Site icon MuslimahHTM News

Gaza Semakin Menderita, Saatnya Menyambut Fajar Kebangkitan Umat

Gaza Semakin Menderita, Saatnya Menyambut Fajar Kebangkitan Umat

 

Oleh: Resti Yuslita S.S

 

Penderitaan rakyat Gaza semakin hari semakin memilukan. Data terkini daripada pihak berkuasa kesihatan Gaza menunjukkan bahawa jumlah mangsa yang terkorban di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel pada 7 Oktober 2023 yang lalu telah mencecah angka 56,412 orang. Ini belum termasuk mangsa yang cedera seramai 133,054 orang serta mangsa yang masih hilang (sumber: cnbcindonesia.com, 29/6/2025).

Terlalu banyak kerugian dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin, lebih-lebih lagi apabila pusat bekalan keperluan asas masyarakat seperti bahan api dan makanan dengan sengaja dimusnahkan oleh tentera Zionis. Masih segar dalam ingatan kita bagaimana tentera Israel melepaskan tembakan secara membabi buta ke arah penduduk Palestin yang sedang bergelut mendapatkan bantuan makanan di kem pelarian. Sesungguhnya kekejaman Zionis Israel telah melampaui segala batas kemanusiaan yang beradab. Namun di sebalik itu, hakikatnya jauh lebih kejam lagi para pemimpin negeri-negeri umat Islam yang terus membisu di sebalik sentimen nasionalisme mereka.

 

Di sisi lain, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kini sedang membina konsolidasi bersama sekutunya, Benyamin Netanyahu. Kedua-duanya ingin mewujudkan satu gencatan senjata di Gaza dengan melibatkan para pemimpin negeri-negeri Arab yang terikat dalam Perjanjian Abraham atau Abraham Accords (sumber: news.republika.co.id, 25/6/2025). Perjanjian Abraham merupakan rangkaian perjanjian yang telah ditandatangani oleh beberapa negara Arab bersama Israel. Perjanjian ini lebih bertujuan untuk menormalisasikan hubungan diplomatik antara negara di semenanjung Arab dan Israel. Perjanjian ini ditandatangani pada 15 Ogos 2020. Pada masa ini, Perjanjian Abraham diharapkan dapat menjadi jalan masuk kepada doktrin penyelesaian dua negara yang dikatakan sebagai penyelesaian muktamad untuk menamatkan konflik di Gaza.

 

Manuver politik yang dijalankan oleh AS dan Israel telah memperdaya para pemimpin umat Islam. Mereka turut terpedaya dan sekadar mengikut propaganda yang menyesatkan iaitu penyelesaian dua negara dimana Israel dan Palestin hidup berdampingan. Sudah tentu penyelesaian ini tidak dapat diterima oleh akal waras mana-mana manusia sekalipun. Ini kerana menerima penyelesaian dua negara sama sahaja dengan mengiktiraf kewujudan sah Israel yang secara jelas merupakan penjajah dan perampas bumi Palestin. Tidak wajar walaupun sejengkal tanah Palestin diserahkan kepada Yahudi walaupun seluruh pemimpin umat Islam diseru untuk meratifikasi penyelesaian tersebut. Begitu banyak pengorbanan para syuhada yang telah mempertahankan Palestin dengan seluruh jiwa dan raga mereka daripada cengkaman kafir penjajah.

 

Seluruh fragmen keadaan umat hari ini sepatutnya menghimpunkan kita menjadi umat yang satu. Ya, tiada pilihan lain bagi kita melainkan menamatkan segala bentuk penindasan dan kezaliman di muka bumi ini dengan mengembalikan kehidupan Islam menerusi penerapan Islam yang kaffah. Khilafah Islamiyah merupakan jawapan kepada ketidakberdayaan umat dalam menghadapi hegemoni penjajah Barat. Khilafah akan menyatukan potensi besar umat Islam yang terbentang dari Maghribi (Afrika Utara) sehingga ke Merauke (Papua, Indonesia), merangkumi pelbagai bangsa dan bahasa namun dipersatukan melalui ikatan yang hakiki – akidah Islam. Menegakkan kembali institusi Khilafah sepatutnya menjadi agenda besar umat, menghapuskan sempadan ilusi seperti nasionalisme. Fajar kebangkitan umat sesungguhnya telah terbentang di hadapan kita, kini saatnya kita sambut bersama menerusi perjuangan dakwah berideologi Islam.

Allahu Akbar!

 

Sumber: https://ngajishubuh.or.id

 

#FreePalestine #FreePalestineWithJihadAndKhilafah #TegakKhilafah #DakwahIslamKaffah #KesatuanUmat #SpeakUpForPalestine

Exit mobile version