Site icon MuslimahHTM News

[Mafahim Islamiyyah] Serangan terhadap Islam (Bahagian 3/4)

[Mafahim Islamiyyah] Serangan terhadap Islam (Bahagian 3/4)

Penulis: Muhammad Husain Abdullah

Sesungguhnya serangan Amerika terhadap Islam adalah serangan yang spesifik. Bahaya serangan itu melebihi bahaya serangan pertama yang berjaya merobohkan Negara Khilafah kerana sasaran serangan tersebut adalah akidah Islam. Jika serangan ini berjaya, bererti kehancuran bagi umat Islam. Semua ini adalah untuk merealisasikan mimpi Amerika yang telah digagas oleh para pemikirnya.

Mimpi itu adalah gagasan bahawa puncak (peradaban) dunia akan terjadi di bawah naungan sistem kapitalisme dunia yang dipimpin Amerika, bukan di bawah naungan Islam.

Sesungguhnya Perancis dengan kepemimpinan Napoleon dan British dengan kepemimpinan Curdal telah memutuskan untuk menggigit Negara Islam sepotong demi sepotong sehingga berjaya merobohkan Khilafah. Sesungguhnya Amerika telah menetapkan untuk menyimpangkan akidah Islamiah, pemikiran demi pemikiran untuk merobohkan Islam, juga menghapus umat Islam.

Ingat, Amerika benar-benar telah memulai dengan sebahagian hukum-hukum yang qathie/mutlak (yakin), yang pembenarannya tidak berbeza dengan pembenaran terhadap pemikiran-pemikiran akidah. Ini kerana diambil dari nas-nas yang pasti sumbernya dan pengertiannya, seperti kefardhuan jihad, permusuhan Yahudi, dan kesatuan negeri-negeri kaum muslim, serta keharaman zina, riba, dan berhukum kepada taghut. Amerika telah mengisytiharkan –dengan mengguna nama ejen-ejennya, seperti para penguasa, ulama, para pemikir, dan para penulis—bahawa hukum-hukum tersebut sudah tidak sesuai untuk zaman moden ini dan hukum-hukum itu tidak moden.

Islam telah mensyariatkan hukum-hukum tersebut dalam situasi dan keadaan tertentu, tidak boleh digeneralisasikan untuk setiap situasi dan keadaan. Sesungguhnya telah masyhur secara syarak, bahawa orang yang mengingkari kelayakan hukum-hukum yang bersifat qathie tersebut adalah kafir berdasarkan dalil Al-Quran yang mulia.

Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir.” [TMQ Al-Maidah (5): 44].

Juga firman-Nya, “Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian (yang lain)? Maka tidak ada balasan (yang sesuai) bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu selain mendapat cacian dalam kehidupan dunia dan pada Hari Kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat.” [TMQ Al-Baqarah (2): 85].

Oleh sebab itu, serangan Amerika ke atas kaum muslim diarahkan kepada akidah mereka yang menjadi dasar agama, dasar peradaban, serta dasar negara dan umat mereka. Mereka tidak boleh hidup menjadi umat Islam jika tidak dengan akidahnya. Adapun metode Amerika dalam serangan itu bersandar pada beberapa hal.

1. Kekuatan fizikal yang dikuasainya.
2. Penyesatan politik dan pemikiran melalui berbagai sarana informasi.
3. Memberdayakan para penguasa, para ulama, tabiin, dan para pemikir yang menjadi kaki tangan (ejen) Amerika dengan membuat berbagai kurikulum pendidikan yang melayani tujuan Amerika. Tujuannya untuk menumbuhkan generasi baru yang mengingkari akidahnya dan mengingkari Islam serta peradabannya.

Adapun yang dipropagandakan oleh Amerika, iaitu sistem Timur Tengah, pengembangan ekonomi, interaksi-interaksi yang bersifat kasih sayang, dan berbagai perjanjian damai antara Israel dan kaum muslim, maka semuanya hanyalah sebahagian daripada berbagai strategi dan sarana untuk menerapkan pemikiran dasar Amerika, iaitu menghancurkan umat Islam dengan cara menghancurkan akidah mereka.

Salah seorang pemikir Yahudi telah menyingkap tentang peranan Israel dan pemerintah Arab dalam serangan Amerika terhadap Islam. Dia menulis kepada wartawan Yahudisme pada 24-8-1994 M sebagai berikut, “Kami bangsa Israel perlu memahami bahawa fundamentalisme bukanlah kebodohan akal. Bahkan fundamentalisme itu mencakup sistem hidup sempurna, keindahan, dan penipuan spiritual, di mana pada lapangannya warganegara merasakan kemuliaan dan kemegahan. Kemudian ia berjalan dengan postur tubuh tegak mengemban nilai-nilai yang mendatangkan daya hidup dan pembaharuan, serta kekebalan melawan pengaruh kebudayaan asing dan pengaruh-pengaruhnya.”

Dia juga berkata, “Kami bangsa Israel perlu menjalankan rundingan-rundingan dan penandatanganan perjanjian damai dengan negara-negara Arab sehingga sebahagian penguasa Arab dapat menghancurkan berbagai pergerakan Islam fundamentalis. Mereka tidak akan mampu mengadakan serangan jika keadaan permusuhan terhadap Israel masih wujud.” Dia menambah, “Sesungguhnya pembentuk bahaya atas adanya Israel adalah gerakan-gerakan Islam fundamentalis, bukan negara-negara yang berdekatan.”

Menteri luar Negeri Yahudi, Simon Peres dalam pidatonya di Washington berkata, “Bahaya Islam ekstrem adalah sesuatu yang mengancam wilayah Timur Tengah, sedangkan perdamaian Israel itu dapat menggantikan fundamentalis, dendam, dan perseteruan.”

Jadi, aktiviti perdamaian yang diterapkan oleh Amerika terhadap Arab dan Yahudi, tujuannya bukanlah hanya menghentikan keadaan perseteruan di antara keduanya dan tidak pula meningkatkan pertumbuhan perekonomian keduanya. Akan tetapi tujuan hakikinya hanyalah untuk menghentam Islam dan kaum muslim melalui pemerintah-pemerintah Arab dan Yahudi.

Inilah serangan besar kedua terhadap Islam yang dipimpin oleh Amerika. Amerika sentiasa berupaya memimpin kelompok besar dari negara-negara di dunia untuk bersekutu dalam serangan tersebut dengan slogan perdamaian dunia, demokrasi, dan hak-hak asasi manusia. Semua itu dilakukan dengan dalih memerangi terorisme, ekstrimisme, dan fundamentalisme. Adakah Amerika akan berjaya dalam serangannya? Adakah serangan itu akan tepat pada sasarannya?

Jawapannya, sesungguhnya akidah Islam yang menjadi fokus serangan Amerika telah diwarisi kaum muslim daripada generasi ke generasi dan telah menjadi bahagian yang tidak terpisahkan daripada keperibadian kaum muslim. la telah mendarah daging dalam jiwa mereka. Para ibu telah meletakkannya bersama air susu kepada anak-anaknya. Begitu pula para ayah telah mengunyahkannya bersama perhatiannya kepada anak-anaknya.

Hati mereka berdebar dengan akidah itu ketika mendengar suara muazin. Tubuh mereka bergetar kerana akidah itu ketika membaca Al-Quran. Kemudian, sesungguhnya ratusan manusia memeluk akidah itu setiap tahunnya di berbagai penjuru dunia, meskipun tidak ada negara yang mengembannya dan menyebarluaskannya. Ini kerana akidah tersebut sesuai dengan fitrah, memuaskan akal, dan menenteramkan jiwa manusia.

Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.

#MafahimIslamiyyah #SeranganBarat #imperialisme #penjajahan #SeranganPemikiran

Exit mobile version