Site icon MuslimahHTM News

Buli Boleh Dihentikan dengan Undang-undang Yang Jelas

Buli Boleh Dihentikan dengan Undang-undang Yang Jelas

Oleh: Syamsiyah Jamil

Jurucakap HTM Ustaz Abdul Hakim Othman menyatakan bahawa kes buli boleh dihentikan jika negara mengeluarkan undang-undang yang jelas.

“Katalah pelajar asrama di sekolah, sekolah buat satu sistem tidak dibenarkan ragging ikut mana-mana sekali pun. Sesiapa didapati ragging, orang ini akan diambil tindakan. Dan pihak sekolah itu kena pastikanlah tidak berlaku ragging di sekolah tersebut, di asrama tersebut. Biar undang-undang itu clear. Dan undang-undang negara pun kena buat,” katanya dalam podcast Di Luar Tempurung di akaun TikTok Jurucakap HTM, Ahad (10/8/2025).

Kemudian, katanya, pemantauan juga perlu ada untuk memastikan perbuatan itu tidak berlaku.

“Tidak kiralah warden ke, polis ke nak dikerahkan masuk ke dalam asrama untuk menjaga benda itu. Tapi benda itu, bagi kita, tidak berlaku. Maksudnya penjagaan itu masih lagi tidak berlaku. Padahal itu cara nak hapuskan dia,” tuturnya.

Beliau menjelaskan, perbuatan buli sudah lama ada dan berterusan seperti sistem ragging di sekolah, universiti, kolej dan asrama.

“Buli ini kan kita tidak boleh pisahkan dia dari satu budaya. Budaya membuli. Budaya ini pula terbentuk dan sistem itu mengekalkan dia. Budaya ini boleh sahaja stop, kalau sistem ini sudah cantik,” ujarnya.

Beliau mengulas isu kematian Zara Qairina yang mati kerana disyaki akibat dibuli. Kes ini menimbulkan banyak persoalan kerana banyak yang tidak mengikut prosedur.

“Contohnya, mayat dia tidak dibedah siasat. Ini sesuatu yang pelik. Mayat tidak dibedah siasat. Polis tidak membedah siasat mayatnya, macam mana boleh berlaku begitu. Ini sesuatu yang kita tidak boleh terima,” tegasnya.

Yang kedua, lanjutnya, kes ini juga dikatakan ada penglibatan VIP atau VVIP di belakang.

“Di Malaysia ini, kita dah tengok sebenarnya bukan kes ini, banyak lagi kes-kes sebelum ini ada penglibatan VIP kat belakang, kes sama ada tutup ke, lepas ke, atau pun mungkin langsung tak ada kes. Jadi, bila ada je VIP terlibat, memang keadilan tu memang sudah tidak ada,” ungkapnya.

Beliau memberitahu bahawa rakyat sudah tidak percaya pada polis dan sistem mahkamah pada hari ini kerana sudah tidak ada keadilan.

“Sistem ini memang rosak. Siapa sahaja yang jaga sistem ini, yang pegang sistem ini, orang ini sudah rosak, sistem ini sudah rosak. Kita sudah tidak boleh percaya pada sistem ini,” katanya.

Selain itu, jelasnya, apabila rakyat mula memviralkan sesuatu isu, barulah polis mengambil tindakan. Dalam masa yang sama, rakyat dilarang daripada membuat spekulasi.

“Ini cara nak tutup kes. Padahal kalau kita tengok, sebenarnya kerana spekulasi daripada rakyat inilah yang menyebabkan polis ini bertindak. Kalau tidak ada spekulasi daripada rakyat, lagi polis tidak bertindak. Itu realitinya,” jelasnya.

Beliau memandang, selain daripada sistem yang rosak dan korup ini, keprihatinan pihak berkuasa kepada nyawa juga kurang. Apabila agama dipisahkan daripada kehidupan, orang tidak boleh kaitkan bahawa satu nyawa sangat berharga dalam Islam.

“Padahal dalam Islam ni, satu nyawa itu penting. Bunuh satu orang, dalam al-Quran tu kata, seolah-olah dia dah membunuh seluruh manusia. Satu titik darah pun penting dalam Islam, apalagi satu nyawa,” terangnya.

Tambahnya, selagi pemimpin dan sistem sekular tidak ditukar kepada Islam, buli dan kematian akan terus berlaku lagi.

“Tukar pemimpin yang sekular ini, tukar sistem yang sekular ini, kepada sistem Islam. Sudah terbukti sejak dulu, sudah berapa kali pemimpin bertukar, buli berlaku lagi, kematian berlaku lagi,”

Seterusnya beliau mendoakan semoga ada keadilan untuk adik Zara dan menyampaikan harapannya supaya kes buli ini dapat membuka mata rakyat bahawa rakyat tidak boleh berharap pada pemimpin dan sistem hari ini lagi.

“Kita haraplah rakyat sedar. Kita nak biar rakyat nampak pemimpin sudah korup, sistem sudah korup, sudah tidak boleh repair. Satu-satunya cara kita semua nak mendapatkan keadilan, tukar pemimpin, tukar sistem,” tegasnya.

Beliau mengingatkan, rakyat wajib tukar sistem hari ini kepada sistem Islam jika tidak mahu ditimpa nasib yang sama.

“Dan satu-satunya yang wajib bagi kita, alternatif yang tinggal adalah Islam. Kalau rakyat masih lagi duduk berpusing di kitaran sistem yang sama, kita akan menerima nasib yang sama. Berulang-ulang. Kita harap kesedaran rakyat sampai ke tahap itulah. Jangan lagi kita menjadi mangsa kepada pemimpin dan sistem yang tidak betul ini,” simpulnya.

Exit mobile version