Site icon MuslimahHTM News

Keutamaan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Keutamaan 10 Hari Pertama Zulhijjah

 

Oleh: K.H Muhammad Shiddiq Al-Jawi

 

Kadang-kadang Allah SWT memberi keutamaan atau kelebihan dalam hal pahala kepada para hamba-Nya, pada tempat-tempat tertentu (misalnya solat di Masjidil Haram), dan pada waktu-waktu tertentu (misalnya beribadah di malam Lailatul Qadar).

 

Terkait dengan bulan Zulhijjah, Allah SWT telah memberi banyak keutamaan untuk bulan Zulhijjah ini, sehingga disyariatkan amal-amal soleh pada bulan Zulhijjah itu, baik yang wajib mahupun yang sunnah, khususnya pada 10 (sepuluh) hari pertama bulan Zulhijjah.

 

Dalil yang menunjukkan keutamaan 10 (sepuluh) hari pertama bulan Zulhijjah, adalah Al-Quran dan As-Sunnah.

 

Dalil Quran, adalah firman Allah SWT:

 

وَالْفَجْرِوَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Demi waktu fajar, demi malam yang sepuluh.” (TMQ Al-Fajr: 1-2).

 

Yang dimaksud dengan “demi malam yang sepuluh” (Arabnya: وَلَيَالٍ عَشْرٍ) adalah 10 hari pertama bulan Zulhijjah. (Tafsir Ibnu Katsir; 8/390).

 

Dalil As-Sunnah, di antaranya dua hadis Nabi SAW berikut:

 

Pertama, hadis Ibnu ‘Abbas RA:

 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا الْعَمَلُ فِيْ أيَّامٍ أفْضَلَ مِنْهَا فَيْ هَذِهِ، قَالُوْا: وَلاَ الْجِهَادُ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ، إلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بشَيءٍ. رواه البخاري برقم 969

Dari Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada amal soleh yang lebih afdhal (utama) daripada yang dilakukan pada hari-hari ini,” (yakni 10 hari pertama Zulhijjah).” Para sahabat bertanya, “Tidak juga (lebih afdhal dari (jihad fi sabilillah?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak juga lebih afdhal dari jihad fi sabilillah, kecuali seseorang yang keluar dengan mengkhuatirkan nasib diri dan hartanya, lalu dia tidak kembali dengan satu pun dari keduanya.” (HR. Al-Bukhari, no. 969).

 

Kedua, hadis Ibnu ‘Umar RA:

 

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ أيَّامٍ أَعظَمَ عِنْدَ اللهِ، وَلاَ أَحَبَّ إلَيهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيْهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ؛ فَأَكْثِرُوْا فِيْهِنَّ مِنَ التَّهْلِيْلِ، وَالتَّْكْبِيْرِ، وَالتَّحْمِيْدِ. رواه أحمد 5446

Dari ‘Abdullah Ibnu ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah, dan tidak ada amal soleh pada hari-hari itu yang lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (10 hari pertama Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah pada hari-hari itu untuk bertahlil, bertakbir, dan bertahmid.” (HR. Ahmad, no. 5446).

 

Amalan-Amalan Pada 10 Hari Pertama Zulhijjah

 

Telah disyariatkan berbagai amal soleh pada sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah, antaranya adalah:

 

Pertama, disunnahkan memperbanyak puasa dari tanggal 1 hingga tanggal 9 Zulhijjah kerana Nabi SAW telah menganjurkannya, berdasarkan hadis dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya:

 

عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ.

Dari sebahagian isteri Nabi SAW, dia berkata, “Rasulullah SAW biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), pada tiga hari setiap bulannya, dan pada hari Isnin dan Khamis pada setiap awal bulan.” (HR. Abu Dawud, no. 2437. Syeikh Nashiruddin Al-Albani berkata hadis ini sahih).

 

Kedua, disunnahkan secara khusus puasa Hari Tarwiyah (Yaum Tarwiyah) pada tanggal 8 Zulhijjah berdasarkan dalil umum disyariatkannya amal soleh pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah:

 

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ أيَّامٍ أَعظَمَ عِنْدَ اللهِ، وَلاَ أَحَبَّ إلَيهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيْهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ. رواه أحمد 5446

Dari ‘Abdullah Ibnu ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah, dan tidak ada amal soleh pada hari-hari itu yang lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (10 hari pertama Zulhijjah).” (HR. Ahmad, no. 5446).

 

Ketiga, disunnahkan secara khusus puasa Hari Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah bagi mereka yang tidak berwukuf di Arafah:

 

عَنْ أَبِيْ قَتَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، إِنِّي أحْتَسِبُ عَلىَ اللهِ أنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبلَهُ، والسَّنَةَ الَّتِيْ بَعْدَهُ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ، إِنِّي أحْتَسِبُ عَلىَ اللهِ أنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِيْ قَبْلَهُ.رواه مسلم وأبو داود وأحمد والترمذي وابن ماجه وابن حبان واللفظ له

Dari Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sesungguhnya aku berharap kepada Allah agar Allah mengampuni dosa satu tahun sebelumnya dan satu tahun sesudahnya. Puasa ‘Asyura (10 Muharram) aku berharap kepada Allah agar Allah mengampuni dosa satu tahun sebelumnya.”  (HR. Muslim, Abu Dawud, Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban. Redaksi hadis ini adalah menurut Imam Ibnu Hibban).

 

Keempat, disunnahkan memperbanyak zikir dan doa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah, sesuai firman Allah SWT:

 

ليَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ [الحج: 28]

“(Jamaah haji berdatangan) supaya menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan supaya menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rezeki yang telah dianugerahkan-Nya kepada mereka berupa binatang ternak.” (TMQ Al-Hajj: 28).

 

Ibnu Abbas RA mentafsirkan firman Allah “pada beberapa hari yang telah ditentukan“ (redaksi Arabnya فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ) maksudnya adalah “sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah” (أيَّامُ العَشرِ «يعني: العَشر الأُوَل من ذي الحجَّة). (HR. Al-Bukhari, no. 969).

 

Selain dalil firman Allah SWT dalam QS Al-Hajj: 28 tersebut, sunnah memperbanyakkan zikir dan doa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah, juga berdasarkan hadis dari Ibnu ‘Umar RA:

 

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ أيَّامٍ أَعظَمَ عِنْدَ اللهِ، وَلاَ أَحَبَّ إلَيهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيْهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ؛ فَأَكْثِرُوْا فِيْهِنَّ مِنَ التَّهْلِيْلِ، وَالتَّْكْبِيْرِ، وَالتَّحْمِيْدِ. رواه أحمد 5446

Dari ‘Abdullah Ibnu ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah, dan tidak ada amal soleh pada hari-hari itu yang lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (10 hari pertama Zulhijjah). Maka kamu perbanyakkanlah pada hari-hari itu untuk bertahlil, bertakbir, dan bertahmid.” (HR. Ahmad, no. 5446).

 

Kelima, disunnahkan melakukan takbir mutlak, dari pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah, sesuai firman Allah SWT:

 

ليَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ [الحج: 28]

“(Jemaah haji berdatangan) supaya menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rezeki yang telah dianugerahkan-Nya kepada mereka berupa binatang ternak.” (TMQ Al-Hajj: 28).

 

Menyebut nama Allah (berzikir), termasuk ber-takbir mutlak, yakni takbir yang tidak terikat dengan suatu keadaan, yang dapat dilakukan di rumah, pasar, masjid, jalan, dsb. (Imam Nawawi, Al-Majmū’, 6/32; Ibnu Rajab al-Hanbali, Fathul Bari, 6/130).

 

Keenam, disunnahkan menyembelih haiwan korban (pada 10 Zulhijjah), sesuai hadis Aisyah RA:

 

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُوْنِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ،فَطِيْبُوْا بِهَا نَفْسًا. رواه الترمذي برقم 1493 واللفظ له، وابن ماجه برقم 3126

Dari Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang anak Adam melakukan suatu perbuatan pada Hari Nahr (10 Zulhijjah) yang lebih dicintai Allah daripada menyembelih korban. Sesungguhnya haiwan korban itu akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, dan kuku-kukunya.  Dan sesungguhnuya darah haiwan korban tersebut akan sampai kepada Allah sebelum titisan darah tersebut jatuh ke bumi. Maka, hendaklah jiwa kalian ikhlas dalam berkorban!” (HR. Al-Tirmidzi, no. 1493; dan Ibnu Majah, no 3126).

 

Amalan-Amalan Selepas Tanggal 10 Zulhijjah dan Amalan di Bulan Zulhijjah Sebagai Salah Satu Bulan-Bulan Haram

 

Setelah tanggal 10 Zulhijjah, masih disyariatkan sebagian amal-amal soleh di bulan Zulhijjah, antara lain:

 

Pertama, disunnahkan banyak berzikir dan berdoa, pada hari Nahr (tanggal 10 Zulhijjah) dan tiga hari sesudahnya (Hari Tasyriq, yakni tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah) sesuai firman Allah SWT:

 

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ

“Berzikirlah kepada Allah pada hari-hari yang telah ditentukan jumlahnya.”

(TMQ Al-Baqarah: 203).

 

Ibnu Abbas RA mentafsirkan firman Allah, “pada hari-hari yang telah ditentukan jumlahnya“ (redaksi Arabnya : فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ) maksudnya adalah “empat hari yang terdiri dari tanggal 10 Zulhijjah, tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijjah.” (Tafsir Ibnu Katsīr, 1/151).

 

Rasulullah SAW juga telah bersabda:

 

أيَّامُ التَّشريقِ أيَّامُ أَكْلٍ وشُربٍ وذِكْرٍ للَّهِ عزَّ وجلَّ

“Hari-hari Tasyriq (tangal 11, 12, dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari untuk makan-makan, untuk minum-minum, dan untuk berzikir mengingat Allah Azza wa Jalla.” (HR. Ibnu Majah, no. 1719; Ahmad, no. 17.379).

 

Kedua, disunnahkan memperbanyak puasa pada sepanjang bulan Zulhijjah ini, sebagai salah satu bulan-bulan Haram (asyhurul hurum), iaitu bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab, berdasarkan dalil umum dalam masalah ini. (Imam Al-Nawawi, Al-Majmū’ Syarah Al-Muhadzdzab, 6/386; Imam Syaukani, Nailul Authār, hlm. 880; Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jāmi’ li Ahkām As-Shiyām, hlm. 152).

 

Dalilnya hadis dari Abu Mujibah Al-Bahiliyah RA, dari ayahnya atau bapa saudaranya:

 

أتيتُ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فقُلتُ : يا نبيَّ اللَّهِ أَنا الرَّجلُ الَّذي أتيتُكَ عامَ الأوَّلِ ، قالَ : فما لي أرى جِسمَكَ ناحلًا ؟ قالَ : يا رسولَ اللَّهِ ما أَكَلتُ طعامًا بالنَّهارِ ، ما أَكَلتُهُ إلَّا باللَّيلِ ، قالَ : من أمرَكَ أن تعذِّبَ نفسَكَ ؟ قلتُ : يا رسولَ اللَّهِ إنِّي أقوَى ، قالَ : صُم شَهْرَ الصَّبرِ ، ويومًا بعدَهُ قلتُ : إنِّي أقوى ، قالَ : صُم شَهْرَ الصَّبرِ ، ويومَينِ بعدَهُ قُلتُ : إنِّي أقوَى ، قالَ : صم شَهْرَ الصَّبرِ ، وثلاثةَ أيَّامٍ بعدَهُ ، وصُم أشهُرَ الْحُرُمِ

 

Dari Abu Mujibah Al-Bahiliyah RA, dari ayahnya atau bapa saudaranya, dia berkata, “Aku pernah mendatangi Nabi SAW lalu berkata, ‘Wahai Nabi Allah, saya adalah lelaki yang pernah datang kepadamu pada tahun awal [hijrah].’ Nabi SAW berkata, “Lalu mengapa saya lihat tubuhmu jadi kurus?” Dia menjawab, “Wahai Rasulullah, aku tak makan di siang hari, aku hanya makan di malam hari.” Nabi SAW bertanya, “Siapa yang menyuruh kamu menyeksa dirimu?” Aku menjawab, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ini kuat.” Nabi SAW berkata, “Berpuasalah pada bulan sabar (Ramadhan), dan satu hari setelah Ramadhan.” Aku berkata, “Aku masih kuat.” Nabi SAW berkata, “Berpuasalah pada bulan sabar, dan dua hari setelah Ramadhan.” Aku berkata, “Aku masih kuat.” Nabi SAW berkata, “Berpuasalah pada bulan sabar, dan tiga hari setelah Ramadhan, dan berpuasalah pada bulan-bulan haram.” (HR. Ibnu Majah no.1741; Abu Dawud no. 2428, Ahmad no. 20.589).

 

Imam Syaukani menerangkan hadis di atas dengan berkata:

 

فَيهِ دَلِيلٌ عَلَى مَشْرُوعِيَّةِ صَوْمِهَا

“Dalam hadis ini terdapat dalil pensyariatan puasa pada bulan-bulan haram (Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab).” (Imam Syaukani, Nailul Authār, hlm. 881).

 

Dengan demikian, pada bulan Zulhijjah ini, sebagai salah satu dari bulan-bulan Haram (asyhurul hurum), iaitu bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab, disunnahkan juga berpuasa, selepas hari Tasyriq, dimulai dari tanggal 14 Zulhijjah hingga akhir bulan Zulhijjah.

Wallāhu a’lam.

 

 

 

Exit mobile version