SOLUSI JIHAD UNTUK MEMBEBASKAN PALESTIN TIDAK PERLU MENUNGGU KHILAFAH
Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Pendahuluan
Sebahagian umat Islam yang sudah memahami Islam secara benar, telah menyambut dan setuju dengan solusi “Jihad dan Khilafah” bagi masalah Palestin. Jihad dalam Islam telah difahami ertinya, iaitu perang (al-qitāl), bukan perjuangan (struggle, al-kifāh) seperti yang disebarkan oleh sebahagian orientalis kafir, untuk menyesatkan dan membodoh-bodohkan umat Islam. Sedang Khilafah, juga telah difahami maksudnya, iaitu negara Islam, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW di Madinah saat itu dan dilanjutkan oleh Khulafa`ur Rasyidin setelah wafatnya Rasulullah SAW (632 M).
Namun, sebahagian mereka kurang tepat memahami hubungan Jihad dan Khilafah, dalam konteks solusi untuk persoalan Palestin tersebut. Sebahagian mereka menganggap bahawa untuk menyelesaikan penjajahan di Palestin, Khilafah perlu tegak terlebih dahulu, kemudian Khilafah itulah yang akan menggerakkan jihād fī sabīlillāh bagi mengakhiri keberadaan entiti Yahudi Zionis yang kafir yang telah menjajah Palestin sejak tahun 1948. Benarkah pemahaman seperti ini?
Membetulkan Pemahaman: Jihad Tetap Wajib Walau Tidak Ada Khalifah
Pemahaman seperti yang dihuraikan di atas tidak tepat, yakni bahawa solusi masalah Palestin adalah tegaknya Khilafah terlebih dulu, kemudian Khilafah itulah yang akan melaksanakan jihad bagi menghapuskan entiti Yahudi Zionis yang kafir yang telah menjajah Palestin sejak tahun 1948.
Pemahaman yang benar adalah, jihad itu wajib dilaksanakan saat ini, tanpa perlu menunggu tegaknya Khilafah. Hal ini kerana kewajipan jihad dalam Islam, merupakan kewajipan yang mutlak dan tanpa syarat, ertinya, baik Khilafah ada mahupun tidak ada, jihad tetap wajib dilaksanakan tanpa disyaratkan wajib dipimpin oleh Khalifah (Imam) sebagai pemimpin tertinggi dalam negara Khilafah.
Imam Taqiyuddin An-Nabhani (w. 1977 M), rahimahullah, telah menjelaskan hubungan Jihad dan Khilafah itu dengan sangat baik, dalam kitabnya Al-Syakhshiyyah al-Islāmiyyah Juz II sebagai berikut:
الْجِهَادُ فَرْضٌ مُطْلَقٌ، وَلَيْسَ مُقَيَّدًا بِشَيْءٍ، وَلَا مَشْرُوطًا بِشَيْءٍ، فَالْآيَةُ فِيهِ مُطْلَقَةٌ: ﴿ كُتِبَ عَلَيْكُمْ الْقِتالُ﴾. فَوُجُودُ الْخَلِيفَةِ لَا دَخْلَ لَهُ فِي فَرْضِ الْجِهَادِ، بَلْ الْجِهَادُ فَرْضٌ سَوَاءٌ هُنَاكَ خَلِيفَةٌ لِلْمُسْلِمِينَ أَمْ لَمْ يَكُنْ.
“Jihad itu kefardhuan (kewajipan) yang bersifat mutlak, tidak terikat (muqayyad) dengan sesuatu, begitu juga tidak disyaratkan dengan sesuatu, jadi ayat mengenai jihad itu bersifat mutlak:
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ
“Diwajibkan atas kamu berperang.” [TMQ Al-Baqarah (2): 216].
Jadi keberadaan Khalifah tidak masuk ke dalam kewajipan jihad, bahkan jihad itu hukumnya fardhu, baik ada Khalifah bagi kaum muslimin mahupun tidak ada Khalifah.” (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah al-Islāmiyyah, Juz II, hlm. 152).
Jelaslah bahawa jihad itu fardhu hukumnya, baik ketika Khalifah ada mahupun ketika Khalifah tidak ada. Maka pemahaman bahawa jihad untuk melawan Zionis Yahudi mesti menunggu tegaknya Khilafah terlebih dahulu, agar Khalifah (Imam) sebagai pemimpin Khilafah itu ada terlebih dulu untuk memimpin jihad, adalah pemahaman yang tidak benar.
Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal, dalam kitabnya Al-Jihād wa al-Qitāl fī As-Siyāsah al-Syar’iyyah, juga menegaskan hal yang sama dengan penjelasan Imam Taqiyuddin An-Nabhani tersebut di atas. Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal menyatakan:
لَيْسَ وُجُودُ الْإِمَامِ شَرْطًا لِلْقِيَامِ بِفَرْضِ الْقِتَالِ لِلْأَعْدَاءِ، وَذَلِكَ لِأَنَّ آيَاتِ الْقُرْآنِ فِي شَأْنِ الْقِتَالِ جَاءَتْ مُطْلَقَةً غَيْرَ مُقَيَّدَةٍ بِمِثْلِ هَذَا الشَّرْطِ، كَمَا فِي قَوْله تَعَالَى: ﴿ كُتِبَ عَلَيْكُمْ الْقِتَالُ﴾، وقَوْله تَعَالَى: ﴿ وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ﴾.
“Keberadaan Imam (Khalifah) bukanlah syarat untuk melaksanakan kewajipan berperang melawan musuh-musuh (kafir), kerana ayat-ayat Al-Quran dalam urusan perang telah datang dalam bentuk mutlak yang tidak diikat dengan syarat seperti ini (wajib ada Imam/Khalifah).
Ini sebagaimana firman Allah Taala:
﴿ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ ﴾
“Diwajibkan atas kamu berperang.” [TMQ Al-Baqarah (2): 216].
Dan juga sebagaimana firman Allah Taala:
﴿ وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ ﴾
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu.” [TMQ Al-Baqarah (2): 190]. (Muhammad Khair Haikal, Al-Jihād wa al-Qitāl fī As-Siyāsah al-Syar’iyyah, Juz I, hlm. 250).
Syeikh Dr. Hakim Al-Muthairi, seorang ulama kontemporeri ahli fiqih siyāsah, pernah ditanya dengan sebuah pertanyaan, “Benarkah pendapat bahawa jihad tidak disyariatkan jika tidak ada Imam (Khalifah), dan setiap perang tanpa adanya Imam (Khalifah) hanyalah perang fitnah dan orang yang mati tidak dianggap mati syahid?”, beliau menjawab sebagai berikut:
أَنَّ النُّصُوصَ الْقُرْآنِيَّةَ وَالْأَحَادِيثَ النَّبَوِيَّةَ الَّتِي تَأْمُرُ بِالْجِهَادِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَيْسَ فِيهَا اشْتِرَاطُ شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ ، بَلْ هِيَ عَامَّةٌ مُطْلَقَةٌ وَالْخِطَابُ فِيهَا لِعُمُومِ أَهْلِ الْإِيمَانِ وَالْإِسْلَامِ ؛ كَمَا فِي قَوْلِهِ تَعَالَى: ﴿وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ﴾ وقوله: ﴿إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ﴾ و كَمَا فِي قَوْلِهِ ﷺ: (جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُمْ)
“Sesungguhnya nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang memerintahkan jihad di jalan Allah, tidak ada pensyaratan seperti itu (wajib adanya Imam/Khalifah), bahkan ayat-ayat atau hadis-hadis yang memerintahkan perang itu bersifat umum dan mutlak, dan khithāb (seruan) yang ada dalam nas-nas tersebut bermakna umum bagi setiap orang yang beriman dan beragama Islam, sebagaimana firman Allah Taala:
﴿ وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ ﴾
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu.” [TMQ Al-Baqarah (2): 190].
Juga sebagaimana firman Allah Taala:
﴿ إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ ﴾
“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin, baik diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh.” [TMQ At-Taubah (9): 111].
Juga sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW:
(جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُمْ)
“Perangilah orang-orang musyrik dengan harta-hartamu, diri-dirimu, dan lisan-lisanmu.” (HR. Abu Dawud, no.2504; Ahmad, no. 12.268; dan Al-Nasa`i, no. 3096). (Hākim Al-Muthairī, Buthlān (I)sythirāt al-Imām wa al-Rāyah fī Masyrū’iyyati al-Jihād fī Sabīlillāh, www. http://www.dr-hakem.com, ertikel ditulis tahun 2004).
Selanjutnya Syeikh Dr. Hakim Al-Muthairī memetik pendapat Imam Ibnu Qudamah daripada kitabnya Al-Mughnī dalam masalah ini sebagai berikut:
فَإِنْ عُدِمَ الْإِمَامُ لَمْ يُؤَخَّرِ الْجِهَادُ؛ لِأَنَّ مَصْلَحَتَهُ تَفُوْتُ بِتَأْخِيْرِهِ وَإِنْ حَصَلَتْ غَنِيمَةٌ قَسَمَهَا أَهْلُهَا عَلَى مُوجِبِ أَحْكَامِ الشَّرْعِ
“Jika Imam (Khalifah) tidak ada, maka jihad tidak boleh ditunda, kerana kemaslahatan jihad akan lenyap dengan penundaan jihad itu, dan jika diperoleh ghanīmah (harta rampasan perang), maka orang yang berjihad itu membahagikannya sesuai ketentuan yang diwajibkan oleh hukum-hukum syarak.” (Ibnu Qudamah, Al-Mughnī, Juz X, hlm. 375).
Daripada penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa jihad merupakan kewajipan yang bersifat mutlak, yakni tidak mensyaratkan keberadaan atau kewujudan Imam (Khalifah) sebagai pemimpin negara Khilafah. Hukum ini berlaku umum baik jihad yang dilancarkan itu berupa jihād hujūmī (jihad ofensif), yakni jihad yang dimulai oleh umat Islam (menyerang) mahupun jihād difā’ī (jihad defensif), yakni jihad yang sifatnya bertahan daripada serangan kaum kafir. (Muhammad Khair Haikal, Al-Jihād wa al-Qitāl fī As-Siyāsah al-Syar’iyyah, Juz I, hlm. 250-251).
Pemahaman bahawa jihad itu tidak mensyaratkan keberadaan Khalifah, berdasarkan nas-nas syariah daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang mewajibkan jihad yang bersifat mutlak, yakni tanpa mengkaitkan jihad itu dengan syarat tertentu berupa wajibnya adanya Imam (Khalifah). Hal ini sesuai kaedah ushul fiqh yang berbunyi:
الْمَطْلَقُ يَجْرِي عَلَى إِطْلَاقِهِ مَا لَمْ يَقُمْ دَلِيلُ التَّقْيِيدِ نَصًّا أَوْ دَلَالَةً
“Lafaz yang mutlak tetap dalam kemutlakannya selama tidak terdapat dalil yang menjadi taqyīd-nya (memberi persyaratan/batasan), baik berupa nas atau dalālah.” (Mushthofa Al-Zuhaili, Al-Qawā’id Al-Fiqhiyyah wa Tathbīqātuhā fī Al-Madzāhib Al-Arba’ah, Juz I, hlm. 378).
Inilah pendapat yang haq (benar) yang wajib menjadi pegangan setiap muslim, khususnya para pengemban dakwah yang berjuang untuk menegakkan Islam secara kāffah. Jangan sampai pemahaman mereka tersasar baik secara sengaja ataupun tidak sengaja, yang akhirnya dapat menjejaskan metode (tharīqah) dakwah yang kitab tempuh.
Jika Khalifah Ada: Urusan Jihad Akan Diatur Olehnya
Hanya saja, meski benar bahawa keberadaan Khalifah bukan syarat untuk melaksanakan jihad, namun ketika suatu saat nanti Khilafah tegak kembali, insyāa Allah dalam waktu terdekat ini, maka Khalifah (Imam) sebagai pemimpin tertinggi dalam negara Khilafah, berhak untuk melakukan pengaturan (tadbīr/tanzhīm) dalam urusan jihad yang dilakukan oleh umat Islam ini. Umat Islam dalam keadaan demikian wajib mentaati Khalifah (Imam) tersebut ketika Khalifah mengatur dan mengkoordinasikan jihad, agar jihad yang dilaksanakan menjadi tertib dan teratur, sehingga tidak terjadi benturan atau bertindih (over lapping) di lapangan ketika jihad ini dilaksanakan oleh umat Islam. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah al-Islāmiyyah, Juz II, hlm. 152).
Imam Ibnu Qudamah, rahimahullah, mengatakan:
…وَأَمْرُالْجِهَادِ مَوْكُوْلٌ إِلىَ اْلإِماَمِ, وَاجْتِهَادِهِ، وَيَلْزَمُ الرَّعِيَّةَ طَاعَتُهُ
“Dan urusan jihad itu, diwakilkan kepada Imam (Khalifah) berdasarkan ijtihadnya, dan rakyat wajib mentaati Imam itu.” (Ibnu Qudamah, Al-Mughnī, Juz X, hlm. 373).
Wajibnya umat Islam mentaati Khalifah dalam urusan jihad ini, didasarkan pada dalil-dalil sebagai berikut:
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (para pemegang kekuasaan) di antara kamu.” [TMQ An-Nisā` (4): 59].
Juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
فَالإِمَامُ رَاعٍ وهو مَسْؤُولٌ عن رَعِيَّتِهِ
“Seorang Imam (Khalifah) adalah (bagaikan) penggembala, dan dialah yang bertanggungjawab atas urusan rakyatnya (termasuk jihad).” (HR. Al-Bukhari, 2409; Muslim, no. 1829).
Juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
الْجِهَادُ وَاجِبٌ عَلَيْكُمْ مَعَ كُلِّ أَمِيرٍ بَرًّا كَانَ أَوْ فَاجِرًا
“Jihad itu wajib atas kamu, bersama setiap-tiap pemimpin, baik dia pemimpin yang baik mahupun pemimpin yang fajir (fasik).” (HR. Abu Dawud, no. 2533: Al-Dāraquthni, no. 1764).
Kesimpulan
Solusi “Jihad dan Khilafah” untuk masalah Palestin perlu difahami dengan benar, jangan sampai umat Islam memahaminya secara keliru, misalnya terkait dengan definisi “jihad”, definisi “khilafah”, khususnya mengenai hukum jihad itu sendiri ketika dikaitkan dengan Khilafah.
Jadi jihad itu wajib dilaksanakan sekarang oleh umat Islam saat ini, sekarang, untuk menghapuskan penjajahan atas Palestin yang diakukan oleh Yahudi yang kafir, walaupun saat ini kaum muslimin tidak ada Khalifah lagi sejak Khilafah runtuh tahun pada 1924 di Turki. Tidaklah benar pemahaman bahawa jihad menunggu tegaknya Khilafah terlebih dahulu, atau jihad mensyaratkan keberadaan Khalifah. Sungguh ini pemahaman yang tidak benar. Yang benar adalah, jihad itu wajib hukumnya, baik ketika Khalifah ada mahupun ketika Khalifah tidak ada seperti keadaan saat ini.
Hanya saja, ketika suatu ketika Khilafah berdiri kembali, dengan izin Allah, sesuai janji Allah dan khabar gembira daripada Rasulullah, maka Khalifah itulah nanti yang akan mengatur segala urusan jihad, dan umat Islam wajib mentaati Khalifah dalam urusan jihad ini.
Dengan tegaknya Khilafah, maka jihad yang dilakukan umat Islam khususnya jihad untuk menghapuskan penjajahan atas Palestin yang diakukan oleh Yahudi Zionis sejak tahun 1948, akan dapat ditingkatkan kuantiti dan kualitinya, sampai pada tahap yang layak untuk melawan bahkan untuk menghancurkan entiti Yahudi Zionis yang kafir itu. Allah SWT berfirman:
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرْسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلْهُدَىٰ وَدِينِ ٱلْحَقِّ لِيُظْهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُشْرِكُونَ
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membencinya.” [TMQ Ash-Shaff (61): 9].
Wallāhu a’lam.
#ArmiesToGaza #ArmiesToPalestine #FreePalestineWithJihad #SpeakUpForPalestine #BreakTheSiege #FreePalestineWithJihadAndKhilafah

