[Mafahim Islamiyyah] Serangan terhadap Islam (Bahagian 2/4)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Melalui berbagai badan strategi, Amerika telah membuat rencana-rencana. Mereka juga telah mengadakan berbagai sarana dan metode dalam merealisasikan keberhasilan serangan tersebut. Oleh kerana itu, Amerika telah menetapkan beberapa langkah.
Pertama, mengadopsi idea demokrasi dan mewajibkannya terhadap negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia dengan kekuatan dan intimidasi. Mereka juga memujuk dan menjadikan dirinya sebagai penjaga serta pengawal idea demokrasi ini. Amerika mengirimkan angkatan bersenjatanya dan angkatan-angkatan negara-negara sekutunya untuk menjaga dan memelihara demokrasi dan pemikiran-pemikiran yang berkembang darinya. Pemikiran-pemikiran tersebut, seperti kebebasan umum, hak-hak kemanusiaan, dan kemerdekaan Tanah Air, seperti yang telah diterapkan ke atas Irak, Somalia, Haiti, dan lain-lain.
Demokrasi adalah sistem buatan manusia, di mana akidahnya sangat kontradiktif dengan akidah Islam dan sistemnya bertentangan dengan sistem Islam.
Kedua, mengadopsi idea keragaman politik dalam satu negara, iaitu pemikiran yang dibangun atas demokrasi. Ini dilakukan dengan memperbolehkan pembentukan beberapa atau banyak parti dimana pemikiran-pemikirannya berdiri di atas demokrasi. Ini sesuai dengan ketentuan parti-parti itu yang tidak memilik karakter sektarianisme yang menghalangi bergabungnya seluruh penduduk negeri kepadanya, dan parti-parti nasionalis itu tidak mempunyai anggota dari luar negeri (selain dari Tanah Air).
Semua itu adalah untuk mencegah munculnya idea kesatuan atas dasar ideologi atau patriotisme untuk melestarikan status quo yang telah digariskan negara-negara imperialis terdahulu. Hal ini berdasarkan pada politik “pecah belah, kau akan berjaya”, untuk menjadikan Islam sebagai pemikiran nasional, bukan menjadi agama umat yang satu. Oleh kerana itu, orang-orang Iran mempunyai Islam sendiri, orang-orang Sudan mempunyai Islam sendiri, dan seterusnya.
Ketiga, mengumpulkan pergerakan-pergerakan Islam dan menyerangnya untuk menerima demokrasi dan keragaman politik, kebebasan umum, dan undang-undang PBB. Hal tersebut adalah untuk mencairkan pemikiran-pemikiran Islam dan menjauhkan Islam dari kehidupan. Juga untuk memalingkan pandangan terhadap keistimewaan Islam dan kesyumulannya dalam memecahkan semua permasalahan kehidupan.
Bagi merealisasikan perkara tersebut dan perkara lainnya, Amerika melakukannya dengan aktiviti-aktiviti fizikal, politik, dan kebudayaan (tsaqafah). Pertubuhan PBB dijadikan sebagai payung atau ‘orang tengah” antarabangsa bagi Amerika. Dalam Perang Teluk, Amerika memimpin sekitar tiga puluh negara untuk menggempur Irak dengan slogan “Memelihara demokrasi dan kemerdekaan Kuwait.”
Selain itu, Amerika juga telah menerapkannya pada negara Somalia dan Bosnia serta dalam mengembargo Libya. Amerika sentiasa bersedia untuk menggempur kaum muslim dan mengukuhkan perpecahan dan sempadan-sempadan di antara mereka dalam urusan-urusan dalam negeri–yang menurut persangkaan Amerika—hal itu bukan merupakan intervensi.
Sesungguhnya perlawanan terhadap Islam sangat jelas dan kuat, sebagaimana yang berlaku di Algeria, Bosnia, Mesir, Saudi Arabia, Chechnya, Azerbaijan, dan lain-lain. Bahkan Amerika mendukung para penguasa untuk menggempur kaum muslim, serta menopang secara politik dan ekonomi. Jelaslah, Amerika itu sama seperti orang-orang kafir Quraisy. Mereka double standard.
Allah SWT berfirman, “Celakalah bagi orang-orang yang curang (dalam menyukat dan menimbang)! (Iaitu) orang-orang yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka minta dicukupkan, dan apabila mereka menyukat atau menimbang (untuk orang lain), mereka menguranginya.” [TMQ Al-Muthaffifin (83): 1—3].
Amerika melakukan aktiviti-aktiviti politik dan kongres-kongres antarabangsa untuk ‘menghalalkan’ serangannya yang ganas dalam melawan Islam dan kaum muslim. Seterusnya diadakan kongres Madrid yang membenarkan perampasan Yahudi terhadap Palestin dan mencegah perang melawan Yahudi. Mereka juga memaksa normalisasi hubungan Yahudi dan kaum muslim supaya Yahudi menjadi satu institusi yang sah dan menjadi pisau belati beracun yang menusuk dada umat Islam.
Kemudian Amerika mengadakan kongres Dakar, di ibu negara Senegal hingga berjaya merangkul 47 negara yang majoriti penduduknya adalah kaum muslim. Di antara sejumlah keputusan kongres tersebut adalah mendukung aktiviti perdamaian di Timur Tengah, tidak diperkenankannya penggunaan kekuatan fizikal dalam berbagai hubungan antarabangsa di antara negara-negara yang menjadi peserta kongres, dan tidak adanya pelanggaran terhadap batas-batas yang diakui secara antarabangsa. Seterusnya membuang kata jihad dari kamus Islam kerana ianya boleh membangkitkan perasaan orang lain.
Inilah keputusan-keputusan tersebut yang menunjukkan dengan jelas peperangan mereka terhadap Islam dan kaum muslim. Amerika juga telah mengadakan beberapa kongres untuk dialog tiga agama, seperti kongres Khorthum bagi melakukan kesepakatan bahagian-bahagian yang dimiliki bersama di antara tiga agama. Para peserta kongres sepakat untuk mewujudkan agama spiritual baru yang tidak memiliki interaksi dengan kehidupan atau dengan politik.
Tidak ada perbezaan antara orang Islam, orang Nasrani, dan orang Yahudi. Mereka semua beriman kepada Allah dan mereka adalah bersaudara seperti pernyataan sebahagian ulama dan ahli politik kaum muslim. Amerika telah mengumumkan pemikiran kesatuan agama dan mengajak kepadanya. Mereka sangat bersungguh-sungguh dalam merealisasikannya untuk menggempur akidah Islam.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #SeranganBarat #imperialisme #penjajahanbarat

