Adakah Global March To Gaza Di Mesir Akan Menjadi Titik Tolak Pembebasan Palestin?
Oleh: Muhammad Ayyubi (Pengarah Komuniti Mufakkirun Siyasiyyun)
Pemandangan mengharukan berlaku saat demonstrasi besar-besaran dalam Global March To Gaza di Mesir, iaitu di Rafah (sempadan Mesir dan Palestin). Ribuan orang berkumpul – bukan hanya muslim tetapi juga non-muslim. Mereka mendesak Mesir untuk membuka pintu sempadannya dengan Palestin agar mereka boleh masuk untuk membantu dan menyalurkan bantuan di sana.
Bukan semata kegigihan mereka membantu saudara muslim Palestin yang mengharukan, tetapi juga tangis empati tulus dari seorang peserta demonstrasi beragama Kristian yang bersimpuh sambil menangis di hadapan tentera keamanan Mesir agar membuka pintu sempadan.
Dengan tangisan yang penuh esak dan hiba, serta salah satu permintaannya yang membuat kita tertampar adalah, “Please stand with Islamic Brother and Sister in Palestine“. Tetapi barisan tentera itu tetap berdiri angkuh tidak berganjak seperti batu karang.
Demonstrasi Global March To Gaza yang bermula pada 15 Jun 2025 terus berjalan dan terus meningkat sambutannya, dijadualkan akan ada ratusan ribu bahkan jutaan peserta demonstrasi dari seluruh dunia akan datang ke Mesir bagi menyertai aksi ini, termasuk perwakilan dari Indonesia.
Seperti yang sudah berlaku sebelum ini, Mesir bukan sahaja enggan membuka pintu sempadan, tetapi bahkan mereka menangkap dan mengusir para peserta demonstrasi. Para peserta baik muslim dan non-muslim bersatu padu membantu Palestin agar merdeka tetapi justeru penghalang kuat datangnya dari Mesir.
Dari sini kita semakin meyakini bahawa panjangnya tempoh penjajahan Israel di Palestin bukanlah kerana kehebatan tentera Israel, tetapi kerana pengkhianatan penguasa muslim di Mesir, termasuk Jordan.
Padahal jika melihat faktor sejarah, penaklukan Palestin bermula dari Mesir. Nabi Yusha – yang melanjutkan misi Nabi Musa bersama Bani Israil yang selamat dari kejaran Firaun di laut merah – memasuki tanah yang dijanjikan berangkat dari Mesir.
Pada tahun 678 M, pasukan Umar bin Khattab membebaskan Baitulmaqdis dari kekuasaan Romawi Timur juga bertolak dari Mesir.
Pada tahun 1187 M, pasukan Salahuddin Al Ayyubi menakluk Baitulmaqdis dengan mengkonsolidasi pasukannya dan berangkat dari Mesir.
Jadi poinnya adalah Mesir merupakan kunci, dari Mesir-lah Palestin akan dibebaskan. Boleh jadi Global March to Gaza adalah momen pembuka kesedaran politik global yang akan berakhir pada persatuan umat Islam di bawah Khilafah Islamiyyah bagi membebaskan Baitulmaqdis untuk kesekian kalinya.
Jika pemerintah El-Sisi mampu melihat fakta politik global dengan baik – di mana saat ini ianya tidak terbendung lagi – dan fakta sejarah tersebut, sepatutnya dia berdiri bersama jutaan peserta demonstrasi, bukan hanya sekadar membuka pintu sempadan, tetapi juga memimpin pembebasan Palestin.
Semestinya El-Sisi mengambil momen bersejarah ini untuk berdiri sejajar dengan Umar Bin Khattab dan Salahuddin Al Ayyubi, dengan mengerahkan tenteranya bertempur mengusir Israel dari Palestin.
Jika tidak, maka dia akan kehilangan momentum dan digilas oleh sejarah perubahan besar dunia menuju pembebasan Palestin di bawah kepemimpinan Khilafah Islamiyyah `ala minhajin Nubuwwah yang akan kembali tidak lama lagi Insya Allah. Allahu Akbar!
#ArmiesToAqsa #ArmiesToGaza #FreePalestineWithJihadAndKhilafah #SpeakUpForPalestine #GlobalMarchToGaza

