Site icon MuslimahHTM News

Menggugat Sekularisme!

MENGGUGAT SEKULARISME!

Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar

 

Di antara arus besar yang paling merosakkan umat Islam dewasa ini adalah sekularisme. Sekularisme adalah fahaman yang memisahkan agama daripada kehidupan, khususnya dari urusan negara dan politik.

 

Sekularisme tidak lahir dari rahim Islam, melainkan daripada sejarah gelap peradaban Barat. Ironinya, setelah Barat mengalami “pencerahan” dalam versi mereka, mereka justeru menyebarkan sekularisme ke Dunia Islam melalui imperialisme (penjajahan).

 

Artikel ini mengupas akar sejarah sekularisme, bahayanya terhadap umat Islam, serta bagaimana Islam secara tegas menolak sekularisme dalam segala bentuknya.

 

Apa Itu Sekularisme?

Secara etimologi, kata sekular berasal daripada bahasa Latin, iaitu saeculum, yang bererti “duniawi” atau “urusan dunia saat ini.” 

 

Adapun secara terminologi, sekularisme adalah fahaman yang memisahkan agama daripada kehidupan, terutama daripada urusan kenegaraan dan politik.

 

Dalam definisi klasik Barat dinyatakan: “Secularism is the belief that religion should not enter into the functions of the state, especially into public education.” (Oxford Advanced Learner’s Dictionary).

 

Dengan kata lain, sekularisme mendakwa bahawa agama hanya sah diamalkan dalam ruang lingkup peribadi dan ibadah ritual semata. Adapun sistem kenegaraan/pemerintahan, perundangan dan sistem sosial-politik perlu bebas daripada ajaran agama.

 

Asal-Usul Sekularisme: Lahir dari Sejarah Gelap Barat

Sekularisme lahir dari sejarah Barat yang traumatik akibat dominasi gereja Katolik pada Abad Pertengahan. Waktu itu, Gereja tidak hanya berfungsi untuk perkara keagamaan semata, tetapi juga mengawal hal ehwal politik, ilmu pengetahuan, dan urusan kehidupan sosial. Kerosakan dan korupsi Gereja memicu revolusi pemikiran yang dikenal sebagai The Enlightenment atau Zaman Pencerahan pada abad ke-17–18. Para ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau dan John Locke menentang dominasi agama terhadap negara dan mendorong lahirnya negara sekular. Ketiga-tiga ahli falsafah ini juga yang kemudian menyerukan sistem demokrasi yang berpusat pada kehendak dan kedaulatan rakyat, sekaligus menjauhkan urusan agama dari kehidupan politik dan negara.

 

Menurut Dr. Tareq Suwaidan dalam bukunya, Al-Hadhaarah al-Islaamiyyah, sekularisme adalah reaksi khas terhadap autoritarianisme Gereja, dan kerana itu ia merupakan produk lokal Eropah. Dia menyatakan:

 

*العلمانية ظهرت نتيجة فشل الكنيسة المسيحية في إدارة الحياة… ولذلك لا يمكن أبداً أن تُعتبر حلاً عالمياً*

“Sekularisme muncul sebagai akibat kegagalan Gereja Kristian (di Barat) dalam mengatur kehidupan…Kerana itu sekularisme selamanya tidak boleh dianggap sebagai solusi yang bersifat global (boleh diterapkan di seluruh dunia).” (Suwaidan, Al-Hadhaarah al-Islaamiyyah, hlm. 143).

 

Ertinya, sekularisme adalah hasil daripada krisis internal Eropah. Ia tidak boleh diterapkan secara universal. Apatah lagi diterapkan dalam Dunia Islam yang memiliki sistem tersendiri yang justeru bersumber darpadai wahyu, Tuhan (Allah SWT).

 

Barat Mengeksport Sekularisme ke Dunia Islam Melalui Penjajahan

Setelah Barat menemukan “formula baru” berupa sekularisme, mereka mula mengeksport fahaman ini ke Dunia Islam melalui kolonialisme dan imperialisme. Penjajah seperti British, Perancis dan Belanda tidak hanya mengeruk kekayaan alam negeri Muslim, tetapi juga menghancurkan sistem pemerintahan Islam. Kemudian, mereka mengganti sistem pemerintahan Islam (Khilafah Islam) dengan sistem pemerintahan sekular ala Barat, terutamanya sistem pemerintahan demokrasi yang wujud baik dalam bentuk negara republik ataupun yang lain.

 

Contoh paling tepat dan paling dramatik adalah penghapusan Khilafah Uthmaniyah pada tahun 1924 oleh Mustafa Kemal Atatürk. Dia mendirikan negara Turki moden berasaskan sistem demokrasi sekular, persis Perancis. Sejak itu perundangan syariah Islam dihapuskan dan diganti dengan perundangan sivil Swiss. Kalender Hijriyah diganti dengan Kalender Masihi. Bahkan Bahasa Arab dilarang dalam khutbah dan azan, lalu diganti dengan bahasa Turki.

 

Sekularisasi yang dipelopori oleh Mustafa Kemal begitu berjaya sekali. Sejak itu Turki (Khilafah Uthmaniyah) berubah menjadi negara sekular hingga sekarang. Dari Turki, sekularisme bermula dan kemudian menyebarluas ke seluruh Dunia Islam, termasuk Indonesia.

 

Sebagaimana dijelaskan oleh Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani bahawa penjajah kafir setelah menghancurkan Negara Islam, bekerja keras menjauhkan Islam daripada kehidupan, lalu menciptakan idea pemisahan agama daripada kehidupan (sekularisme).

 

Islam Menolak Sekularisme

 

Islam tidak mengenal pemisahan antara agama dan politik. Islam adalah agama yang menyeluruh dan mengatur seluruh aspek kehidupan, termasuk pemerintahan, ekonomi, sosial, dan pendidikan.

 

Allah SWT berfirman:

*أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ*

“Adakah mereka berkehendak lagi kepada hukum jahiliah? Padahal bagi orang yang benar-benar yakin (kepada Allah) – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah.” [TMQ al-Maidah (5): 50].

 

Ayat ini menegaskan bahawa hukum Allah wajib diterapkan dalam semua urusan manusia, termasuk dalam urusan politik dan perundangan negara.

 

Dalam Islam, konsep Al-Islam Diin wa Dawlah (Islam adalah agama dan negara) merupakan bahagian dari warisan ulama klasik. Al-Imam al-Mawardi (w. 450 H) dalam kitabnya, Al-Ahkaam as-Sulthaaniyyah, menyatakan:

 

*الإمامة موضوعة لخلافة النبوة في حراسة الدين وسياسة الدنيا*

“Imamah (Khilafah) itu ditetapkan sebagai pengganti kenabian dalam menjaga agama dan mengatur urusan dunia.” (Al-Mawardi, Al-Ahkaam as-Sulthaaniyyah, hlm. 5).

 

Ini adalah bukti nyata bahawa politik adalah bahagian integral daripada ajaran Islam. Kerana itu, memisahkan agama (Islam) daripada politik dan kenegaraan adalah satu bentuk penyimpangan yang besar.

 

Politik Wajib Diatur oleh Agama

Dalam Islam, politik adalah ibadah, yakni sarana menegakkan keadilan, menyalurkan kekuasaan sesuai syariah dan menjamin kemaslahatan bagi umat. Politik bukan arena kotor sebagaimana yang didakwa oleh puak sekular.

 

Rasulullah ﷺ sendiri adalah ketua negara di Madinah, yang menerapkan hukum Islam dalam semua aspek kehidupan. Beliau memimpin peperangan, melantik para gabenor, mengatur anggaran Baitul Mal dan mengirim utusan (duta) ke para raja dan para penguasa pada masanya. Peranan ini kemudian diteruskan oleh Khulafaur Rasyidin dan para khalifah setelah mereka; dimulai dengan Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyah hingga Khilafah Uthmaniyah. Sayangnya, Khilafah Uthmaniyah telah diruntuhkan pada tahun 1924 oleh kekuatan kafir penjajah, yakni British, melalui kaki tangannya, iaitu Mustafa Kemal Attaturk.

 

Namun demikian, ketiadaan Khilafah saat ini–yang diatur oleh perundangan syariah Islam–tidak mungkin dapat menggugurkan apatah lagi menghilangkan fakta bahawa para ulama dulu secara tegas menyatakan bahawa kekuasaan tidak boleh dipisahkan daripada agama. Imam al-Ghazali rahimahulLaah, misalnya, tegas menyatakan dalam kitabnya, Al-Iqtishaad fii al-I‘tiqaad:

 

*الدين أسٌّ، والسلطان حارس، وما لا أسّ له فمهدوم، وما لا حارس له فضائع*

“Agama adalah asasnya dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak ada asasnya  akan runtuh dan apa saja yang tidak ada penjaga akan hilang.” (Al-Ghazali, Al-Iqtishaad fii al-I‘tiqaad, hlm. 199).

 

Tanpa kekuasaan yang tunduk pada agama, masyarakat akan terjerumus dalam kekacauan dan undang-undang buatan manusia. Itulah yang sesungguhnya berlaku saat ini. Undang-undang dibuat demi menguntungkan segelintir pihak (oligarki) dan merugikan masyarakat kebanyakan. Tidak hairan jika hasilnya juga ternyata sangat tidak adil. Namun, semua itu sah kerana memang dibenarkan oleh negara melalui undang-undang. Contoh kecil, di negeri ini, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Agraria dan Tata Ruang (ATR) (Indonesia), Nusron Wahid, sekitar 60 juta hektar tanah yang bergeran dikuasai hanya oleh 60 keluarga. Pada masa yang sama, puluhan juta rakyat tidak memiliki tanah sama sekali.

 

Wajib Kembali pada Islam secara Kaffah

Sekularisme bukan solusi, bahkan merupakan krisis. Sebab, sekularisme lahir dari rahim peradaban Barat yang bermasalah, yang kemudian dieksport ke Dunia Islam sebagai senjata pemecah-belah umat Islam.

 

Sejak awal, dari dulu hingga kini, Islam menolak sekularisme kerana bertentangan dengan hakikat Islam sebagai agama yang mengatur seluruh aspek kehidupan.

 

Kini, saatnya kaum Muslim menggugat sekularisme dan kembali kepada Islam secara kaffah. Hal ini selari dengan perintah Allah SWT:

 

*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً*

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan (kaffah).” [TMQ al-Baqarah (2): 208].

 

Imam al-Wahidi, saat menjelaskan tafsir ayat di atas dalam kitabnya, Al-Wajiiz fii Tafsir al-Kitaab al-‘Aziiz, menyatakan:

 

*يا أيها الذين آمنوا ادخلوا في السِّّلْمِ﴾ أي: في الإسلام. ﴿كافةً﴾ أي: جميعاً، أي: في جميع شرائعه.*

Kalimat “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian fii as-silmi”, yakni fii al-Islaam (ke dalam Islam). Kaafat[an], ertinya secara keseluruhan, iaitu mencakup semua syariah Islam (Al-Wahidi, Al-Wajiiz fii Tafsir al-Kitaab al-‘Aziiz, 2/150).

 

Penutup

Alhasil, sekularisme, jika itu terus disebarkan oleh para tokoh, apatah lagi tokoh Islam, merupakan bahaya yang tersembunyi. Contohnya saat Menteri Agama Indonesia baru-baru ini menyatakan bahawa agama tidak perlu dicampuradukkan dengan urusan politik. Sebab, sebagaimana yang dijadikan alasan oleh beliau, agama itu adalah hubungan vertikal dengan Tuhan (Lihat: Sindonews.com, 13 Juli 2025).

 

Kenyataan tersebut mengundang persepsi oleh sebahagian orang bahawa agama (Islam) tidak perlu mengatur urusan politik. Padahal jelas, sebagaimana telah dijelaskan di atas, agama–dalam Islam–bukan hanya mengatur hubungan vertikal dengan Allah SWT. Islam juga sekaligus mengatur hubungan horizontal antara sesama manusia. Termasuk urusan politik, pemerintahan dan kenegaraan. Inilah yang secara tegas dijelaskan oleh Imam al-Mawardi dan Imam al-Ghazali di atas serta para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah lainnya.

 

Wa maa tawfiiqi Illaa bilLaahi.

 

#TolakSekularisme #HancurSekularisme #TegakIslam #TegakKhilafah #TerapIslamKaffah

Exit mobile version