Misi dan Seruan Kempen Keluarga Muslim Ideal
Kempen ini membawa mesej bahawa rumah tangga Muslim mesti berperanan sebagai pusat tarbiyah, tempat tumbuhnya iman, ilmu dan kesedaran perjuangan. Ia menyeru agar:
• Ibu bapa menyedari peranan mereka sebagai murabbi dalam rumah.
• Anak-anak dibesarkan dengan kefahaman Islam yang menyeluruh, bukan sekadar ilmu ritual.
• Setiap keluarga mengambil bahagian dalam menyumbang kepada kebangkitan umat, bukan hanya fokus pada kebahagiaan peribadi.
Lebih dari itu, kami juga mengajak umat Islam untuk sedar bahawa usaha memperbaiki keluarga tidak akan berjaya sepenuhnya selagi sistem kehidupan yang ada hari ini terus bertentangan dengan Islam. Oleh itu, ia menyambungkan kesedaran keluarga Muslim kepada keperluan menegakkan sistem Islam sebagai pelindung sebenar keluarga, pendidikan, dan masa depan generasi.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat

