Pembantaian yang Diabaikan Dunia
Pada November 2023, pasukan paramiliter, Rapid Support Forces (RSF) dan sekutunya telah membunuh lebih daripada 800 orang dalam kejadian amuk selama beberapa hari di Ardamata, sebuah bandar di Darfur Barat (PBB). Dianggarkan jumlah korban sebenar mencecah antara 1,300 sehingga 2,000 orang. Serangan tersebut menggambarkan gelombang baharu pembunuhan bermotifkan etnik yang menyasarkan suku Masal.
Pada Oktober 2024, pasukan RSF membunuh sekurang-kurangnya 124 orang di sebuah kampung di Megara, Bahagian El Gezira. Banyak lagi insiden pembantaian turut berlaku di wilayah tersebut (Reuters).
Pada April 2025, pasukan yang bersekutu dengan RSF menyerang kem-kem pelarian dalaman Zamzam dan Abu Shouk di Darfur, mengorbankan lebih daripada 100 orang, termasuk 23 kanak-kanak (PBB).
Pada Mei 2025, sekurang-kurangnya 300 orang awam, termasuk 21 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan pasukan RSF di bandar Al-Nahud, negeri Kordofan Barat, Sudan (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Sudan).
Ini hanyalah sebahagian daripada banyak pembunuhan beramai-ramai yang berlaku dalam konflik semasa dan masih belum mendapat perhatian global yang sewajarnya.
#SudanCrisis #KrisisSudan #IsuUmatIslam

