Krisis Kemanusiaan Sudan l Sudan di Ambang Bencana Kesihatan Masyarakat
Pada Mei 2025, jabatan kesihatan setempat melaporkan terdapat wabak kolera di
ibu negara Sudan, Khartoum yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang hanya dalam 2 hari. Bandar in telah hancur akibat perang selama lebih daripada 2 tahun. Sejak Ogos 2024, Sudan telah melaporkan Lebih daripada 65,000 kes melibatkan kolera dan sekurang-kurangnya mencatat 1,700 kematian di 12 daripada 18 kawasan (Al-Jazeera).
Menurut UNICEF, lebih daripada 1 juta anak-anak berisiko dijangkiti kolera di wilayah Khartoum.
Para pekerja kemanusian mengatakan skala wabak ini diperparah oleh hampir lumpuhnya perkhidmatan kesihatan akibat konflik yang berlaku di Sudan, dengan sekitar 90% hospital di zon perang utama tidak lagi beroperasi. Infrastruktur sanitasi juga rosak teruk di banyak wilayah.
“Sudan berada di ambang bencana umum berskala penuh. Kombinasi konflik, pelarian, infrastruktur yang hancur, dan kurangnya air bersih memicu kebangkitan kembali kolera dan penyakit mematikan yang lain.” – Eatizaz Yousit, Pengarah Badan Penyelamatan Internasional untuk Sudan.

