Site icon MuslimahHTM News

AL-MUJMAL

AL-MUJMAL
اَلْمُجْمَلُ

Oleh: Yahya Abdurrahman

Al-Mujmal menurut Taqiyuddin as-Subki (w. 756 H) di dalam Al-Ibhâj fî Syarhi al-Minhâj, secara bahasa berasal dari kata al-jamlu, iaitu al-khalthu (percampuran). Dari kata ini, sabda Rasul SAW:

لَعَنَ اللهُ الْيَهُوْدَ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِمْ شُحُوْمَ الْمَيْتَةِ فَجَمَلُوْهَا أَيْ خَلَطُوْهَا وَبَاعُوْهَا فَأَكَلُوْا ثَمَنَهَا
“Allah melaknat orang Yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, lalu mereka campur dan mereka jual, kemudian mereka makan harganya.” (HR Muslim dan Abu Dawud).

Lafaz itu disebut mujmal kerana percampuran apa yang dinginkan dengan yang lainnya.

Menurut Imam al-Amidi (w. 631 H), al-mujmal secara bahasa diambil dari al-jam’u. Dari kata ini dikatakan, “Ajmala al-hisâba,” jika meringkasnya dan menghilangkan rinciannya. Dikatakan al-mujmal adalah yang disimpulkan (al-muhashshal) dan dari situ dikatakan, “Jammalta asy-syay’a idzâ hashshaltahu (Anda me-mujmal-kan sesuatu jika anda simpulkan/ikhtisarkan).

Imam asy-Syaukani (w. 1250 H) menyatakan di dalam Irsyâd al-Fuhûl, al-mujmal secara bahasa bermakna disamarkan (al-mubham); dari ajmala al-amra jika menyamarkan (abhama). Dikatakan, al-mujmal adalah yang dikumpulkan (al-majmû’) dari ajmala al-hisâba jika dikumpulkan dan dijadikan satu sekaligus. Dikatakan, al-mujmal adalah disimpulkan-diikhtisarkan (al-mutahashshal) dari ajmala asy-syay’a jika menyimpulkannya (hashshalahu).

Secara istilah, para ulama ushul memberikan definisi dan batasan yang berbeza-beza. Imam al-Amidi (w. 631 H) di dalam Al-Ihkâm fî Ushûl al-Ahkâm menjelaskan, yang benar bahawa al-mujmal adalah mâ lahu dalâlah ‘alâ ahadi amrayni lâ maziyyata li ahadihimâ ‘alâ al-âkhar bi an-nisbati ilayhi (apa yang memiliki dalaalah [makna] atas salah satu dari dua perkara yang tidak ada keistimewaan untuk salah satunya atas yang lain dengan dinisbatkan kepadanya). Mâ lahu dalâlah agar mencakupi ucapan dan perbuatan dan dalil-dalil mujmal lainnya. ‘Alâ ahadi amrayni menghalangi dari apa yang hanya memiliki satu dalaalah. Lâ maziyyata li ahadihimâ ‘alâ al-âkhar bi an-nisbati ilayhi menghalangi dari lafaz yang merupakan lafaz lahiriah pada satu makna dan jauh pada yang lainnya seperti lafaz yang merupakan hakikat pada sesuatu dan majaz pada sesuatu lainnya.

Menurut Ibnu al-Hajib (w. 646 H) di dalam Mukhtashar Ibni al-Hâjib, al-mujmal secara istilah adalah mâ lam tattadhih dalâlatuhu (apa yang belum jelas dalaalah [makna]-nya). Definisi ini dijelaskan oleh Syamsuddin al-Ashfahani (w. 749 H) di dalam Bayân al-Mukhtashar Syarhu Mukhtashar Ibni al-Hâjib, “Tidak lain dikatakan mâ (apa) dan tidak dikatakan lafzhu (lafaz) agar mencakup perbuatan dan ucapan. Sebab, mujmal itu sebagaimana terjadi pada lafaz, begitu juga terjadi pada perbuatan. Dalaalah lebih umum dari keberadaannya yang bersifat lafzhiyyah atau bukan lafzhiyyah. Dalaalah perbuatan bersifat ‘aqliyyah. Lam tattadhih dalâlatuhu (belum jelas dalaalah-nya) menghalangi dari al-muhmal. Sebab, al-muhmal itu pada asalnya tidak ada dalaalah; juga menghalangi dari al-mubayyan sebab dalaalah-nya telah jelas.

Al-‘Allamah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah Jilid 3 menjelaskan, “Al-Mujmal adalah lafaz yang ketika disebutkan tidak difahami sesuatu tertentu, tetapi dari situ difahami lebih dari satu perkara dan tidak ada keistimewaan untuk satu perkara atas yang lainnya. Ertinya, al-mujmal adalah apa yang tidak jelas dalaalah-nya, dan yang dimaksudkan adalah apa yang memiliki dalaalah, tetapi tidak jelas.”

Syeikh Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah di dalam Taysîr al-Wushûl Ilâ al-Ushûl menjelaskan, al-mujmal adalah mâ dalla ‘alâ aktsari min madlûl lâ maziyyata li ahadihima ‘alâ al-âkhar wa al-ladzi yaftaqiru al-‘amalu bi madlûlihi ilâ bayânin (Apa yang menunjukkan pada lebih dari satu madluul [makna] yang tidak ada keistimewaan untuk salah satunya terhadap yang lainnya dan apa yang saat diamalkan memerlukan penjelasan). Mâ dalla dan tidak dikatakan kullu lafzh[in] dalla kerana al-mujmal itu berkaitan dengan lafaz dan perbuatan, dan bukan hanya berkaitan dengan lafaz saja.

‘Alâ aktsari min madlûlin untuk mengeluarkan lafaz mutlak yang menunjukkan pada satu madluul. Firman Allah SWT, “fatahrîru raqabat[in]”, kata raqabah di sini bersifat mutlak, bukan mujmal, kerana memiliki satu madluul terhadap budak yang sudah diketahui, yakni bukan orang merdeka. Adapun firman Allah SWT, “faqad ja’alnâ liwaliyyihi sulthân[an] (Sungguh Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya­ (TMQ al-Isra` [17]: 33), maka kata sulthân[an] di sini mujmal dan bukan mutlak, kerana mempunyai lebih dari satu madluul. Makna as-sulthân adalah argumentasi (al-hujjah) serta pemilik perintah dan larangan (shâhibu al-amri wa an-nahyi). Keraguan atas makna lafaz itu di antara kedua madluul tersebut membuat kata mujmal yang memerlukan penjelasan (bayân).

Lâ maziyyata li ahadihimâ ‘alâ al-âkhar untuk mengeluarkan lafaz yang telah raajih satu madluul atas lainnya seperti hakikat dan majaz atau dalâlah al-iqtidhâ dari al-khabar dan ath-thalab dan seumpamanya. Pada firman Allah SWT, “fasâlat awdiyatun biqadarihâ”, lafaz awdiyatun di sini bukan mujmal meski mempunyai lebih dari satu makna. Sebab, dalam hakikat lughawiyah maknanya al-wâdî (lembah), yakni tempat rendah di bumi, dan secara majaz bermakna air yang ada di situ. Ini tidak termasuk mujmal. Sebab, makna hakikatnya terhalang sehingga membuat maknanya menjadi tertentu satu makna sebab dengan itu yang telah tertentu adalah makna majaznya.

Yaftaqiru al-‘amalu bi madlûlihi ilâ bayânin (mengamalkan madlulnya memerlukan penjelasan) untuk mengeluarkan darinya lafaz umum yang meliputi beberapa individu/unit, tetapi mengamalkan yang manapun darinya tidak memerlukan penjelasan.

Ketidakjelasan makna al-mujmal dijelaskan oleh al-‘Allamah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyah Jilid 3, “Yang dimaksud tidak adanya kejelasan dalaalah lafaz adalah tidak adanya kejelasan menurut dalaalah bahasa terhadapnya, baik menurut asal bahasa, menurut syara’ atau ‘urf. Jadi lafaz yang ketika diucapkan tidak difahami sesuatu tertentu, tetapi difahami lebih dari satu perkara, dan tidak ada keistimewaan untuk satu perkara atas lainnya, tidak lain itu berkaitan dengan dalaalah bahasa Arab menurut asal bahasa, syariah atau ‘urf. Adapun apa yang dari kata itu difahami sesuatu tertentu secara asal bahasa, syariah atau ‘urf maka tidak dinilai termasuk mujmal. Ertinya, apa yang dalaalah-nya jelas menurut bahasa, syariah atau ‘urf maka tidak termasuk mujmal.

Dari penjelasan tersebut, firman Allah SWT:
حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمۡ أُمَّهَٰتُكُمۡ… ٢٣
“Diharamkan atas kamu ibu-ibu kalian…” (TMQ an-Nisa’ [4]: 23).

حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ… ٣
“Diharamkan atas kalian (memakan) bangkai…” (TMQ al-Maidah [5]: 3).


Anggapan sebahagian orang bahawa kedua ayat ini mujmal adalah tidak tepat. Sebab, menurut ahlu lughah, makna kedua ayat tersebut jelas. Menurut ‘urf ahlu lughah, makna yang langsung terlintas dalam benak, yakni makna hakikat dari “hurrimat ‘alaykum ummahâtukum” hanya satu makna, yakni haram menggauli atau mengahwini. Dari “hurrimat ‘alaykum al-maytatu …” hanya makna haram memakannya. Jadi kedua ayat tersebut bukan al-mujmal kerana telah jelas dan tertentu maknanya menurut hakikat ‘urfi ahlu lughah.

Nas yang jelas maknanya menurut dalâlah al-iqtidhâ‘ juga bukan mujmal. Misalnya, sabda Rasul SAW:

«إِنَّ اللَّهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ, وَالنِّسْيَانَ, وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ»
“Sungguh Allah menggugurkan dari umatku kekeliruan, lupa dan apa yang dipaksakan atas dirinya.” (HR Ibnu Majah no. 2045; ath-Thabarani di dalam Mu’jam al-Awsath no. 8273; Abu Nu’aim di dalam Al-Hilyah; al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubrâ no. 11454).

Dari dalâlah al-iqtidhâ‘ jelas bahawa yang digugurkan adalah hukum al-khatha‘ (kekeliruan), lupa dan apa yang dipaksakan.

Begitu juga dengan sabda Rasul SAW:

«لَا صَلَاةَ إِلَّا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ»
“Tidak ada solat (yang sah) kecuali dengan (membaca) al-Fatihah.” (HR Abu ‘Awanah no. 1668; al-Bukhari di dalam Al-Qiraa’ah Khalfa al-Îmâm no. 142; Ibnu al-Jarud no. 186; ath-Thabarani di Mu’jam al-Awsâth no. 2262).

«لَا صِيَامَ لِمَنْ لَمْ يَفْرِضْهُ مِنَ اللَّيْلِ»
“Tidak ada puasa (yang sah) untuk orang yang tidak memfardhukan (meniatkan) dari malam.” (HR Ibnu Majah no. 1700, Ahmad no. 9111 dan ad-Daraquthni no. 2214).

«لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ وَشَاهِدَيْ عَدْلٍ»
“Tidak ada nikah (yang sah) kecuali dengan adanya wali dan dua orang saksi yang adil.” (HR ad-Daraquthni no. 3521, 3531, 3532, 3534; asy-Syafi’i no. 1134; Abdu ar-Razaq no. 10473; Ibnu Hibban no. 4075; ath-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabîr no. 299; al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubrâ no. 13716, 13718).

Semua itu bukan mujmal. Sebab, melalui dalâlah al-iqtidhâ‘, madluul-nya jelas yang dinafikan adalah keabsahannya.

Walhasil, semua yang jelas dalaalah-nya dengan salah satu dalaalah bahasa, baik secara asal bahasa, ‘urf atau syarie, tidak termasuk mujmal. Jadi, ia dibawa pada majaz atau difahami dari indikasi (qarînah) atau diambil dalam dalaalah lafaz (manthûq), atau dari dalaalah makna (mafhûm) atau yang lainnya. Selama hal itu mungkin pada suatu lafaz atau tarkiib dalam nas maka ke-mujmal-annya hilang. Jadi al-mujmal hanya dalil (berupa lafaz atau perbuatan) yang memiliki dalaalah, tetapi dalaalah-nya tidak jelas, dan agar dapat diamalkan memerlukan penjelasan.

WalLâh a’lam wa ahkam.

Exit mobile version