Site icon MuslimahHTM News

HUKUM BERKORBAN UNTUK AYAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

HUKUM BERKORBAN UNTUK AYAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

 

Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi

 

Soalan:

 

Assalamualaikum wbt. Apakah hukum berkorban untuk orang telah meninggal dunia? Ayah saya telah meninggal dunia pada 1 April 2025 yang lalu. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau pernah merancang untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun ini bersama-sama ibu saya. Adakah niat itu masih boleh dilaksanakan?

 

Jawapan:

 

Waalaikumussalam wbt.

 

Ada 2 (dua) kemungkinan hukum syarak yang dapat diterapkan bagi menjawab persoalan di atas;

 

Pertama, jika niat ayah tersebut bentuknya adalah wasiat atau nazar, maka wajib hukumnya berkorban untuk ayah tersebut, dengan biayanya yang berasal dari harta waris yang ditinggalkan oleh ayah tersebut.

 

Kedua, jika niat ayah tersebut bentuknya bukan nazar atau wasiat, maka sunnah hukumnya seorang anak berkorban untuk ayahnya yang sudah meninggal, dengan biayanya yang berasal dari anak itu sendiri, bukan dari ayah yang sudah meninggal tersebut.

 

Kemungkinan pertama, jika korban untuk orang yang sudah meninggal itu, dalam rangka melaksanakan wasiat dari orang tersebut, termasuk juga nazar, hukumnya wajib berdasarkan hadis:

 

عَنْ حَنَشٍ قَالَ: رَأَيْتُ عَلِيًّا يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ. فَقُلْتُ: مَا هَذَا؟ فَقَالَ: «إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وآله وسلم أَوْصَانِي أَنْ أُضَحِّيَ عَنْهُ، فَأَنَا أُضَحِّي عَنْهُ» أخرجه أبو داود -واللفظ له- والترمذي والبيهقي.

Dari Hanasy RA, dia berkata, “Aku melihat Ali menyembelih dua ekor kambing, lalu aku bertanya, ’Apa ini?’ Maka Ali RA kemudian menjawab, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berwasiat kepadaku agar aku menyembelih korban untuk beliau, maka aku menyembelih korban atas nama beliau.” (HR. Abu Dawud, no. 2790; Al-Tirmidzi, no. 1495; dan Al-Baihaqi. Hadis ini menggunakan lafaz menurut Imam Abu Dawud).

 

Dalam redaksi (lafaz) hadis menurut Imam Al-Tirmidzi (tanpa lafaz wasiat):

 

عَنْ حَنَشٍ عَنْ عَلِيٍّ : أَنَّهُ كَانَ يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ أَحَدُهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَالْآخَرُ عَنْ نَفْسِهِ ، فَقِيلَ لَهُ ، فَقَالَ : أَمَرَنِي بِهِ يَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا أَدَعُهُ أَبَدًا

 

Dari Hanasy RA dari Ali RA, “Bahawasanya dia (Ali RA) telah menyembelih dua ekor kambing, yang satu adalah sembelihan atas nama Rasulullah SAW, sedang yang satu lagi, adalah sembelihan atas nama dia sendiri. Lalu ada yang bertanya kepadanya, kemudian Ali RA berkata, ‘Beliau telah memerintahkan kepadaku, yakni yang memerintah itu adalah Nabi SAW, untuk melakukan itu (menyembelih korban), maka aku tidak akan meninggalkan perintah itu selamanya.” (HR. Al-Tirmidzi, no. 1495).

 

Hadis di atas adalah dalil wajibnya melaksanakan wasiat dari seseorang yang meninggal untuk menyembelih korban atas nama dia, dengan biayanya dari harta orang yang meninggal tersebut (maksimum sepertiga dari harta yang ditinggalkan, sesuai hukum wasiat).

 

Sama hukumnya dengan wasiat, adalah jika seseorang bernazar akan menyembelih kambing, lalu sebelum nazarnya terlaksana, dia meninggal dunia. Dalam keadaan ini wajib hukumnya atas ahli waris untuk melaksanakan nazar orang tersebut, dengan biayanya dari harta orang yang meninggal tersebut, kerana dianggap hutang (al-dain) yang menjadi beban si mayyit.

 

Kemungkinan kedua, yakni korban tersebut bukan dalam dalam rangka melaksanakan wasiat atau nazar dari orang tersebut, hukumnya sunnah (tidak wajib), berdasarkan hadis:

 

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما أنَّ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: أُتِيَ بِكَبْشَيْنِ أَقْرَنَيْنِ أَمْلَحَيْنِ عَظِيمَيْنِ مَوْجُوءَيْنِ، فَأَضْجَعَ أَحَدَهُمَا، وَقَالَ: «بِسْمِ اللَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ عَنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ»، ثُمَّ أَضْجَعَ الْآخَرَ، فَقَالَ: «بِسْمِ اللَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ عَنْ مُحَمَّدٍ وَأُمَّتِهِ مَنْ شَهِدَ لَكَ بِالتَّوْحِيدِ وَشَهِدَ لِي بِالْبَلَاغِ» أخرجه أبو يعلى في “مسنده” -واللفظ له- وابن ماجه وأبو داود والبيهقي في “سننهم”، والطبراني في “المعجم الكبير”، والحاكم في “المستدرك” وصححه.

 

Dari Jabir bin Abdillah RA bahawa Rasulullah SAW telah didatangkan kepada beliau dua ekor kambing (yang masing-masing memiliki tanduk yang melengkung dan bulu yang hitam), dan yang berukuran besar, yang siap untuk disembelih. Kemudian Rasulullah SAW membaringkan salah satunya (untuk disembelih), lalu beliau mengucapkan: ‘Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, Ya Allah, ini dari Muhammad dan keluarganya.’ Kemudian, beliau juga membaringkan kambing yang lain (untuk disembelih), lalu Rasulullah SAW mengucapkan, ‘Dengan nama Allah, Allah Maha Besar, ini dari Muhammad dan dari umatnya yang bersaksi untuk-Mu dengan tauhid dan yang bersaksi untukku bahawa aku sudah menyampaikan (risalah Islam).” (HR. Abu Ya’la dalam Al-Musnad, Ibnu Majah, Abu Dawud, al-Baihaqi, al-Thabrani, dan al-Hakim).

 

Dalam kitab ‘Aunul Ma’būd (Syarah Sunan Abu Dawud), Imam Syamsul Haq al-’Azhim Abadi mensyarah hadis tersebut:

 

الثَّابِتُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يُضَحِّي عَنْ أُمَّتِهِ مِمَّنْ شَهِدَ لَهُ بِالتَّوْحِيدِ وَشَهِدَ لَهُ بِالْبَلَاغِ، وَعَنْ نَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ، وَلَا يَخْفَى أَنَّ أُمَّتَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ شَهِدَ لَهُ بِالتَّوْحِيدِ وَشَهِدَ لَهُ بِالْبَلَاغِ كَانَ كَثِيرٌ مِنْهُمْ مَوْجُودًا زَمَنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ تُوُفُّوا فِي عَهْدِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ؛ فَالْأَمْوَاتُ وَالْأَحْيَاءُ كُلُّهُمْ مِنْ أُمَّتِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ دَخَلُوا فِي أُضْحِيَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، وَالْكَبْشِ الْوَاحِدِ كَمَا كَانَ لِلْأَحْيَاءِ مِنْ أُمَّتِهِ كَذَلِكَ لِلْأَمْوَاتِ مِنْ أُمَّتِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ بِلَا تَفْرِقَةٍ. (عون المعبود ج 7 ص 344)

 

“Telah terbukti bahawa Nabi SAW pernah menyembelih korban untuk umatnya, dari untuk orang-orang dari umatnya yang bersaksi untuk Allah dengan tauhid dan yang bersaksi bahawa Nabi SAW sudah menyampaikan (risalah Islam), juga terbukti beliau telah menyembelih untuk beliau dan keluarga beliau. Padahal tidaklah tersembunyi, bahawa umat beliau yang “bersaksi untuk Allah dengan tauhid dan yang bersaksi bahawa Nabi SAW aku sudah menyampaikan (risalah Islam)” banyak di antara mereka yang ada (masih hidup) di zaman Nabi SAW, namun banyak pula dari mereka yang sudah meninggal di masa Nabi SAW. Jadi umatnya yang sudah meninggal dan masih hidup, semuanya masuk ke dalam sembelihan Rasulullah SAW…tanpa ada perbezaan.” (Imam Syamsul Haq al-’Azhim Abadi, ‘Aunul Ma’būd Syarah Sunan Abū Dāwud, 7/344)

 

Hadis di atas adalah dalil sunnahnya menyembelih korban untuk orang yang sudah meninggal (al-tadh-hiyyah ‘an al-mayyit), tanpa ada wasiat dan juga tanpa nazar, dari orang yang sudah meninggal tersebut.

 

Inilah pendapat jumhur ulama, iaitu ulama-ulama dari mazhab Hanafi dan mazhab Hambali; juga pendapat dari sebahagian ulama mazhab Syafie, seperti Imam Nawawi dalam Al-Majmū’ (8/406) dan dalam Raudhat Al-Thālibīn (6/202), dan Imam Al-Khathib Al-Syarbaini dalam Mughnī Al-Muhtāj (6/138). (https://www.dar-alifta.org/ar/fatwa/details/20771/).

 

Adapun pendapat mazhab Maliki, memakruhkan penyembelihan korban untuk orang yang sudah meninggal, dengan alasan dapat menimbulkan riya` dan membanggakan diri (al-mubāhāh). (Jadi kalau tidak terjadi riya` atau membanggakan diri, hukumnya boleh).

 

Pendapat mazhab Syafie, hanya membolehkan penyembelihan korban untuk orang yang sudah meninggal, dengan syarat ada wasiat dari orang yang meninggal tersebut. Jika tidak ada wasiat, tidak boleh.

 

Inilah pendapat berbagai ulama dalam masalah ini, namun berdasarkan kajian dalil, yang rājih (lebih kuat) adalah pendapat jumhur ulama, yang mensunnahkan penyembelihan korban untuk orang yang sudah meninggal, walau pun tidak ada wasiat darinya.

 

Kesimpulannya, ada 2 (dua) kemungkinan mengenai hukum berkorban untuk ayah yang sudah meninggal, sesuai “niat” ayah tersebut sebelum meninggal seperti berikut;

 

Pertama, jika rencana ayah tersebut bentuknya adalah wasiat atau nazar, maka wajib hukumnya berkorban untuk ayah tersebut, dengan biayanyanya berasal dari harta waris yang ditinggalkan oleh ayah tersebut.

 

Kedua, jika niat ayah tersebut bentuknya bukan nazar atau wasiat, maka sunnah hukumnya seorang anak berkorban untuk ayahnya yang sudah meninggal, dengan biayanya yang berasal dari anak itu sendiri, bukan dari ayah yang sudah meninggal tersebut.

 

Dari dua kemungkinan tersebut, kami mempunyai dugaan kuat (ghalabat al-zhann) bahawa niat ayah tersebut bentuknya bukan wasiat atau nazar, dengan dalil (bukti) bahawa pihak yang bertanya sama sekali tidak menyebut adanya “wasiat” atau “nazar” dari si ayah.

 

Maka dari itu, pertanyaan yang diajukan, yakni “Adakah niat (berkorban) itu masih boleh dilaksanakan sementara ayah saya sudah meninggal?”, jawapannya adalah: “Boleh bahkan sunnah hukumnya menyembelih korban untuk ayah yang sudah meninggal, dengan biayanya dari si anak, bukan dari harta waris ayah yang meninggal.” Wallāhu a’lam.

 

 

Exit mobile version