Barat Menguatkan Ekonomi Kapitalisme Melalui Forum Ekonomi Antarabangsa
Oleh: Syamsiyah Jamil
Pemerhati Ekonomi Syariah, Ustazah Nida Sa’adah mengatakan bahawa Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg merupakan salah satu usaha Barat untuk menguatkan ekonomi kapitalisme.
“Terdapat banyak program yang telah dijalankan oleh negara-negara Barat dan salah satunya adalah menganjurkan acara seperti ini untuk membina pendapat tentang kuatnya mekanisme ekonomi Barat agar kelestariannya dapat dipertahankan,” ujarnya dalam program Economic Understanding berjudul Forum Ekonomi Internasional St. Petersburg: Pelestarian Sistem Kapitalisme dalam saluran YouTube Muslimah Media Hub, Jumaat (20/6/2025)
Beliau menjelaskan, forum ini mempunyai agenda khusus untuk memperkuat kerjasama ekonomi di peringkat antarabangsa dengan tujuan untuk membuka berbagai peluang pelaburan serta mendorong kerjasama yang mampan, padahal telah jelas kelihatan kerosakan sistem kapitalisme.
“Jadi, dalam perjalanan ekonomi dunia, apabila diterajui oleh sistem kapitalis sekular, banyak berlaku kekacauan ekonomi, kemelesetan yang membawa kepada krisis di pelbagai negara, bahkan hingga ke aspek politik,” terangnya.
Lanjutnya, ini semua terjadi kerana hilangnya peradaban Islam dalam perjalanan dunia dan digantikan oleh peradaban Barat.
“Terbongkarnya kerosakan sistem kapitalisme yang hari ini juga semakin tersingkap dengan sempurna, menyebabkan penderitaan terhadap masyarakat umum bahkan di negara-negara Barat sendiri akibat penerapan sistem ini sehingga menyebabkan ketidakadilan, kezaliman, ketidaksamaan,” ungkapnya.
Beliau menerangkan, ketika negara menggunakan sistem ekonomi kapitalisme liberal sekular Barat, maka kemiskinan menjadi masalah mendasar yang tidak dapat diselesaikan, serta jurang antara kaya dan miskin juga semakin lebar.
“Ertinya, janji bahawa kehidupan dunia itu akan menjadi aman, tenteram, makmur, adil, damai, sejahtera, pada hakikatnya tidak pernah terealisasi. Justeru yang berlaku di depan mata adalah kezaliman dan berbagai dan ketidakadilan,” tuturnya.
Beliau menegaskan, bahkan banyak kesalahan yang semakin ketara dalam sistem ekonomi dunia yang tidak dipimpin oleh Islam, walaupun Barat masih giat membina pendapatnya.
“Dan satu-satunya cara yang masih terus dipergunakan oleh negara Barat dalam hal ini adalah menyebarkan propaganda, membina pendapat bahawa sistem ekonomi kapitalis adalah yang paling sesuai untuk dunia hari ini”, katanya.
Tambahnya lagi, Barat berusaha menutup pandangan dunia Islam bahawa harapan menuju keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran itu hanya ada pada sistem peradaban Islam.
“Kita mesti melihat keadaan dunia yang semakin menunjukkan ketidakadilan di sana sini, ia sepatutnya dapat membuka mata dunia Islam bahawa tidak ada harapan sama sekali untuk sistem Barat memerintah dunia. Jika mereka inginkan di dunia, bahkan tentu lebih besar lagi adalah keselamatan di akhirat,” katanya.
Beliau mengungkapkan, sistem ekonomi Islam yang telah wujud selama 13 abad, daripada zaman Rasulullah SAW sehingga Khilafah Uthmaniyyah, terbukti mampu mewujudkan keadilan, menghilangkan kemiskinan tegar, bahkan menghapuskan jurang antara kaya dan miskin.
“Itu hanya mampu diwujudkan oleh sistem peradaban Islam dalam satu kepimpinan institusi berbagai negara di dunia dipimpin oleh negara Khilafah Islam,” tutupnya.
Sumber: https://youtu.be/UQtLJlZwnU4?si=ktHqDmjJd7cszn6b
#ForumEkonomiAntarabangsa #StPetersburgInternationalEconomicForum #SPIEF2025
#EkonomiKapitalisme

