Anak Muslim Uighur Ditindas, Negeri Muslim Menutup Mata
Oleh: Syamsiyah Jamil
Aktivis Muslimah Indonesia, Ustazah Iffah Ainur Rochmah mengatakan ada banyak kepentingan ekonomi yang menjerat negeri-negeri Muslim sehingga mereka menutup mata daripada melihat penindasan yang dilakukan terhadap anak-anak Muslim Uighur di wilayah Xinjiang.
“Kemajuan-kemajuan secara fizikal itu menjadi kebanggaan bagi pemerintah negara mereka masing-masing sampai mereka menutup mata tidak mahu tahu apa yang terjadi pada anak-anak mereka sendiri, saudara-saudara mereka sendiri yang tertindas di wilayah yang disebut Xinjiang tadi,” ujarnya di segmen tetap World View bertajuk Asimilasi Paksa: Membunuh Identitas Muslim Uighur dalam saluran YouTube Muslimah Media Hub, Ahad (8/6/25).
Beliau memetik sebuah laporan daripada Pusat Kajian Uighur bertajuk Breaking The Roots yang membongkarkan bahawa anak-anak Muslim Uighur di usia pra sekolah hari ini dipisahkan secara paksa daripada keluarga mereka dan ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama.
“Kalau sebelumnya kita banyak membaca atau mendapatkan gambaran bagaimana program asimilasi itu menyasar orang-orang dewasa, menyasar anak-anak muda, maka hari ini program tersebut sudah menyasar anak-anak usia pra sekolah,” katanya.
Beliau menjelaskan, mereka diajarkan beberapa perkara yang sangat berbahaya bagi anak-anak Muslim yang dikeluarkan daripada keluarganya.
“Yaitu yang pertama, dilarang menggunakan bahasa Uighur. Ertinya mereka ingin dijadikan sebagai individu yang tidak mengenal asal usulnya. Mereka ingin dijadikan sebagai orang yang tidak lagi mengingat atau mengenal dirinya sebagai orang-orang Uighur yang mana orang Uighur adalah Muslim 100%,” jelasnya.
Beliau melanjutkan yang kedua, mereka diajar memberikan kesetiaan kepada guru mereka, bukan orang tua mereka. Jadi, di sini ikatan keluarga dilemahkan. Ketiga, kesetiaan kepada Partai Komunis ditanamkan secara paksa walaupun mereka pada awalnya dilahirkan sebagai Muslim.
“Tetapi, suara umat Islam termasuk suara dari negeri kita, suara Muslim majoriti di negeri ini tidak lantang berteriak, kemudian mengecam, atau kemudian melakukan tindakan tegas terhadap China,” tegasnya.
Beliau memperlihatkan bahawa wilayah yang dahulunya merupakan wilayah Khilafah yaitu Turkistan Timur itu dirampas oleh China dan kemudian diganti menjadi wilayah Xinjiang. Kaum Muslimin diperlakukan dengan sangat keji, dibunuh beramai-ramai secara sistemik dengan bermacam-macam cara.
“Kaum Muslimin dalam keadaan tertindas di negeri mereka sendiri, yang negeri ini kemudian diambil alih atau dirampas, diambil oleh China kerana kaum Muslimin tidak mampu mempertahankan autonominya ataupun mempertahankan kemerdekaannya di negeri tersebut. Dan ini adalah buah dari malapetaka politik yang mesti dihadapi oleh kaum Muslimin setelah kaum Muslimin tidak memiliki Khilafah Islamiyah,” terangnya.
Beliau juga menggambarkan bahawa semangat persaudaraan antara sesama Muslim telah benar-benar hilang akibat tiadanya sistem Khilafah dan bercokolnya hegemoni sistem kapitalisme di negeri-negeri kaum Muslimin.
“Kita memerlukan kesatuan politik kaum Muslimin, iaitu adanya kekuatan politik di bawah naungan sistem Khilafah yang memiliki kekuatan ekonomi, kekuatan militer yang akan membuat musuh-musuh mereka gentar dan tidak ada satu pihak pun yang berani mengambil anak-anak Muslim dari keluarganya tanpa hak dan tidak akan ada gerakan sistemik untuk menghilangkan identiti kaum Muslimin secara terancang dan besar-besaran,” simpulnya.
#Fokus #Uighur #PolitikDunia

