[Mafahim Islamiyyah] Pemahaman Aktiviti dalam Islam (Bahagian 9/11)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Orang yang beraktiviti bertujuan meraih satu nilai daripada aktiviti tersebut. Akan tetapi kadang-kadang dia berjaya meraih nilai kedua daripada aktiviti yang sama dengan tanpa sengaja meraihnya. Peniaga yang sangat jujur berniaga untuk meraih nilai materieal (kimah madiyah). Akan tetapi manusia menyifatinya sebagai orang yang jujur sebagai buah (natijah) daripada muamalahnya yang jujur.
Jadi sifat jujur yang diberikan manusia kepadanya adalah nilai moral, dimana pedagang itu tidak bertujuan meraihnya ketika dia melakukan aktiviti jual beli.
Nilai-Nilai yang Utama
Seorang muslim menghadapi berbagai situasi yang menuntutnya beraktiviti untuk meraih nilai-nilai tertentu. Sementara itu, dia sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain untuk meraih nilai-nilai di atas. Maka bagaimana dia mengaturnya?
Empat nilai, iaitu nilai material (kimah madiyah), nilai spiritual, nilai kemanusiaan (kimah insaniyah), dan nilai moral tersebut tidak boleh disamakan atau dilebihkan berdasarkan hakikat nilai tersebut. Ini kerana pada salah satunya tidak ditemukan sifat-sifat yang membedakannya dari yang lain.
Hanya saja sebenarnya manusia itu selalu mengutamakan nilai yang satu di atas nilai yang lain. Ini kerana ia mengikuti apa yang telah diraihnya dari manfaat atau bahayanya, serta untung atau ruginya. Dengan demikian, manusialah yang menjadikan dirinya sebagai standardd (miqyas) untuk menetapkan bahawa suatu nilai lebih utama atau sama di antara nilai-nilai tersebut. Dengan kata lain, ia menjadikan pengaruh yang dia peroleh sebagai standard.
Namun demikian, manusia itu berbeza-beza dalam menentukan manfaat nilai-nilai dan atsar-nya atas mereka. Oleh kerana itulah, standardd mereka berbeza-beza. Individu-individu yang memiliki naluri beragama yang kuat dan perasaan spiritual menguasai mereka, maka mereka mengenepikan nilai material (kimah madiyah) dan berusaha meraih nilai spiritual (kimah ruhiyah).
Individu-individu yang terdorong untuk memenuhi naluri mempertahankan diri dan kecenderungan-kecenderungan material menguasai mereka, maka mereka tidak mempedulikan hal-hal terkait ibadah. Mereka meraih nilai spiritual (kimah ruhiyah) kerana meraih nilai material (kimah madiyah).
Oleh kerana itu, standard manusia tentang nilai-nilai ini menjadi sasaran bagi perselisihan dan perbezaan, bahkan pertentangan. Oleh sebab itu, wajib bagi seorang muslim untuk selalu kembali kepada syarak dalam menetapkan nilai yang dituntut daripada aktiviti dan menetapkan aktiviti yang harus dilaksanakannya ketika berlaku pertentangan di antara nilai-nilai tersebut.
Sesungguhnya syarak telah meletakkan standard bagi keempat nilai-nilai tersebut. Ketika berlaku pertentangan pada nilai-nilai, syarak mendahulukan (mengutamakan) hanya satu nilai atas nilai-nilai yang lain. Allah SWT berfirman, “Katakanlah, ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isterimu, keluarga-keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang disukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.’” [TMQ At-Taubah (9): 24].
Ayat di atas telah menjelaskan bahawa meraih nilai spiritual (kimah ruhiyah)—dengan cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul-Nya, dan cinta berjihad di jalan-Nya—apabila bertentangan dengan nilai material (kimah madiyah), seperti berniaga (tijarah) dan rumah-rumah, maka hendaklah mengutamakan nilai spiritual (kimah ruhiyah) atas nilai material (kimah madiyah).
Apabila berlaku pertentangan antara nilai spiritual (kimah ruhiyah) dan nilai moral, seperti memuliakan nenek moyang dan saudara-saudara, serta berbelas kasihan dan berlemah lembut terhadap anak keturunan dan isteri-isteri, maka hendaklah mengutamakan nilai spiritual (kimah ruhiyah) atas nilai moral.
Allah SWT berfirman, “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya.” [TMQ Al-Ankabut (29): 8].
Apabila nilai spiritual (kimah ruhiyah), iaitu ibadah hanya kepada Allah bertentangan dengan nilai moral, iaitu taat kepada kedua ibu bapa, maka hendaklah mengutamakan nilai spiritual atas nilai moral.
Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang kafir kepada Allah setelah dia beriman, (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir, sedangkan hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa). …” [TMQ An-Nahl (16): 106].
Ayat ini turun apabila Ammar Ibnu Yasir yang telah diseksa oleh orang-orang musyrik Mekah sehingga dia mendekati kematian. Mereka meminta agar Ammar mengucapkan kata-kata kufur, lalu Ammar mengucapkannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Ammar, “Dan apabila mereka mengulangi lagi kepadamu, maka ulangilah lagi (perbuatanmu dengan melafazkan kata kufur).”
Dengan demikian, syarak benar-benar telah membenarkan Ammar untuk mengutamakan nilai kemanusiaan (kimah insaniyah) atas nilai spiritual (kimah ruhiyah).
Allah SWT berfiman, “Dan janganlah kamu tukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang sedikit (murah). Sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” [TMQ An-Nahl (16): 95].
Menepati serta konsisten dengan janji yang merupakan nilai moral itu perlu diutamakan menurut Allah atas nilai material (kimah madiyah) yang berupa manfaat-manfaat dunia.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #AktivitiManusia #NilaiAktiviti

