Site icon MuslimahHTM News

Perempuan Sudan yang Terlupakan

Perempuan Sudan yang Terlupakan

 

Pemerkosaan digunakan sebagai senjata perang terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Sudan. Kanak-kanak perempuan seawal usia 5 tahun telah menjadi mangsa pemerkosaan. Terdapat laporan mengenai keganasan seksual secara sistematik, termasuk pemerkosaan beramai-ramai, di beberapa kawasan yang digunakan untuk menakut-nakutkan masyarakat agar mereka dihalau dari kediaman masing-masing.

 

Menurut Doctors Without Borders (MSF), keganasan seksual merupakan “risiko yang hampir berterusan” bagi wanita dan kanak-kanak perempuan di wilayah barat Sudan, Darfur. Mereka menyatakan bahawa lebih daripada 30% mangsa keganasan seksual yang mereka rawat antara Januari 2024 sehingga Mac 2025 adalah berusia di bawah 18 tahun.

 

“Wanita dan kanak-kanak perempuan tidak berasa selamat di mana-mana pun… Mereka diserang di rumah sendiri, ketika melarikan diri daripada keganasan, saat mendapatkan makanan, mengumpul kayu api, atau bekerja di ladang. Mereka memberitahu kami bahawa mereka berasa terperangkap.” — Claire San Filippo, Penyelaras Kecemasan MSF.

 

Perang ini menyasarkan tubuh, maruah, dan nyawa saudari-saudari kita di Sudan — dan dunia sedang menyaksikannya, namun tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan jenayah yang keji ini.

 

#SudanCrisis #KrisisSudan #IsuUmatIslam

Exit mobile version