dan bertentangan dengan nilai-nilai liberal. (NY Times, 16-7-2005). Pidatonya tersebut memang dilatari peristiwa terorisme di West Yorkshire London, yang menjadikan Al-Qaeda sebagai pengganasnya. Namun kemudian, kita juga tahu bahawa kelompok dan aksi-aksi keganasan tersebut ternyata merupakan hasil bentukan perisikan Amerika dalam rangka GWOT.

 

Adapun Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush Jr. sempat berkata, “Teroris Al-Qaeda dan mereka yang memiliki ideologi yang sama adalah ekstremis Sunni yang kejam. Mereka didorong oleh visi Islam yang radikal dan menyimpang yang menolak toleransi, menghancurkan semua perbezaan pendapat, dan membenarkan pembunuhan terhadap lelaki, wanita, dan anak-anak yang tidak bersalah dalam upaya meraih kekuasaan politik. Mereka berharap untuk mendirikan utopia politik yang penuh kekerasan di seluruh Timur Tengah, yang mereka sebut kekhilafahan, di mana semua orang akan diperintah sesuai dengan ideologi kebencian mereka.”

 

Dahsyatnya Seruan Jihad

 

Semua pihak tahu bahawa selama ini Zionis tidak pernah menang dari siapa pun. Ini kerana pada faktanya mereka nyaris tidak pernah berhadapan dengan tentera atau pasukan muslim secara langsung. Oleh kerana itu, pernyataan Netanyahu soal Khilafah dan upayanya untuk menarik perhatian Barat akan bahayanya, dijangka kuat atas sebab masifnya seruan jihad dan seruan penegakan Khilafah yang tersebar di banyak tempat sejak akhir-akhir ini.

 

Dia dan sekutunya sudah sedia maklum bahawa keberadaan pasukan Islam yang dimobilisasi Khilafah pasti akan menghancurkan mimpi-mimpi mereka tentang Timur Tengah Baru dan Tata Dunia Baru. Jika saat ini saja mereka selalu memilih cara-cara licik untuk memenangi pertempuran, bagaimana mungkin mereka berani menghadapi dahsyatnya pasukan Khilafah yang begitu mendambakan kematian dalam jihad fii sabilillah?

 

Realiti ini semestinya menjadi renungan bagi umat Islam bahawa jihad dan Khilafah adalah solusi sebenar bagi Gaza, Palestin. Bahkan, tegaknya Khilafah Islam bukan hanya akan menjadi solusi bagi masalah Palestin, tapi menjadi solusi bagi seluruh masalah yang wujud dari peradaban kapitalisme secara keseluruhan.

 

Telah terbukti hingga saat ini semua ikhtiar yang sudah dilakukan, seperti bantuan kemanusiaan, tindakan besar-besaran seperti demonstrasi, dan boikot produk yang terkait dengan Zionis, hanya bersifat pragmatik. Semuanya sama sekali tidak mampu membungkam keangkuhan Zionis, apatah lagi menghapus penjajahan dan kezaliman mereka di Palestin. Bahkan tanpa disedari, membatasi ikhtiar pada upaya-upaya pragmatik ini sebaliknya hanya memperpanjangkan tempoh penjajahan, sekaligus memperburuk penderitaan bagi umat Islam di Palestin.

 

Adapun jika ditinjau dari sudut pandang syariat, kedua-duanya (jihad dan Khilafah) merupakan sebahagian dari ajaran Islam. Masalah Gaza-Palestin hakikatnya adalah masalah agama, yakni penguasaan atas tanah umat Islam, bukan semata masalah kemanusiaan sebagaimana yang terus digembar-gemburkan. Dengan demikian, solusi terhadap permasalahan tersebut perlu dilihat dari kaca mata Islam atau hukum syarak.

 

Sungguh, Islam telah memerintahkan untuk memerangi siapa saja yang memerangi kaum muslim dan mengusir kaum muslim dari tanah-tanah mereka. Allah SWT berfirman, “Dan berperanglah di jalan Allah ke atas orang yang memerangi kamu.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 190). Juga firman-Nya, “Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 191).

 

Selama ini, rakyat Gaza telah memenuhi kewajipan mereka untuk melakukan jihad melawan penjajahan. Namun realitinya, kekuatan mereka tidak cukup untuk melawan kerana hanya bertumpu pada kekuatan individu atau sekelompok orang dengan sumber daya yang tidak seimbang. Sementara itu, musuh yang dihadapi mereka adalah entiti sebuah negara, yang didukung oleh kekuatan global, di bawah kepemimpinan AS.

 

Secara hukum, kewajipan itu akan terkena kepada umat Islam di sekitarnya, bahkan jika tidak cukup juga, boleh terkena atas umat Islam di dunia. Namun pada masa yang sama, sistem yang ada saat ini menghalangi pelaksanaan jihad semesta. Senario negara-negara Barat pasca keruntuhan Khilafah pada 1924 untuk memecah-belah umat Islam berdasarkan batas-batas sempadan bernama “negara” telah berjaya membuatkan mereka tidak berdaya, termasuk melaksanakan seruan jihad.

 

Tuntunan syariat Islam tentang persatuan hakiki umat, serta gambarannya sebagai tubuh yang tidak terpisah, hanya tinggal sebagai kisah dongeng. Semua kelemahan ini lantas dikukuhkan dengan adanya berbagai peraturan antarabangsa yang ternyata hanya menyumbang kepada kepentingan negara adidaya. Maka, tidak hairanlah jika umat Islam dunia yang jumlahnya lebih dari 2 bilion kelihatan begitu tidak berdaya di hadapan 9.5 juta orang penduduk Yahudi. Bahkan, para penguasanya malah berbondong-bondong berdiri di sisi penjajah.

 

Jihad Menuntut Keberadaan Khilafah

 

Di sinilah kelihatan hubung-kait tuntutan jihad dengan keperluan penegakkan sebuah sistem politik yang disebut Khilafah. Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh umat Islam yang akan menegakkan seluruh syariat Islam dan menjalankan misi dakwah. Salah satu syariat Islam yang dituntut untuk direalisasikan pada hari ini ialah jihad fii sabilillah, maka selain kerana Khilafah merupakan kewajipan, mewujudkannya terbukti merupakan satu kewajipan.

 

Tatkala musuh terus menakutkan dunia dengan gagasan Khilafah, umat Islam justeru sepatutnya turut mengambil peranan dalam menguatkan opini tentang kewajipan menegakkan Khilafah. Mereka bahkan dituntut oleh syariat untuk bersungguh-sungguh menyegerakan tegaknya Khilafah sebagai bentuk tanggungjawab mereka menolong saudara seakidah, umat Islam Palestin, khususnya Gaza.

 

Sungguh perjuangan penegakan Khilafah adalah perjuangan yang sangat mulia, sebagaimana kedudukannya sebagai tajul furudh ‘mahkota kewajipan’ dalam keseluruhan ajaran Islam. Lebih-lebih lagi Khilafah yang akan datang adalah Khilafah yang tegak di atas minhaj kenabian. Para pejuangnya disetarakan dengan generasi penegak Khilafah pada masa awal, sedangkan pahalanya dilipatgandakan hingga 50 kali pahala yang diperoleh para sahabat Rasulullah ﷺ.

 

Mari kita renungkan nasihat Al-‘Alamah Syeikh Atha Abu Rasytah, seorang ulama mukhlis, pemimpin gerakan berideologi yang konsisten memperjuangkan Khilafah, “Sungguh kita faham bahawa musuh-musuh Islam akan menilai terlaksananya hal itu (Khilafah) sebagai hal yang mustahil. Mereka mengulang-ulang ucapan kelompok mereka sebelumnya seraya mengolok-olok, ‘Mereka itu (orang-orang mukmin) ditipu oleh agamanya,’ (Surah Al-Anfal [8]: 49).”

 

Tetapi, sebagaimana dahulu, ucapan itu menjadi bencana bagi yang mengucapkannya dan Allah memuliakan agama-Nya dan menolong pemeluknya, maka demikian juga hari ini, ucapan mereka juga akan menjadi bencana bagi mereka.

 

Semoga Allah SWT berkenan menerima amal dakwah kita, dan mewafatkan kita dalam keadaan istiqamah di jalan-Nya. Semoga Khilafah segera tegak hingga umat Islam kembali beroleh kemuliaannya. Amin ya Rabb.

 

 

Sumber: muslimahnewsid

Exit mobile version