Site icon MuslimahHTM News

Pentingnya Setiap Orang Melakukan Tatabbu’

Pentingnya Setiap Orang Melakukan Tatabbu’

 

Oleh: Hidayah Muhammad

 

Aktivis dan Penulis Dakwah Ustaz Adi Victoria menyatakan bahawa penting bagi setiap orang untuk menjalankan proses tatabbu’ (memerhati atau memantau berita berkaitan peristiwa semasa) agar tidak mudah mengikut perasaan apabila melihat sesuatu peristiwa politik.

 

“Adalah sangat penting bagi setiap orang untuk menjalankan proses tatabbu’ supaya tidak mudah mengikut perasaan apabila melihat sesuatu peristiwa politik. Mereka mesti dapat melihat keseluruhan isu. Iaitu melihat apa yang ada di sebalik dinding, kerana pada hakikatnya politik adalah apa yang ada di sebalik dinding, bukan apa yang ada di hadapannya,” ujarnya di akaun Facebook Adi Victoria, bertajuk Politik Itu Adalah Melihat Apa Yang Ada Di Balik Tembok, Ahad (15/6/2025).

 

Beliau menjelaskan, dari hasil tatabbu’ itu seseorang dapat menghubungkan kejadian dan peristiwa lain, dan juga mengaitkannya dengan konstelasi politik dunia dan perubahannya.

 

“Dengan berbuat demikian, dia boleh memahami perkara yang menyelubungi setiap peristiwa dan kejadian; siapa pelakon dan apa matlamat mereka; apa yang boleh dan apa yang tidak,” jelasnya.

 

Beliau menambah, hal ini pula yang dilakukan oleh Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dan Syeikh Atha’ Abu Rasythah rahimahumallah.

 

“Di rumah Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani ada tiga radio. Saat ketiga-tiga radio tersebut on, maka beliau dengarkan secara bersamaan. Radio pertama menyiarkan berita, yang kedua menyiarkan komentar politik. Di samping radio, terdapat sejumlah surat khabar dan kertas-kertas berita. Beliau menulis berita-berita yang penting. Beliau terus mendengarkan radio dan menulis sampai dini hari,” tuturnya.

 

Kemudian beliau menyambung, begitu juga dengan Syeikh Atha’ Abu Rasythah.

 

“Ketika dia berada di dalam penjara. Hanya ada satu televisyen dalam penjara, untuk semua orang. Televisyen itu berada di ruang makan. Syeikh Atha’ Abu Rasythah pergi ke sana hanya untuk menonton berita pukul lapan dan kemudian akan kembali ke selnya. Ini dilakukan dalam konteks tatabbu’, iaitu memantau peristiwa yang berlaku,” sambungnya lagi.

 

Beliau menambah, seorang ahli politik mesti mempunyai dua perkara iaitu mempunyai sur’atul badiihah (kecepatan dalam berfikir) dan sur’atul mulahazhah (kecepatan dalam melakukan pengamatan).

 

“Dua perkara ini adalah ‘alat’ untuk seseorang dapat mengetahui dengan cepat apa yang pihak lain mahu dan boleh menentukan sikap atau tindakan yang betul,” tambahnya.

 

Beliau menyimpulkan, politik adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Malah setiap apa yang dilakukan pastinya berkaitan dengan aktiviti politik.

 

“Seseorang itu tidak seharusnya mengabaikan setiap perkara yang berlaku dalam isu politik, bahkan setiap dari kita sepatutnya menjadi ahli politik. Dan setiap perkara dasar yang dilakukan sudah tentu mempengaruhi kehidupan seseorang, baik individu, masyarakat, bangsa dan negara,” simpulnya. []

 

Sumber: https://www.facebook.com/share/p/15kVdBKHgi/

 

#Tatabbu’ #PolitikIslam

 

 

 

Exit mobile version