Kepincangan Tadbir Urus Bukan Hanya Disebabkan Pemimpin Tetapi Terkait Sistem
Oleh: Hidayah Muhammad
Aktivis HTM Ustaz Abu Hamzah menyatakan bahawa kepincangan yang berlaku dalam tadbir urus Perdana Menteri bukan hanya semata-mata pemimpin itu sendiri, tetapi terkait dengan sistem yang diterapkan oleh pemerintah.
“Perkara yang ramai di kalangan rakyat atau umat Islam tidak sedar adalah kepincangan sebuah pemerintahan itu bukan hanya disebabkan individu (pemimpin), tetapi adalah disebabkan keterlibatan pemimpin yang berkuasa menerapkan sistem yang salah iaitu sistem demokrasi yang datang daripada Barat, ” ujarnya dalam akaun Facebook Abu Hamzah, bertajuk Turun Anwar – Demontrasi Separa Masak? 24/7/2025 (Khamis).
Beliau menjelaskan, demontrasi ‘Turun Anwar’ yang diadakan pada 26 Julai adalah untuk memberikan tekanan dan mesej kepada Perdana Menteri agar meletakkan jawatan.
“Dikatakan rakyat tertekan, semakin marah dengan polisi dan pendekatan yang digunakan oleh Perdana Menteri hari ini dalam mengurus negara yang mana banyak polisi-polisi yang dibuat nampaknya tidak sebagaimana yang dijanjikan,” jelasnya.
Beliau mengatakan, satu persoalan dalam isu demontrasi ‘Turun Anwar’ bukan hanya terkait dengan pemimpin tapi sistem yang diterapkan.
“Adakah dengan turunnya Anwar Ibrahim dan digantikan dengan pemimpin yang lain akan menyelesaikan masalah? Dan apakah pemimpin yang akan naik menggantikan Anwar nanti akan menjalankan sistem yang benar iaitu sistem Islam?, soalnya.
Beliau menambah, masalah yang menimpa umat Islam disebabkan oleh dua faktor sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh TaqiyudinAn-Nabhani.
“Musibah yang melanda umat Islam hari ini adalah kerana dua faktor yang pertama, adalah kerana pemimpin-pemimpin yang berkuasa pada hari ini adalah merupan ejen-ejen kepada Barat, yang pastinya ejen ini akan mengikuti arahan daripada tuan mereka yang berkuasa ketika ini. Dan kedua, adalah kerana penerapan sistem kufur di tengah-tengah kehidupan umat Islam pada hari ini”.
Beliau menegaskan, demontrasi yang dilakukan hanya bersifat separa masak dan tidak akan menyelesaikan masalah.
“Kepada mereka yang menyertai demonstrasi 26 Julai ini, perjuangan anda dan demonstrasi yang anda lakukan hanya bersifat separa masak dan tidak akan menyelesaikan masalah. Jika sekiranya anda berjaya menurunkan Anwar Ibrahim, tetapi tidak berjaya menurunkan sistem demokrasi yang telah membawa musibah kepada kehidupan umat Islam pada hari ini,” tegasnya.
Beliau menyimpulkan, satu-satunya solusi benar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada hari adalah dengan menegakkan sistem Khilafah.
“Sistem Islam merupakan sistem yang terbaik yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mengatur kehidupan manusia, dan dengan sistem Khilafah kita boleh membaiat seorang Khalifah yang akan menerapkan Islam dan Islam yang diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan pasti akan membawa rahmat kepada sekalian alam,” simpulnya. []
Sumber:
https://www.facebook.com/share/v/1GB6dy2eT
#Malaysia
Kepincangan Tadbir Urus Bukan Hanya Disebabkan Pemimpin Tetapi Terkait Sistem

