πππππ πππ ππππ πππππππ ππππππππ πππππ PENGGANAS
Tidak layak bagi pemerintah Indonesia dan para pemimpin negeri-negeri Muslim lain untuk mengecam Operasi Badai Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 yang dilancarkan oleh Hamas kerana:
Hamas dan para mujahid Palestin bukan pengganas. Mereka adalah saudara seagama yang sedang berjuang mempertahankan tanah suci ketiga umat Islam daripada penjajahan entiti Yahudi.
Apa yang mereka lakukan tidak ubah seperti para pejuang Indonesia yang berjihad mengusir penjajah Belanda. Oleh itu, mencela para mujahid sebagai pengganas adalah sama sahaja seperti membela entiti penjajah Yahudi, sebagaimana mencela para pahlawan Indonesia bermakna membela penjajah Belanda.
Maka, umat Islam janganlah mudah terikut-ikut memfitnah mereka sebagai pengganas. Kecuali jika rela menjadi kakitangan kepada kafir penjajah dan bersedia menemani penjajah kuffar di neraka kelak.
Lebih daripada itu, mengusir entiti penjajah Yahudi dari tanah suci ketiga umat Islam itu bukanlah tanggungjawab Hamas dan rakyat Palestin semata-mata, tetapi merupakan kewajipan seluruh umat Islam di dunia, terutamanya para pemimpin negeri-negeri umat Islam dan angkatan tenteranya.
Bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk berjihad secara langsung di Palestin, teruskan usaha menyebarluaskan kebenaran tentang isu Palestin sambil mengajak umat Islam lain berjuang menegakkan khilafah yang dipimpin oleh seorang khalifah.
Di bawah kepimpinan khalifah, umat Islam akan berjihad secara besar-besaran dan bersatu padu seperti bangunan yang kukuh. Bukan sahaja bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman entiti penjajah Yahudi, tetapi juga membebaskan Turkistan Timur (Muslim Uighur) daripada penjajahan komunis China; membebaskan Arakan (Muslim Rohingya) daripada penjajahan Buddha Myanmar; serta membebaskan negeri-negeri umat Islam lain yang kini dijajah oleh kafir harbi fiβlan yang lain. Allahu Akbar!
25 Rabiulawal 1445 H | 10 Oktober 2023 M
Joko Prasetyo (Jurnalis)
Sumber: https://www.facebook.com/100075357588614/posts/766773455844567/?rdid=b7B1zq46kg6VxVxo#

