[Mafahim Islamiyyah] Idrak (Bahagian 2/5)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
(Sambungan dari Bahagian 1/5)
- Indera (deria)
Penginderaan terhadap realiti ini kemudian berpindah ke otak melalui pancaindera atau sebahagian indera. Indera penglihatan beserta perangkatnya adalah mata. Indera pendengaran perangkatnya adalah telinga. Indera sentuhan dengan perangkatnya, iaitu kulit. Indera rasa perangkatnya adalah lidah. Adapun perangkat indera bau adalah hidung.
Cara mengindera dengan mata boleh menjadi sempurna (optimum) melalui cara berikut. Cahaya yang direfleksikan daripada benda diterima oleh kornea mata dan sampai ke retina. Kemudian retina ini menyampaikannya ke sel penglihatan yang berbentuk arus elektrik sehingga cahaya tersebut sampai ke pusat penglihatan, iaitu di otak belakang.
Pada masa itulah manusia boleh melihat imej yang ada di hadapan mereka. Akan tetapi, manusia tidak dapat memikirkannya, iaitu tidak boleh menilai, kecuali dengan merujuk pada maklumat yang tersimpan di dalam otak sebelumnya tentang sesuatu yang dilihatnya.
Penglihatan ini terbatas. Ia mempunyai julat penglihatan yang tidak boleh dijangkau. Dengan demikian, manusia tidak akan dapat melihat bakteria, virus, atom, dan bintang yang sangat jauh dengan mata kasar. Ternyata sesuatu yang tidak dapat kita lihat jumlahnya lebih banyak daripada yang dapat kita lihat. Allah SWT berfirman, “Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat. Dan demi apa yang tidak kamu lihat. Sesungguhnya ia (al-Quran) benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia.” [TMQ Al-Haqqah (69): 38—40].
Indera pendengaran adalah salah satu indera yang paling vital. Ini kerana dengan indera ini manusia dapat meraih ilmu yang banyak. Allah SWT seringkali menyebutnya dalam ayat-ayat sebelum kata al-abshar. Allah SWT berfirman, “Atau siapakah yang menguasai (menciptakan) pendengaran dan penglihatan.” [TMQ Yunus (10): 31].
“Dan Dia telah menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan….” [TMQ An-Nahl (16): 78].
“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya..” [TMQ Al-Israk (17): 36].
Organ pendengaran adalah telinga. Telinga ini menerima gelombang bunyi, lalu disampaikan oleh sel pendengaran ke otak. Telinga manusia mampu menangkap bunyi dengan frekuensi antara 16-20,000 getaran sesaat (Hz). Sedangkan bunyi yang getarannya lebih daripada itu, telinga manusia tidak mampu memindahkannya ke otak. Manusia hanya boleh mendengar sebahagian kecil bunyi yang ada di sekelilingnya.
Adapun telinga kucing mampu memindahkan bunyi dengan getarannya mencapai 50,000 getaran sesaat. Begitu juga telinga kelawar, boleh menghantar bunyi dengan getarannya mencapai 120,000 getaran sesaat. Bahkan telinga kelawar boleh menggantikan penglihatannya dalam mengawal segala sesuatu.
“Dan pada bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang yakin.” [TMQ Az-Zariyat (51): 20].
Indera sentuhan menggunakan banyak sel rasa dan tersebar di seluruh badan, terutamanya pada kulit. Setiap sel mempunyai fungsi tertentu.
Indera sentuhan mempunyai sel-sel yang tidak boleh ditukar menjadi reseptor sakit atau menjadi reseptor sejuk dan panas. Sel-sel reseptor sakit ini ada pada kulit. Sebab itu, apabila tubuh manusia dicucuk dengan jarum yang panjang, lalu jarum itu melalui kulit, maka manusia terus merasai kesakitannya. Akan tetapi, apabila jarum itu telah masuk ke dalam pembuluh darah (arteri), maka manusia tidak berasa sakit apabila jarum memasuki ke tempat setelah kulit.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dengan ayat-ayat Kami, kelak Kami akan masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [TMQ An-Nisa’ (4): 56].
Setiap kali kulit mereka hangus, Allah SWT mengganti kulit mereka dengan kulit yang baru supaya sel-sel reseptor pada kulit menghantar kepada mereka rasa sakit akibat terbakar. Adapun hidung dan mulut, kedua-duanya menghantar deria bau dan rasa dengan cara tindak balas kimia melalui sel bau dan sel rasa kepada otak.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #Idrak #DeriaManusia #Penginderaan

