Site icon MuslimahHTM News

Salam Aidiladha 1446H

Salam Aidiladha 1446H

 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil hamd!

 

Wahai saudara-saudariku seiman…
Takbir bergema membelah langit yang membiru…
Aidiladha kembali menyapa kita, mengimbau memori pengorbanan dan semangat perjuangan keluarga Nabi Ibrahim a.s.

 

Namun, disebalik gema takbir di seluruh pelosok dunia, tanah suci umat Islam masih berdarah…
Bumi Palestin menangis. Gaza merintih. Masjid al-Aqsa diinjak penuh nista.
Sementara umat… masih terlelap dalam mimpi panjang bernama ketidakpedulian.

 

Tidakkah kita tersentuh saat Rasulullah SAW bersabda:

“Imam (Khalifah) adalah perisai, tempat orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung dengannya.” (HR Muslim)

 

Di mana perisai kita sekarang? Di mana pemimpin yang sepatutnya menyatukan suara dan langkah umat ini?

 

Wahai umat Muhammad SAW,
Hari ini kita bukan hanya memperingati kisah korban sang Nabi,
tapi juga menghayati makna agung:
bahawa taat kepada Allah itu mestilah menyeluruh,
bahawa persatuan umat itu bukan pilihan, tapi kewajipan!

 

Kita merindukan Khilafah ‘ala minhaj an-Nubuwwah,
sebuah kepemimpinan yang tak akan membiarkan darah umat ini tumpah sia-sia,
sebuah perisai yang akan melindungi yang lemah dan menghadang musuh yang zalim.

 

Bayangkan, wahai saudara saudari,
Jika jutaan jamaah haji bersatu bukan hanya dalam ibadah,
tetapi juga dalam visi membebaskan Palestin,
menggugah hati umat dari Timur ke Barat,
membangkitkan ruh jihad melawan kezaliman dan penjajahan.

 

Namun kini, para pemimpin negara bangsa lebih tunduk kepada kaum kuffar daripada tunduk kepada Al-Quran.
Mereka lebih cepat mengimport persenjataan untuk kepentingan nasionalisme daripada mengirimkan bantuan ke Gaza.
Mereka menyimpan jutaan dolar dalam bank musuh,
sementara anak-anak di Rafah kelaparan dan terbakar di bawah puing-puing bangunan.

 

Adakah ini semangat korban yang diwarisi dari Ibrahim a.s? Semestinya tidak!
Adakah kita rela menyembelih haiwan korban, tapi membiarkan saudara kita disembelih di depan mata,
tanpa satu usaha yang nyata?

 

Saudara saudariku,
Mari kita jadikan Aidiladha ini bukan sekadar perayaan,
tetapi momen perubahan dan kebangkitan.
Mari kita buktikan cinta kita kepada deen ini dan umat ini,
Bukan sekadar dengan slogan indah tanpa makna,
tetapi dengan tindakan, persatuan, dan perjuangan.

 

Bangkitlah, wahai umat Muhammad SAW!
Bersatulah dalam ukhuwah dan jihad.
Hapuskanlah sempadan-sempadan palsu negara bangsa yang memecah-belahkan kita.
Dan tegakkanlah kembali Khilafah yang akan mempersatukan seluruh ummah, dan menggembleng tenaga umat Islam di seluruh dunia, sekaligus mengakhiri penderitaan global.

 

Ingatlah bahawa kita bukan tubuh yang mati.
Kita adalah jasad yang satu.
Jika Gaza terluka, maka kita semua merasakannya.
Dan hanya dengan kesatuan dan kepemimpinan Islam sejati,
kita akan kembali berdiri, kembali perkasa, kembali berjaya.

 

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil hamd!

 

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga semangat pengorbanan menyalakan kembali obor perjuangan, menuju kejayaan hakiki.
Dan semoga setiap takbir kita hari ini menjadi kobaran yang membakar dinding kezaliman.

 

Salam Aidiladha 1446H
– Muslimah HTM –

Exit mobile version