Site icon MuslimahHTM News

Hijrah Menuju ’Khayru Ummah’

Hijrah Menuju ’Khayru Ummah’

 

Tahun kembali berganti. Dari Tahun 1446 Hijrah ke Tahun Baru 1447 Hijrah. Dalam satu tahun yang lalu berbagai peristiwa telah terjadi. Muslim yang cerdas pasti tidak menyambut kehadiran Tahun Baru Hijrah ini sebagai acara tahunan semata. Ada amalan lain yang patut dilakukan: muhâsabah.

 

Mengawali Tahun Baru 1447 H, adalah penting bagi setiap Muslim untuk melakukan evaluasi. Bukan hanya terhadap diri sendiri, melainkan juga terhadap keadaan umat ini. Adakah benar umat ini telah meraih kedudukan selaku khayru ummah (umat terbaik)? Atau adakah umat hari ini sebenarnya masih terpuruk? Jika masih terpuruk, adalah penting untuk mencari jalan kebangkitan hakiki agar mereka kembali meraih predikat ’khayru ummah’ (umat terbaik).

 

Refleksi dan Evaluasi

 

Muhâsabah hukumnya fardhu atas setiap Muslim. Ini, antara lain, berdasarkan firman Allah SWT:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah. Hendaklah setiap manusia itu melihat dan memperhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) sebagai bekalan hari esok (Hari Akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” [TMQ al-Hasyr (59): 18].

 

Ibnu al-Qayyim rahimahulLâh berkata, “Ayat ini menunjukkan kewajipan muhâsabah terhadap diri sendiri. Ertinya: “Hendaklah setiap orang memperhatikan amal-amal yang telah dia sediakan untuk Hari Akhirat; adakah berupa amal soleh yang dapat menyelamatkan dirinya atau adakah perbuatan dosa yang dapat mencelakakan dirinya?’” (Ibnu al-Qayyim, Ighâ-tsah al-Lahfân, 1/84, Maktabah Syamilah).

 

Ibnu al-Qayyim kemudian mengutip Al-Hasan al-Bashri rahimahulLâh yang berkata, “Sesungguhnya seorang hamba akan sentiasa berada dalam kebaikan selama dia memiliki penasihat dari dirinya sendiri dan muhâsabah (introspeksi diri) menjadi bahagian dari perhatiannya.” (Ibnu al-Qayyim, Ighâ-tsah al-Lahfân, 1/78, Maktabah Syamilah).

 

Siapa saja yang objektif mengevaluasi keadaan umat pada hari ini akan menyaksikan betapa mereka hari ini sangat terpuruk. Jauh dari predikat ’umat terbaik’. Hampir dalam semua hal kaum Muslim terbelakang, tertinggal dan tertindas oleh umat-umat lain.

 

Secara ekonomi, menurut Laporan Bank Dunia tahun 2000, dari 57 negara Muslim, 29 termasuk negara berpendapatan rendah atau terkategori miskin, 16 berpendapatan menengah ke bawah, lapan berpendapatan menengah ke atas dan hanya empat yang termasuk negara berpendapatan tinggi.

 

Padahal sebahagian besar negeri Muslim kaya dengan sumber daya alam. Indonesia, contohnya, kaya dengan sumber galian mineral seperti nikel dan emas. Ironinya, Bank Dunia melaporkan bahawa 60.3% penduduknya miskin. Seperti di Papua. Di sana, PT Freeport sudah menggali ribuan tan emas sejak tahun 1967. Ironinya, semua daerah di Papua adalah termiskin secara nasional.

 

Di luar negeri, yang paling memilukan, darah umat dengan amat murah ditumpahkan oleh kaum kuffâr. Hari ini di Gaza, jumlah mangsa yang meninggal akibat genosid Zionis Yahudi sudah mencecah lebih 55 ribu jiwa. Ratusan ribu anak-anak cacat. Lebih daripada dua juta penduduk terancam kelaparan akibat sekatan kaum Zionis.

 

Derita juga dialami Muslim India, Myanmar, Xinjiang dan Yaman. Mereka hidup dalam tekanan para penguasa setempat. Terdiskriminasi. Kehilangan tempat tinggal. Dipisahkan daripada keluarga. Teraniaya. Bahkan mengalami pembunuhan. Apa yang lebih menyedihkan, tidak ada pembelaan nyata dari sesama negeri Muslim.

 

Harapan umat agar mereka bersatu dan memberikan pertolongan, namun para penguasa Muslim malah bersekutu dengan imperialis Barat dan Zionis Yahudi. Mereka berkhianat. Mereka malah memfasilitasi keperluan AS dan Zionis Yahudi untuk menyerang Palestin dan Iran. Tidak ada lagi persatuan. Umat terpecah-belah.

 

Ketika negara Zionis Yahudi diserang, negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat memberikan bantuan dan perlindungan. Bahkan AS mengebom balas Iran setelah Iran menyerang negara Zionis Yahudi. Negara-negara G7 juga mengutuk Iran sebagai biang kekacauan di Timur Tengah.

 

Sebaliknya, kaum Muslim yang berjumlah lebih dari 1.7 bilion tidak mempunyai pelindung sama sekali. Padahal sebahagian negeri Muslim memiliki pasukan dan kekuatan militer yang kuat. Namun, tidak ada satu butir peluru pun ditembakkan ke arah Zionis Yahudi untuk membela saudara seiman. Bahkan sekadar membuka pintu sempadan untuk membenarkan bantuan makanan masuk pun sama sekali tidak mereka lakukan. Beginikah sikap para penguasa Muslim?

 

Hijrah dan Kekuasaan

 

Dari sini, penting bagi umat ini merefleksikan keadaan sekarang dengan sejarah mereka. Tentu agar umat menemukan jalan keluar dari keterpurukan ini. Sesungguhnya bukan tanpa alasan Khalifah Umar bin al-Khattab RA menetapkan awal Kalender Hijrah dimulai dari peristiwa Hijrah Nabi SAW. Beliau menyatakan:

 

بَلْ نُؤَرِّخُ لِمُهاجَرَةِ رَسُوْلِ الله، فَإِنَّ مُهَاجَرَتَهُ فَرْقٌ بَيْنَ الْحَقِّ وَاْلبَاطِلِ

“Akan tetapi, kita akan menghitung penanggalan berdasarkan Hijrah Rasulullah. Ini kerana sesungguhnya hijrah beliau telah memisahkan antara kebenaran dan kebatilan.” (Ibn Al-Atsir, Al-Kâmil fî at-Târîkh, 1/3).

 

Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah merupakan peristiwa penting yang mengubah wajah umat Islam saat itu. Umat awalnya tertindas dan teraniaya di Mekah selama 13 tahun. Setelah hijrah ke Madinah dan menegakkan tatanan masyarakat yang Islami dalam sebuah negara, mereka berubah menjadi umat yang mulia, kuat dan disegani.

 

Inilah makna hijrah yang hakiki. Sebagaimana dijelaskan oleh Ar-Raghib al-Ashfahany (w. 502 H), hijrah bererti keluar dari dârul kufr (wilayah yang menerapkan hukum-hukum kufur) menuju Dârul Îmân (wilayah yang menerapkan hanya hukum-hukum Islam) (Al-Ashfahâny, Al-Mufradât fî Gharîb al-Qur’ân, hlm. 833).

 

Makna hijrah seperti ini semakna dengan apa yang dinyatakan oleh Al-Jurjâni (w. 471 H) dan al-Qurthubi (w. 671 H). Keduanya menyatakan: “Hijrah adalah keluar atau berpindah dari negara yang diperangi (negara kufur) ke Negara Islam.” (Al-Qurthuby, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 5/349; Al-Jurjani, At-Ta’rîfât, 1/83).

 

Hijrah Nabi SAW bersama para Sahabat bukanlah melarikan diri dari masalah. Dengan hijrah, mereka justeru menemukan solusi dengan membangun kekuatan dan kekuasaan yang melindungi agama ini. Ini sebagaimana permintaan Rasulullah SAW kepada Allah SWT dengan doanya:

 

رَّبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَٱجْعَل لِّى مِن لَّدُنكَ سُلْطَٰنًا نَّصِيرًا

“Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar, serta berilah aku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong.” [TMQ al-Israk (17): 80].

 

Dalam tafsirnya, Az-Zamakhsyari menjelaskan: “Dikatakan: Ayat ini turun ketika Nabi SAW diperintahkan untuk hijrah, yakni agar Allah memasukkan Nabi SAW ke Madinah dan mengeluarkan beliau dari Mekah. Dikatakan pula: Maksudnya adalah memasukkan Nabi SAW ke Mekah dalam keadaan menang saat penaklukan dan mengeluarkan beliau dari Mekah dalam keadaan aman dari kaum musyrik.” (Az-Zamakhsyari, Tafsîr Al-Kasysyâf, 2/688, Maktabah Syamilah).

 

Pembentukan negara yang berdaulat dan disegani serta memberikan perlindungan bagi umat adalah makna “Sulthân[an] Nashîra” (kekuasaan yang menolong). Kekuasaan ini telah diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW dalam bentuk negara, sistem dan kekuasaan Islam (Negara Islam). Negara Islam inilah yang benar-benar menolong dan memenangkan Islam dan kaum Muslim. Pasca Nabi SAW, Negara Islam ini—yang kemudian disebut dengan Khilafah Islam—menjadi negara adidaya di seluruh dunia sepanjang empat belas abad.

 

Kedigdayaan Khilafah Islam ini terus berlangsung di bawah kepemimpinan Khulafaur-Rasyidin dan para khalifah berikutnya. Para khalifah ini hanya menerapkan syariah Islam. Mereka juga terus berupaya meluaskan penyebaran Islam. Di bawah Khilafah Islamiyah, kaum Muslim pun bersatu selama berabad-abad dalam ikatan ukhuwah Islamiyah. Kekuatan kaum Muslim pun amat disegani. Para khalifah pada masa lalu sentiasa cepat dalam membela dan melindungi kehormatan Islam serta kaum Muslim.

 

 

Seruan

 

Wahai kaum Muslim! Adakah anda tidak sedar bahawa musibah demi musibah yang deras menimpa umat terjadi akibat ketiadaan kekuasaan Islam yang menolong umat ini? Penguasanya orang-orang fâjir, boneka Barat dan menerapkan aturan hidup yang batil. Mereka mengajak umat untuk berpaling dari Islam menuju aturan hidup jahiliah: sistem demokrasi, fahaman nasionalisme dan ideologi sekularisme-kapitalisme. Padahal Allah SWT telah mengingatkan kita akibat berpaling dari ajaran Islam:

 

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ أَعْمَىٰ

“Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran), sungguh bagi dia penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkan dirinya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.” [TMQ Taha (20): 124].

 

Oleh itu, mari kita ikuti apa yang telah dilakukan penghulu umat ini, Rasulullah SAW, bersama para Sahabatnya yang mulia. Mereka hanya melaksanakan dan menerapkan syariah Islam dalam institusi kekuasaan Islam. Allah SWT pun memberi mereka kemuliaan dan pertolongan atas sikap mereka. Demikian sebagaimana janji-Nya:

 

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَٰتٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ

“Jika penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkahan dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu. Maka, Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka lakukan.” [TMQ al-A’raf (7): 96].

 

WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.

 

—*—

Hikmah:

 

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ خَلَعَ يَداً مِنْ طَاعَةٍ لَقِيَ اللهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ حُجَّةَ لَهُ، وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ في عُنُقِهِ بَيْعَةٌ، مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Siapa saja yang melepaskan tangannya dari ketaatan (kepada Imam/Khalifah), maka dia akan bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa hujah untuk membela diri. Siapa saja yang mati, sementara di lehernya tidak ada baiat (kepada Imam/Khalifah), maka dia mati seperti keadaan orang jahiliah (dalam keadaan berdosa).” (HR Muslim).

 

Sumber: Buletin Dakwah Kaffah Edisi 399

 

#TahunBaruIslam #TahunHijrah #AwalMuharam #1447H #TegakNegaraIslam #TegakSyariatIslam #MenujuIslamKaffah

Exit mobile version