[Mafahim Islamiyyah] Serangan Terhadap Islam (Bahagian 1/4)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Setiap umat penganut ideologi akan berjalan dalam keadaan kuat atau lemah. Mereka diserang oleh musuh-musuhnya dengan serangan yang dahsyat dan bermacam cara. Dampak serangan itu sangat bervariasi tergantung pada keadaan umat, sasaran musuh, dan model serangan.
Umat Islam yang lahir sejak abad XIV (14) Masihi, musuh-musuh Islam telah bertubi-tubi menyerangnya dengan serangan besar pertama, iaitu pada perang Dunia I. Mereka berjaya meruntuhkan Negara Khilafah dan merobek-robek negeri-negeri kaum muslim dan membahaginya di antara mereka.
Musuh-musuh Islam tidak berhenti sampai di situ. Mata-mata mereka sentiasa terbuka, tidak lengah sedikit pun dalam mengawasi umat Islam. Mereka selalu menghitung, berapa lama mangsa-mangsa yang pengsan masih boleh bernafas. Mereka juga mengintip umat Islam yang sedang memusing-musingkan tubuhnya kerana diserang penyakit.
Mereka benar-benar telah mempersiapkan strategi dan cara-cara sebagai persiapan serangan mereka terhadap umat Islam agar umat Islam tidak dapat kembali kepada kehidupannya sekali lagi. Orang-orang komunis telah menempuh berbagai strategi dengan jalan keganasan, pembantaian, dan pembinasaan untuk menghancurkan kaum muslim, seperti yang berlaku di Hungary, Caucasus, Balkan, dan China.
Orang-orang Perancis telah menempuh strategi lain yang tampak dalam mengumpulkan negeri-negeri Islam kepada negara Republik mereka. Ini tampak dalam mengubah tsaqafah serta bahasa kaum muslim seperti yang terjadi di Afrika Utara. British juga telah menempuh strategi yang diterapkan melalui beberapa tahapan. Tahapan pertama adalah melalui penjajahan militer. Berikutnya adalah penjajahan politik, kebudayaan, dan ekonomi. Ini telah direalisasikan dan dijaga oleh kaki tangan mereka sebagaimana yang terjadi di negeri Syam dan negeri lainnya.
Negara-negara kafir, meskipun berlaku konflik di antara mereka terhadap beberapa manfaat dan daerah jajahannya, mereka sepakat membiarkan umat Islam tetap tercerai-berai tidak ada kesatuan hubungan di antara mereka. Semua ini dilakukan dengan jargon nasionalisme, patriotisme, dan kemerdekaan. Mereka juga bercita-cita besar menjauhkan Islam daripada kehidupan mereka dengan jargon kemajuan dan sekularisme.
Penjajahan dan hegemoni terhadap umat Islam dilakukan dengan membahagi-bahagi negara-negara mereka serta merompak kekayaan alamnya. Tujuan utama mereka bukanlah meraih manfaat material, walaupun yang ini telah berjaya. Akan tetapi maksud sebenar mereka adalah untuk menghalangi kembalinya umat Islam kepada Islam, yang menjadi dasar kekuatannya.
Seterusnya, umat Islam dihancurkan dan dilenyapkan dari kewujudannya sehingga tidak dapat kembali lagi mengemban risalahnya ke penjuru dunia dengan jihad yang sangat berbahaya, ditakuti oleh mereka, serta menghapus kepemimpinan orang kafir, dan musuh besar mereka.
Setelah perang Dunia I dan runtuhnya Negara Khilafah, British menduduki kedudukan negara super power di dunia. Kemudian, Jerman Nazi mulai mendesak British atas kedudukan tersebut sehingga berlakulah perang Dunia II yang telah menjadi titik tolak bagi kejayaan Amerika. Kini Amerika menjadi negara adidaya dan menduduki kedudukan negara super power di dunia.
Hanya saja Rusia dan British masih tetap mempunyai pengaruh atas kepemimpinannya di dunia. Oleh sebab itu, berdirilah politik antarabangsa di bawah naungan PBB. Terbentuklah persekutuan di antara Amerika, Rusia, British, dan Perancis, hingga muncul kesepakatan antara Amerika dan Rusia pada 1961 M. Amerika kemudian memimpin dunia dengan mengatasnamakan kesepakatan antarabangsa yang membatasi pengaruh Rusia kepada negara-negara yang berada di bawah kekuasaannya saja. Kekuasaan Amerika membentang di seluruh dunia.
Konflik yang terjadi antara negara-negara besar ini atas daerah-daerah jajahan dan kedudukan sebagai negara super power di dunia, jika dihubungkan kepada karakteristik akidah Islam, mempengaruhi keadaan berfikir dan analisis kaum muslim. Ini merupakan faktor yang mewujudkan apa yang dinamakan “Kebangkitan Islam” pada abad kelapan dari abad XX M.
Setelah runtuhnya komunis Kesatuan Soviet, Amerika sebagai negara adidaya di dunia baru menyedari akan “Kebangkitan Islam”. Amerika tahu bahawa cabaran yang sedang dan akan dihadapinya dan yang cenderung menyaingi dan menghancurkannya adalah Islam. Semua itu benar-benar terlihat pada kajian-kajian terperinci pada badan-badan penelitian strategi di Amerika. Sebastio sebagai ketua bahagian pelajaran agama di Fakulti Salib Suci Amerika telah kenal pasti dan diringkaskan ciri-ciri khas kebangkitan ini melalui ungkapannya,
“Kebangkitan Islam tumbuh kerana kegagalan sistem politik, ekonomi, dan sosial yang diterapkan. Juga dalam penolakan Barat serta penerimaan bahawa Islam merupakan ideologi yang sempurna dan lengkap, baik negara mahupun masyarakatnya. Ideologi tersebut merupakan pengganti yang tepat bagi nasionalisme, sekularisme, sosialisme, dan kapitalisme.” Pembicaraan itu diakhiri dengan perkataannya, “Sesungguhnya orang-orang yang merobohkan/melemahkan kemaslahatan-kemaslahatan Amerika adalah orang-orang yang ekstrem.”
Bagu tujuan tersebut, Amerika telah membentuk pusat-pusat kajian, seperti lembaga Amerika Syarikat untuk perdamaian dan lain-lain. Lembaga-lembaga tersebut telah dibekalkan dengan dana dan para intelektual untuk mengkaji jalan-jalan yang produktif. Ini bukan hanya untuk menghentam dan menyiasat pencegahan tersebarnya kebangkitan Islam. Akan tetapi juga untuk menghancurkan umat Islam sebagai umat. Ini kerana pada perang Dunia I, British telah menghancurkan badan pelaksana Islam, iaitu Negara Khilafah.
Hanya saja umat Islam tetap wujud. Mereka masih tetap memeluk akidah Islam dan merindukan kembalinya Islam dalam kehidupan. Amerika yang telah mewarisi kepemimpinan kapitalisme berserta eksperimen-eksperimen dari beberapa negara pendahulunya, seperti British dan Perancis, telah melihat bahawa bahaya besar yang akan merobohkannya adalah Islam.
Oleh kerana itu, Amerika mulakan serangan besarnya yang gila melawan umat Islam, iaitu umat yang berasal daripada keturunan mulia. Umat Islam yang memeluk akidah politik (akidah siyasi), calon pemimpin dunia, untuk menghancurkan kapitalisme yang telah mendatangkan penderitaan, kemiskinan, dan berbagai peperangan di muka dunia.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #KeruntuhanIslam #SeranganBarat #sekularisme #nasionalisme #imperialisme #kolonialisme #penjajahan

