Site icon MuslimahHTM News

Kapitalisme Buka Ruang Besar Untuk Pemegang Kekuasaan Dalam Industri Perlombongan

Kapitalisme Buka Ruang Besar Untuk Pemegang Kekuasaan Dalam Industri Perlombongan

 

Oleh: Syamsiyah Jamil

 

Pemerhati Ekonomi Syariah, Ustazah Nida Sa’adah mengatakan sistem ideologi kapitalisme sekular membuka ruang besar untuk pemegang kekuasaan mengambil kepentingan dalam industri perlombongan nikel.

 

“Dalam peraturan hari ini, yang asasnya adalah sistem ideologi kapitalisme sekular, maka tentu  terbuka ruang yang besar di situ sehingga ada banyak orang dalam kalangan pemegang kekuasaan yang mengambil kepentingan dalam industri perlombongan nikel di Indonesia,” ujarnya dalam program Economic Understanding bertajuk Kronisme dan Kerusakan Lingkungan dalam Industri Tambang Indonesia dalam saluran YouTube Muslimah Media Hub, Jumaat (13/6/2025).

 

Beliau mendedahkan bahawa terdapat isu kronisme politik dan kerosakan alam sekitar yang besar dalam industri perlombongan nikel yang berjalan di Indonesia.

 

“Kita lihat secara singkat dalam analisis ini, ada dua persoalan besar yang terjadi pengolahan industri nikel di Indonesia. Yaitu, satu tadi ada kalangan para elit pemegang kekuasaan serta yang kedua tadi dari aspek ada rasuah dengan berbagai bentuk secara meluas,” ujarnya.

 

Beliau menjelaskan, berdasarkan  perspektif ekonomi Islam, ada penyebab mendasar yang telah memunculkan persoalan-persoalan lanjutan yang sangat merugikan masyarakat umum. Yang pertama adalah ketika ada elit pemegang kekuasaan.

 

“Sebetulnya berawal dari terbukanya ruang ketika ditetapkan bahawa nikel sebagai salah satu sumber daya alam dalam simpanan yang melimpah yang Allah berikan di muka bumi ini termasuk di wilayah Indonesia tidak dirangka dalam peraturan yang diajarkan oleh Islam. Tetapi yang digunakan memang peraturan yang berasal dari prinsip kebebasan sehingga siapa yang memegang kuasa membuat peraturan maka dia boleh mengatur dengan berbagai pertimbangan yang dia buat,” tuturnya.

 

Beliau menyampaikan, Islam menetapkan bahawa nikel sebagai simpanan yang melimpah adalah sebahagian daripada kepemilikan umum, bukan milik negara atau swasta. Sejak awal memang sudah ditutup ruang bahkan bagi seorang penguasa untuk mengambil kepentingan untuk dirinya, keluarganya atau kelompoknya.

 

“Yang kedua, yang kita lihat tadi ketika ada banyak rasuah dalam berbagai bentuknya secara meluas maka kita boleh menjangkakan kalau sejak awal siapa yang berperanan dalam proses eksplorasinya itu ada kepentingan tertentu maka dalam peraturan berikutnya, terbuka juga tadi ruang ada banyak kepentingan yang ‘bermain’ dalam industri itu,” lanjutnya.

 

Beliau menjelaskan, rasuah tentu tidak dijumpai apabila peraturan Islam diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Bahkan, situasi hari ini jauh lebih buruk dibandingkan dengan situasi dalam peradaban Islam.

 

“Di dalam peradaban Islam itu  memang juga ada fasa-fasa di mana ada penguasa yang melakukan rasuah, penyelewengan tapi itu pun tidak banyak. Kalau pun terjadi, maka tidak sampai ke tahap yang penguasa itu bahkan menetapkan sesuatu yang awalnya milik umum kemudian diubah menjadi milik swasta, diprivatisasi,” tegasnya.

 

Beliau menyimpulkan bahawa dengan peraturan yang jelas dalam Islam, maka sedikit sahaja yang terjadi pelanggaran dan muhasabah boleh dilakukan dan tindakan boleh diambil.

 

“Sementara kalau dalam Islam tadi, ketika ada peraturan yang berubah sedikit sahaja, maka dengan peraturan yang jelas, mana yang benar yang sesuai dengan syariat, mana yang salah ketika terjadi perlanggaran terhadap syariat, maka semua orang boleh melakukan muhasabah dengan cepat, bukan hanya pegawai negara bahkan rakyatnya pun juga boleh melakukan muhasabah,” simpulnya.

 

 

#Indonesia #PerlombonganNikel #Ekonomi #Kapitalisme

Exit mobile version