[Soal Jawab] Hadis Tentang Penaklukan Konstantinopel yang Kedua
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Soalan:
Saya ingin mencari semula teks hadis beserta Syarah Ibnu Asakir dari Ibnu Abbas mengenai hadis tersebut. Mohon ustaz bersedia menuliskan satu lafaz sahaja agar saya boleh muat turun dari Maktabah Syāmilah.
Jawapan:
Hadis yang anda cari mungkin hadis berikut:
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سَمِعْتُمْ بمَدِينَةٍ جَانِبٌ مِنْهَا فِي الْبَرِّ وَجَانِبٌ مِنْهَا فَي الْبَحْرِ؟ قَالُوْا: نَعَمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حتَّى يَغْزُوَهَا سَبْعُوْنَ أَلْفًا مِن بَنِي إسْحَاقَ، فَإِذَا جَاؤُوْهَا نَزَلُوْا، فَلَمْ يُقاتِلُوْا بسِلاحٍ وَلَمْ يَرْمُوْا بِسَهْمٍ، قَالُوْا: لاَ إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أكْبَرُ، فَيَسْقُطُ أحَدُ جَانِبَيْهاَ –قَالَ ثَوْرٌ: لاَ أعْلَمُهُ إلَّا قَالَ: الَّذِيْ فِي الْبَحْرِ– ثُمَّ يَقُوْلُوْا الثَّانِيَةَ: لاَ إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أكْبَرُ، فَيَسْقُطُ جَانِبُهَا اْلآخَرُ، ثُمَّ يَقُوْلُوْا الثَّالِثَةَ: لاَ إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أكْبَرُ، فَيُفَرَّجُ لَهُمْ، فَيَدْخُلُوْهَا فَيَغْنَمُوْا، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُوْنَ الْمَغَانِمَ، إذْ جَاءَهُمُ الصَّرِيْخُ، فَقَالَ: إنَّ الدَّجَّالَ قَدْ خَرَجَ، فَيَتْرُكُوْنَ كُلَّ شَيءٍ وَيَرْجِعُونَ. أخرجه مسلم برقم 5199
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda, “Pernahkah kalian mendengar tentang sebuah kota yang pada satu sisinya terdapat daratan dan pada sisi yang lain terdapat lautan?” Para sahabat menjawab, “Pernah wahai Rasulullah.” Nabi SAW melanjutkan,”Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kota itu diperangi oleh tujuh puluh ribu orang dari keturunan Bani Ishaq. Jika mereka telah mendatangi kota itu, mereka akan turun ke medan perang akan tetapi mereka tidak akan berperang dengan satu pedang pun dan tidak pula dengan melontarkan satu anak panah pun. Mereka hanya mengucapkan,”Lā ilāha illallāhu wallāhu akbar,” lalu salah satu sisinya pun dapat ditaklukkan –Tsaur (seorang periwayat hadis) berkata,” Yang aku tahu beliau hanya menyebut,’(Satu sisi yang ditaklukkan adalah) yang terdapat di lautan’– kemudian untuk yang kedua kalinya mereka mengucapkan,”Lā ilāha illallāhu wallāhu akbar,” lalu satu sisi yang lain juga ditaklukkan, kemudian untuk yang kali ketiganya mereka mengucapkan, ”Lā ilāha illallāhu wallāhu akbar,” lalu dibukakanlah benteng pertahanan untuk mereka sehingga mereka dapat memasukinya dan mengambil harta rampasan. Dan ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan, tiba-tiba terdengar teriakan,”Sesungguhnya Dajjal telah muncul!” Mereka pun meninggalkan segala yang mereka miliki dan kembali pulang (ke negeri mereka).” (HR. Muslim, Sahīh Muslim, no. 5199).
Syeikh Ahmad Syākir (w. 1377/1958) memberi penjelasan (syarah) hadis di atas begini:
فَتْحُ القُسْطَنْطِيْنِيَّةِ الْمُبَشَّرُ بِهِ فِي الْحَدِيْثِ سَيَكُوْنُ فِيْ مُسْتَقْبَلٍ قَرِيْبٍ أَوْ بَعِيْدٍ يَعْلَمُهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ، وَهُوَ الْفَتْحُ الصَّحِيْحُ لَهاَ حِيْنَ يَعُوْدُ الْمُسْلِمُوْنَ إِلىَ دِيْنِهِمِ الَّذِيِ أَعْرَضَوْا عَنْهُ، وَأَمَّا فَتْحُ التّرْكِ الَّذِيْ كاَنَ قَبْلَ عَصْرِنَا هَذَا فَإِنَّهُ كَانَ تَمْهِيْداً لِلْفَتْحِ اْلأَعْظَمِ، ثُمَّ هِيَ خَرَجَتْ بَعْدَ ذَلِكَ مِنْ أَيْدِي اْلمُسْلِمِيْنَ مُنْذُ أَعْلَنَتْ حُكُوْمَتُهُمْ هُنَاكَ أَنَّهَا غَيْرُ إِسْلاَمِيَّةٍ وَغَيْرُ دِيْنِيَّةٍ، وَعَاهَدَتِ الْكُفَّارَ أَعْدَاءَ اْلإِسْلاَمِ، وَحَكَمَتْ أُمَّتَهَا بِأَحْكَامِ الْقَوَانِيْنِ الْوَثَنِيَّةِ الْكَافِرَةِ، وَسَيَعُوْدُ الْفَتْحُ اْلإِسْلاَمِيُّ لَهَا إِنْ شَاءَ اللهُ كَمَا بَشَّرَ بِهِ رَسُوْلُ اللهُ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. انتهى. (أحمد محمد شاكر، عمدة التفسير عن الحافظ ابن كثير، ج 2 ص 257)
“Penaklukan Konstantinopel yang dijadikan khabar gembira dalam hadis Nabi SAW ini, akan berlaku mungkin dalam masa terdekat atau mungkin masih jauh, sesuatu yang hanya Allah Azza wa Jalla sahaja yang mengetahuinya. Inilah penaklukan yang sahih yang berlaku apabila umat Islam kembali kepada agama mereka yang telah mereka tinggalkan sebelum ini. Adapun penaklukan oleh Turki yang terjadi sebelum zaman kita (tahun 1453), merupakan awal dari penaklukan yang lebih besar ini. Kemudian setelah itu (penaklukan oleh Turki tersebut), Konstantinopel terlepas dari tangan umat Islam, kerana pemerintahan mereka di sana menyatakan bahawa pemerintahan mereka tidak Islami dan tidak berdasarkan agama (pemerintahan sekular). (Pemerintahan sekular ini) berdamai dengan orang-orang kafir, yang merupakan musuh-musuh Islam, dan memerintah umat Islam dengan hukum-hukum penyembah berhala yang kafir. Penaklukan Islami akan kembali terjadi untuk Konstantinopel, Insya-Allah, seperti mana khabar gembira yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.” (Ahmad Syākir, ‘Umdat Al-Tafsīr ‘An Al-Hāfizh Ibni Katsīr, Juz II, hlm. 257).
Adapun penaklukan oleh orang Turki yang disebut sebagai “tamhīd” (pendahuluan/muqaddimah) oleh Syeikh Ahmad Syākir, ini bermaksud penaklukan Konstantinopel oleh Muhammad Al-Fatih (w. 1481) yang terjadi pada tahun 1453 M. Penaklukan Konstantinopel ini boleh disebut sebagai Penaklukan Konstantinopel Pertama, sebagaimana dijelaskan oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albani ketika menjelaskan hadis Nabi SAW berikut:
عَنْ أَبِى قُبَيْلٍ قَالَ: كُنَّا عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِي وَ سُئِلَ أَيُّ الْمَدِينَتَيْنِ تُفْتَحُ أَوَّلًا الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ أَوْ رُومِيَّةُ ؟ فَدَعَا عَبْدُ اللَّهِ بِصُنْدُوقٍ لَهُ حَلَقٌ، قَالَ: فَأَخْرَجَ مِنْهُ كِتَابًا قَالَ: فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ: بَيْنَمَا نَحْنُ حَوْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَكْتُبُ ، إِذْ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ الْمَدِينَتَيْنِ تُفْتَحُ أَوَّلًا أَقُسْطَنْطِينِيَّةُ أَوْ رُومِيَّةُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَدِينَةُ هِرَقْلَ تُفْتَحُ أَوَّلًا. يَعْنِي قُسْطَنْطِينِيَّةَ. رواه أحمد ( 2 / 176 ) و الدارمي ( 1 / 126 ) و ابن أبي شيبة في ” المصنف ” ( 47 / 153 / 2 ) و أبو عمرو الداني في ” السنن الواردة في الفتن ” ( 116 / 2 ) و الحاكم ( 3 / 422 و 4 / 508 ) و عبد الغني المقدسي في ” كتاب العلم ” ( 2 / 30 / 1 ) ، و قال : ” حديث حسن الإسناد”
Daripada Abu Qubail, dia berkata, “Kami pernah berada di sisi ‘Abdullah bin ‘Amar Ibnu Al-‘Āsh, dan dia ditanya manakah di antara dua kota yang akan ditakluki terlebih dahulu, adakah Konstantinopel atau Rom. Kemudian dia meminta kotak yang ada cincinnya. (Periwayat hadis Abu Qubail) berkata, “Lalu dia (‘Abdullah bin ‘Amar Ibnu Al-‘Āsh) mengeluarkan sebuah kitab, dan kemudian berkata, “Suatu ketika kami sedang menulis di sekitar Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW ditanya, “Manakah di antara dua kota yang akan ditakluki dahulu, adakah Konstantinopel atau Rom?” Rasulullah SAW menjawab, “Kota Heraklius yang akan ditakluki dahulu.” Maksudnya adalah kota Konstantinopel.” (HR. Ahmad, 2/176; Al-Dārimi, 1/126; Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf, 47 / 153 / 2; Ibnu ‘Amar Al-Dānī, Al-Sunan Al-Wāridah fī Al-Fitan, 2/116; Al-Hākim, 3/422 dan 4/508; ‘Abdul Ghanī Al-Maqdisi, Kitāb Al-‘Ilmi, 2 / 30 / 1, dia berkata, “Ini adalah hadis yang hasan isnadnya.” (Syeikh Nāshiruddin Al-Albānī, Silsilah Al-Ahādīts Al-Shahīhah, 4/3094).
Syeikh Nāshiruddin Al-Albānī kemudian berkata:
وَ قَدْ تَحَقَّقَ الْفَتْحُ الْأَوَّلُ عَلَى يَدِ مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ الْعُثْمَانِيِّ كَمَا هُوَ مَعْرُوفٌ ، وَ ذَلِكَ بَعْدَ أَكْثَرَ مِنْ ثَمَانِمِائَةِ سَنَةٍ مِنْ إِخْبَارِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْفَتْحِ ، وَ سَيَتَحَقَّقُ الْفَتْحُ الثَّانِي بِإِذْنِ اللَّهِ تَعَالَى وَ لَابُدَّ، وَ لَتَعْلَمَنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ
“Sesungguhnya Penaklukan Pertama (Konstantinopel) telah direalisasikan di tangan Muhammad Al-Fatih Al-’Uthmani sepertimana yang diketahui. Dan hal ini terjadi setelah lebih 800 tahun sejak berita yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengenai penaklukan kota itu. Dan Penaklukan Kedua (Konstantinopel) akan terwujud juga, dengan izin Allah, dan tidak boleh tidak (ini akan terjadi). Sesungguhnya, kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya selepas beberapa waktu lagi.” (Syeikh Nāshiruddin Al-Albānī, Silsilah Al-Ahādīts Al-Shahīhah, 4/3094).
Syeikh Nāshiruddin Al-Albānī seterusnya menegaskan, bahawa Penaklukan Kedua kota Konstantinopel, yang kini digelar Istanbul (Turki), akan didahului dengan satu peristiwa besar yang berlaku terlebih dahulu sebelum penaklukan kedua tersebut, iaitu kembalinya Khilafah Rasyidah di tengah-tengah umat Islam, sebagaimana khabar gembira yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Syeikh Nāshiruddin Al-Albānī berkata:
وَلَا شَكَّ أَيْضًا أَنَّ تَحْقِيقَ الْفَتْحِ الثَّانِي يَسْتَدْعِي أَنْ تَعُودَ الْخِلَافَةُ الرَّاشِدَةُ إِلَى الْأُمَّةِ الْمُسْلِمَةِ ، وَهَذَا مِمَّا يُبَشِّرُنَا بِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَوْلِهِ فِي الْحَدِيثِ : ” تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا اللَّهُ إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُونْ مَا شَاءَ اَللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونَ مُلكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيًّا فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ، ثُمَّ سَكَتَ
“Tidak ada keraguan juga bahawa untuk mewujudkan Penaklukan Kedua ini, perlu kembalinya Khilafah Rasyidah di tengah-tengah umat Islam. Inilah khabar gembira yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada kita, ketika Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis, “Kenabian (Al-Nubuwwah) akan ada di tengah-tengah kalian selama Allah menghendakinya, maka Allah akan mengangkatnya jika Dia menghendakinya. Kemudian akan ada Khilāfah ‘Alā Minhāj Al-Nubuwwah (Khilafah dengan metode kenabian), maka akan terjadi apa yang dikehendaki Allah, kemudian Dia akan mengangkatnya jika Dia menghendakinya. Kemudian akan ada kekuasaan yang menggigit (Mulkan ‘Ādhan), dan akan terjadi apa yang dikehendaki Allah. Kemudian Dia akan mengangkatnya jika Allah menghendakinya. Kemudian akan ada kekuasaan diktator (Mulkan Jabriyyan), maka akan terjadi apa yang dikehendaki Allah, kemudian Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Lalu akan ada Khilāfah ‘Alā Minhāj Al-Nubuwwah (Khilafah dengan metode kenabian), lalu Rasullah SAW diam.” (HR. Ahmad, Al-Musnad, no. 18.406; Al-Bazzar, Al-Musnad, no. 2796; Al-Baihaqi, Dalā`il Al-Nubuwwah, 6/491; hadis hasan). (Lihat: Syeikh Nashiruddin Al-Albani, Silsilah Al-Ahādīts Al-Shahīhah, 4/3094).
Kesimpulannya, kota Konstantinopel akan ditakluk sebanyak dua kali. Penaklukan Pertama telah direalisasikan pada tahun 1453 M, oleh Muhammad Al-Fatih. Alhamdulillāh. Namun Penaklukan Kedua, belum pernah terjadi sehingga hari ini. Dan penaklukan Konstantinopel yang kedua ini akan berlaku sekali lagi di masa hadapan, insyā’ Allāh. Setelah kota Konstantinopel (Istanbul) jatuh semula di bawah sistem sekular yang kufur sejak tahun 1924, apabila sistem Khilafah yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW telah diubah secara paksa menjadi sistem sekular ala Peradaban Barat yang kafir, oleh Mustafa Kamal yang murtad. Dan penaklukan yang kedua Konstantinopel pada masa hadapan ini tidak akan berlaku, kecuali ia akan didahului oleh peristiwa agung tegaknya kembali Khilāfah ‘Alā Minhāj Al-Nubuwwah. Wallāhu a’lam.
Sumber:
fissilmi-kaffah
#Konstantinopel #PenaklukanKedua #BisayarahNabiSAW

