HAJI DAN KHILAFAH
Oleh: Muhammad Ayyubi ( Direktor Mufakkirun Siyasiyyun Community )
Hari ini tiga juta umat Islam dari segala penjuru dunia berkumpul di Makkah Al Mukarramah , mereka mengucapkan kalimat yang sama, memakai baju ihram yang sama dan menuju tempat yang sama, sungguh pemandangan yang menggetarkan hati kita.
وَاَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوْكَ رِجَالًا وَّعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَّأْتِيْنَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيْقٍ
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” (TMQ Al-Hajj [22]:27)
Dari pemandangan mengagumkan ini kita boleh mengambil pelajaran berharga, bahawa persatuan umat Islam di dalam satu perintah bukan khayalan, persatuan umat Islam bukan utopia, persatuan umat Islam seluruh dunia itu nyata. Ketika mereka disatukan oleh, pemikiran, perasaan dan peraturan yang sama.
Persatuan yang yang oleh Islam diibaratkan sebagai satu tubuh. Rasulullah bersabda :
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم(مثل المؤمنين في توادهم و تراحمهم و تعاطفهم مثل الجسد؛ إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسّهر والحمّىّ ( رواه مسلم.)
“ Perumpamaan orang-orang beriman di dalam kasih sayang mereka, mencintai dan menyayangi mereka ibarat satu tubuh, jika salah satu anggota tubuh tersakiti maka, anggota tubuh lainnya akan merasakan panasnya ( demam ) dan tidak dapat tidur. “ ( HR. Muslim )
Persatuan Islam dianggap sebagai qadhiyyah mashiriyyah atau perkara hidup dan matinya islam. Ertinya tanpa persatuan, Islam hakikatnya mati dan tidak memiliki kekuatan yang mampu menggentarkan musuhnya. Tanpa persatuan, Islam diremehkan dan lecehkan. Tanpa persatuan, Islam ditindas dan dianiaya di manapun berada. Walaupun jumlah mereka dua bilion (lebih) di seluruh dunia.
Lihatlah, bagaimana orang yang mati ? Ketika kakinya di potong, mulut diam membisu, ketika jari-jemarinya terputus, matanya tidak peduli dan bahkan jika kepalanya terputus sekalipu, maka tangan dan kaki tidak bergerak sedikitpun untuk mencegah pembunuhnya.
Inilah yang sedang terjadi di tengah-tengah kita hari, bagaimana mungkin empat juta zionis yahudi mengekang dua bilion umat Islam seluruh dunia. Tidak satu pun pemimpin muslim yang ada datang dengan pasukan jihadnya untuk membebaskan Palestin.
Umat Islam hari ini tidak bersatu, kerana mereka disekat oleh garis-garis imaginasi nasionalisme (sempadan) buatan orang orang kafir dalam perjanjian Sykes Picot pada tahun 1917.
Nasionalisme inilah yang menyebabkan matinya Islam. Kekuatan besar mereka tidak lagi diambil kira dalam kancah politik dunia.
Rasulullah mengingatkan kita agar kita kembali ke dalam agama Islam yang sempurna yang menggerakkan jihad kepada musuh-musuhnya.
Tanpa dua hal tersebut selamanya umat ini akan terpasung dalam kelemahannya.
إِذَاتَبَايَعْتُمْبِالْعِينَةِ،وَأَخَذْتُمْأَذْنَابَالْبَقَرِ،وَرَضِيتُمْبِالزَّرْعِ،وَتَرَكْتُمُالْجِهَادَ،سَلَّطَاللَّهُعَلَيْكُمْذُلًّا،لاَيَنْزِعُهُحَتَّىتَرْجِعُواإِلَىدِينِكُمْ
“ “Apabila kamu berjual beli dengan cara ‘inah, dan kamu mengambil ekor-ekor lembu (sibuk bertani dan berladang), dan kamu reda dengan pertanian (mengejar hasil dunia), serta kamu meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kamu. Dan Dia tidak akan mencabut (kehinaan itu) daripada kamu sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu.” ( HR Ahmad dan Abu Daud ).
Islam yang dimaksudkan adalah Islam kaffah yang menerapkan Syariah Islam secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan baik dalam urusan peribadi hingga masalah negara. Dan institusi yang menerapkan itu hanyalah Khilafah.
Jika kaum muslimin dapat bersatu dalam pelaksanaan ibadah haji, maka bersatunya mereka dalam khilafah semestinya boleh. Asalkan ada kesamaan pemikiran, perasaan dan peraturan di tengah-tengah kaum muslimin.
Umat Islam sudah waktunya menyedari kelemahannya, mengembalikan kekuatannya dengan bersatunya mereka di dalam Khilafah Islamiyah, khilafah akan menghimpun kaum muslimin dari segala penjuru dunia, (seperti ibadah haji hari ini) di dalam satu kesatuan politik, satu kesatuan ideologi dan satu kesatuan negara.[]

