Cara Menambah Pendapatan Keluarga
Oleh: Ir. Rezkiana Rahmayanti (Penulis adalah pemerhati masalah keluarga)
Krisis kewangan boleh dilalui oleh keluarga manapun, termasuk keluarga Muslim. Apatah lagi dengan kezaliman penguasa saat ini yang menaikkan harga bahan bakar mentah (petrol/diesel), yang telah memukul masyarakat, tak terkecuali keluarga Muslim. Akibatnya, keperluan keluarga baik keperluan primer, sekunder mahupun tertier sangat sukar untuk dipenuhi. Namun demikian, ketua keluarga dari keluarga-keluarga Muslim sedar bahawa Allah SWT telah membebani mereka untuk bertanggungjawab mencari nafkah (QS al-Baqarah [2]: 233). Nabi SAW bahkan bersabda:
«كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يَحْبِسَ عَمَّنْ يَمْلِكُ قُوتَهُ»
“Cukuplah seorang Muslim berdosa jika tidak mencurahkan upayanya untuk menafkahi orang-orang yang menjadi tanggungannya.” (HR Muslim).
Hanya saja, saat ketua keluarga telah mengerahkan segala upaya untuk mencari nafkah, namun keperluan keluarga belum terpenuhi, maka isteri/ibu sebagai sahabat dalam kehidupan pernikahan akan segera terlibat untuk memberikan solusi-solusi yang boleh membantu bagi menyelesaikan masalah ini. Ada beberapa usaha yang boleh dilakukan isteri/ibu:
- Mengatur perbelanjaan keluarga secara efektif dengan menerapkan prinsip priority (keutamaan).
Para isteri/ibu saat ini dihadapkan dengan berbagai permasalahan, di antaranya dalam mengatur anggaran perbelanjaan rumah tangga. Harga-harga keperluan asas naik mendadak hingga memaksa isteri/ibu mempertimbangkan antara gizi yang cukup buat keluarga dengan bajet yang ada. Belum lagi dihadapkan dengan harga pakaian anak-anak yang mahal, pemilikan rumah (yang sesuai untuk didiami) yang tidak terjangkau harganya, pendidikan anak-anak dan kos kesihatan yang tidak murah, dll. Semua itu memerlukan kos yang tidak sedikit. Pada saat yang sama, kadar pendapatan suami tidak bertambah. Sudah tentu, para isteri/ibu Muslimah dituntut untuk mengetahui keperluan utama yang jelas dalam mengurus kewangan dengan mengikut tahap kepentingan bagi setiap keperluan berdasarkan hukum syarak: pembelanjaan yang wajib didahulukan, kemudian yang sunnah, kemudian baru yang mubah. Isteri/Ibu juga sangat diharapkan agar kreatif dalam mengurus pendapatan keluarga, termasuk dalam menyediakan menu makanan. Ibu boleh mengolah bahan makanan yang ada menjadi makanan yang lazat dan meningkatkan tahap selera makan ahli keluarga. Begitu juga untuk pekerjaan rumah. Saat suami/ketua keluarga tidak mampu menyediakan pembantu, seorang isteri/ibu dengan cekap dan bijak mengatur waktu dalam melakukan pekerjaan rumah tangga tanpa menuntut secara berlebihan kepada suami.
Dorongan akidahlah yang mendominasi ibu/isteri dalam mangurus rumah (rabb al-bayt) agar rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan tersusun dengan baik sehingga membuat setiap ahli keluarga merasa nyaman dan gembira berada di dalam rumah. Cukuplah Fatimah RA sebagai suri teladan bagi para isteri/ibu dalam hal kesabaran dan kegigihannya dalam mengurus rumah tangga, dalam keadaan beliau memiliki kekurangan dari segi kewangan.
Sikap isteri/ibu Muslimah saat keluarga mengalami masalah kewangan adalah sabar dan ikhlas, tidak menuntut kepada suami kerana dorongan seleranya atau selera jiran tetangga, sekalipun mereka selalu memprovokasi untuk membeli itu-ini yang tidak selari dengan tuntutan hukum syarak. Kecerdasan seorang isteri/ibu sangat diperlukan untuk memberi penjelasan kepada jiran tetangga dan anak-anak, bahawa hidup ini tujuannya untuk mentaati Allah SWT secara keseluruhan. Kerana itu, segala keperluan yang mengarah pada tegaknya kewajipan untuk taat kepada-Nya perlu didahulukan. Contohnya: membeli buku-buku yang relevan untuk memahami Islam, membeli peralatan belajar atau pakaian syarie, membiayai kos pengangkutan untuk melakukan kerja dakwah, perlu lebih didahulukan daripada membeli alat permainan (yang tidak bersifat mendidik) dan sekadar untuk hiburan.
- Mencari informasi tentang alternatif pekerjaan/pekerjaan sampingan bagi suami
Isteri/ibu boleh juga berusaha mencari informasi tentang alternatif pekerjaan yang dapat dilakukan oleh suami/ketua keluarga tanpa perlu mengorbankan waktu untuk akiviti penting lainnya. Hal ini sangat memungkinkan untuk dilakukan oleh para isteri/ibu, kerana mereka mempunyai jaringan interaksi (circle) yang luas dengan ibu-ibu yang lain (baik dalam aktiviti dakwah, kelas pengajian mahupun kegiatan-kegiatan sosial). Dari sini mereka boleh bertanyakan mengenai info peluang pekerjaan bagi pihak suami tanpa perlu merasa malu. Isteri/ibu juga boleh mencari info peluang pekerjaan tambahan dari laman-laman web. Selain itu, mereka juga boleh bertanyakan info pekerjaan melalui keluarga besar atau saudara mara yang lain.
- Membantu menambah pendapatan keluarga
Sekiranya alternatif-alternatif di atas tidak berjaya menyelesaikan masalah kewangan keluarga, maka isteri/Ibu boleh membantu secara langsung (dengan bekerja). Hanya saja, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan. Pertama: kewajipan mencari nafkah tetap jatuh pada suami, bukan pada isteri; isteri sekadar membantu (Lihat: QS an-Nisa’ [4]: 34).
Kedua: Perlu ingat bahawa hukum bekerja bagi perempuan adalah mubah, bukan wajib. Maksudnya, bekerja bagi isteri/ibu adalah pilihan; boleh dilakukan atau tidak. Suami/ketua keluarga tidak berhak memaksa isteri untuk bekerja. Jika ini berlaku, bererti suami telah menzalimi isterinya.
Ketiga: Jika isteri/ibu memilih untuk bekerja demi menambah pendapatan keluarga, ini tidak menggugurkan kewajipan utama perempuan sebagai ibu dan pengatur rumah tangga (ummu wa rabb al-bayt); para isteri/ibu tidak dibenarkan meminta keringanan untuk meninggalkan kewajipan-kewajipan yang lainnya. Contohnya: disebabkan dia telah bekerja, urusan mendidik anak diserahkan kepada pembantu; kerana alasan bekerja, dia meminta kelonggaran untuk tidak berdakwah. Kerana itulah, isteri/ibu perlu cerdas dalam memilih jenis pekerjaan; tidak memperuntukkan waktu dan tenaga yang banyak. Contohnya: bekerja separuh hari, bekerja dengan pekerjaan yang dapat dilakukan di rumah, mengusahakan perniagaan bersama suami; dll. Dalam keadaan isteri turut sama bekerja, suami yang arif akan turut membantu tugas isteri di rumah jika mungkin untuk dilakukan. Contohnya: suami dapat sediakan pakaiannya sendiri untuk ke pejabat, bantu isteri mandikan anak-anak, bergilir-gilir bersama isteri dalam menemani anak belajar, dan lain-lain.
Keempat: memilih pekerjaan yang tidak melanggar hukum syarak. Dalam hal ini, jangan sampai demi membantu suami, seorang isteri bekerja dengan melanggar hukum syarak. Suami juga perlu memastikan adakah pekerjaan yang dipilih isterinya dibenarkan oleh hukum syarak. Sebelum menerima suatu pekerjaan, pastikan kejelasan akad dalam hal jenis pekerjaan, jumlah jam kerja sehari, berapa hari seminggu, kesesuaian jumlah gaji, pekerjaan tersebut tidak mengandungi unsur riba, dll. Islam telah memberikan alternatif bagi Muslimah untuk bekerja terkait dengan bidang pendidikan dan kesihatan. Kedua bidang ini adalah yang sesuai dengan kudrat kewanitaan. Selain itu, Muslimah yang bekerja juga perlu memperhatikan suasana dan tempat bekerja. Contohnya: tempat bekerjanya tidak menyuburkan terjadinya percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilat) serta khalwat (berdua-duaan dengan lawan jenis yang bukan mahram); wajib menutup aurat; tidak ber-tabarruj; tidak melakukan safar tanpa ditemani mahram; dll.
Kelima: Sentiasa menjalani seluruh aktiviti dengan motivasi ruhiah (dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT), bukan kerana material semata. Seorang isteri/ibu yang bekerja demi membantu suami tidak akan terjebak dalam suasana konsumtif dan hedonis (membelanjakan wang dengan sewenangnya). Dia perlu terus sedar bahawa bekerja hanyalah aktiviti sementara yang dilakukan dalam rangka membantu dalam mencukupkan keperluan-keperluan dalam standard yang dibenarkan oleh hukum syarak.
Sumber: http://www.muslimahnews.com/2019/01/23/kiat-menambah-penghasilan-keluarga/
#KeluargaMuslimIdeal #KeluargaTarbiyah #DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat #KrisisKewangan #IsteriBekerja

