Site icon MuslimahHTM News

[Mafahim Islamiyyah] Keperibadian (Bahagian 2/9)

[Mafahim Islamiyyah] Keperibadian (Bahagian 2/9)

 

Penulis: Muhammad Husain Abdullah

 

Sesuatu yang membatasi suatu hukum adalah hukum syarak. Bahawasanya hukum diambil daripada dalil syarak yang berasal daripada wahyu. Ini maksudnya hukum tersebut memancar dari akidah Islamiyah.

 

Allah SWT berfirman, “Apa saja yang telah diberikan Rasul kepada kalian, maka terimalah ia. Dan apa saja yang dilarangnya, maka tinggalkanlah.”

 

Para sahabat RA semuanya memiliki aqliyah Islamiyah sebagai pembeza sehingga mereka dapat memahami realiti dari sudut pandang Islam. Dalam perjanjian Hudaibiyyah dengan menukil dari Ibnu Ishaq dari Az-Zuhri, Ibnu Hisyam berkata, “Maka setelah perkara (shuluh) itu terjadi dan tinggal penulisan shuluh (perjanjian damai), Umar bin Khathab melompat, lalu datang kepada Abu Bakar. Umar berkata, “Hai Abu Bakar, bukankah dia adalah Rasulullah?” Abu Bakar menjawab, “Ya.” Umar berkata lagi, “Bukankah kita orang-orang muslim?” Abu Bakar menjawab, “Ya.” Umar kembali berkata, “Bukankah mereka itu orang-orang musyrik?” Abu Bakar menjawab, “Ya.” Umar lantas berkata, “Jadi, atas dasar apa kita memberikan kerendahan (kehinaan) kepada agama kita?” Abu Bakar menjawab, “Wahai Umar, ikutilah perintahnya. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah.”

 

Abu Bakar dengan pola fikir Islamnya yang khas telah memahami bahawa perdamaian Hudaibiyyah yang disepakati oleh Rasulullah SAW adalah mubah. Dia berkata kepada Umar yang pada awal perkaranya tidak memahami hukum tersebut, “Ikutilah perintahnya, hai Umar! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa dia adalah utusan Allah.” Penghukuman Abu Bakar terhadap shuluh benar-benar memancar dari akidah Islamiyah, iaitu dia bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah. Sudah tentu dia menerima perkara itu daripada Allah Taala.

 

Adapun Umar bin Khattab, dia juga mempunyai pola fikir Islam yang khas. Dia benar-benar telah berkata kepada Abu Bakar, “Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah.” Kemudian, dia datang kepada Rasulullah SAW, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, bukankah engkau Rasulullah?” Nabi menjawab, “Ya.” Umar bertanya lagi, “Lalu atas dasar apa kita memberikan kerendahan dalam agama kita?”

 

“Aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Aku tidak akan menyelisihi perintah-Nya dan Dia juga tidak akan menelantarkanku,” jawab Nabi SAW.

 

Az-Zuhriy berkata, “Kemudian, Umar berkata, ‘Saya terus bersedekah dan berpuasa, solat dan memerdekakan para hamba. Itu semua akibat dari perilaku aku pada hari itu (hari shuluh Hu-daibiyyah). Aku khuatir dengan perkataan yang telah aku katakan. Sehingga aku selalu mengharap, mudah-mudahan perkataanku itu menjadi kebaikan.”

 

Umar bin Khattab dengan perkataannya, “Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah,” telah menjelaskan bahawasanya dia selalu menjadi seorang muslim. Dia tidak berhenti dari mengambil keputusan hukumnya daripada Islam. Dia benar-benar telah pergi menuju Rasulullah SAW dan mengambil hukum shuluh daripadanya. Dia juga redha dengan hukum itu.

 

Jadi, kaedah mendasar (kaedah asasiyah) yang dijadikan manusia sebagai standard untuk menghukumi suatu realiti adalah yang membatasi jenis pola fikir. Oleh kerana itu, manusia yang berfikir tentang realiti dari sudut pandang Islam, dia berpola fikir Islam. Namun, manusia yang memahami realiti dari sudut pandang kapitalisme, bererti dia berpola fikir kapitalis.

 

Manusia yang memahami realiti dari sudut pandang komunisme, bererti dia berpola fikir komunis. Sedangkan manusia yang memahami realiti dari sudut pandang kaedah yang tidak berasas, pola fikirnya tidak khas.

 

Pola Jiwa

 

Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang daripada kalian tidak akan benar-benar beriman sebelum hawa nafsunya mengikuti apa-apa yang aku bawa.”

 

Sesungguhnya naluri-naluri dan keperluan-keperluan jasmani manusia selalu menuntut pemenuhan. Ini mendorong manusia melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk pemenuhan tersebut. Dengan demikian, manusia bergerak secara alami untuk melakukan pemenuhan. Ini dinamakan dorongan-dorongan (dawafi’).

 

Apabila dorongan-dorongan ini dibiarkan tanpa standard tertentu, manusia akan memenuhi naluri-naluri dan keperluan-keperluan jasmaninya atas dasar hawa nafsunya. Oleh sebab itu, dorongan-dorongan ini perlu diikat dengan pemahaman-pemahaman manusia tentang aktiviti dan segala sesuatu. Sebab, manusia hidup dalam masyarakat yang menjadikan pemikiran tertentu sebagai hukum.

 

Pemikiran-pemikiran itu juga yang mempengaruhi manusia. Seterusnya pemikiran-pemikiran itu menjadi pemahaman-pemahaman (mafahim) bagi manusia yang dipergunakan untuk menghukumi dorongan-dorongannya.

 

Ikatan antara dorongan-dorongan manusia dan pemahaman-pemahamannya yang terjadi secara spontan dalam diri manusia dinamakan kecenderungan (muyul). Kecenderungan ini lebih tinggi dari dorongan-dorongan. Ini kerana kecenderungan itu adalah dorongan-dorongan yang diikat dengan pemahaman-pemahaman.

 

Dorongan-dorongan pemenuhan ini ada pada diri manusia dan juga pada haiwan. Sedangkan kecenderungan itu ada pada manusia, tetapi tidak ada pada haiwan. Manusia menjadi berbeza dengan haiwan kerana akalnya. Hanya dengan akal ini pemahaman boleh terwujud.

 

Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.

 

#MafahimIslamiyah #KeperibadianManusia

Exit mobile version