Site icon MuslimahHTM News

Berbagai Ragam Sentuhan Bahasa

BERBAGAI RAGAM SENTUHAN BAHASA

Oleh: Ustazah Yanti Tanjung

 

Mendidik anak itu tidak selalu dengan tersenyum, dalam episod-episod bersama ibu bapa dan anak-anak, pasti ada ada sesi menangis. Sungguh, dengan menangis, ianya dapat menyentuh emosi anak sekaligus akalnya, asalkan menangis itu mengeluarkan komunikasi-komunikasi akidah yang dapat membuat anak taat syariah.

 

“Nak, jika di usia ini kamu masih meninggalkan solat, tahu tak betapa sedihnya Umi, tak dapat Umi bayangkan jika kelak di akhirat kita tidak dapat berkumpul bersama sama. Umi tak mampu menolongmu dan dirimu juga tidak mampu menolong Umi, hanya Allah yang dapat menolong, apa pengakhiran kehidupan kita nanti. Jika kita terpisah kerana gara-gara ini, sungguh hari itu kita termasuk orang-orang yang rugi.”

 

Pastinya air mata Umi akan bercucuran, teresak-esak, tersedu sambil memeluk si anak dengan erat…

 

Kadang-kadang ibu bapa juga boleh marah, selagi marahnya itu kerana Allah, marah akan tingkah laku anak yang tidak taat, marah yang mengandung doa-doa kebaikan pada anak.

 

Sepertimana kisah Syeikh Sudais sewaktu kecil, ketika dia menaburi pasir dalam hidangan dan menggaulnya yang sepatutnya hidangan tersebut disediakan buat para tamu. Saat itu ibunya memarahi Sudais, “Pergilah Engkau, jadilah imam Haramain.” Kemudian, Sudais akhirnya menjadi seorang Syeikh dan Imam Haramain.

 

Ada masa kita perlu menyentuh naluri beragama anak dalam berbahasa, mengingatkannya akan kelemahan dirinya, ketergantungannya pada sang Khaliq. Jika saat ibu yang ingin mengejut si anak di subuh hari, lalu anak beralasan masih mengantuk, katakan kepada anak, adakah Allah pernah mengantuk saat memberikan kamu udara untuk bernafas? Adakah Allah pernah mengantuk memberikan penglihatan pada mata kamu? Adakah Allah pernah mengantuk saat menggerakkan setiap anggota tubuhmu? Bagaimana jika Allah mengantuk? Sungguh solat subuh adalah bahagian rasa syukur kita kepada Allah SWT.

 

Mendidik anak pada dasarnya bagaimana terus membuat pola pada proses berfikirnya dengan Islam dan bagaimana membuat pola pada tingkah laku anak dengan standard halal dan haram. Ibu bapa yang cerdas dengan Islam akan sentiasa mempunyai cara dan gaya untuk membentuk keperibadian Islam anak dengan kata-kata.

 

Wallaahu a’lam bishshawab

 

 

 

#KeluargaMuslimIdeal

#KeluargaTarbiyah

#DakwahBermulaDiRumah

#RumahTaatUmatKuat

 

Exit mobile version