Solusi Gaza: Desakan Berterusan Lebih Kuat Jika Pelbagai Pihak Bersama
Oleh: Syamsiyah Jamil
Jurucakap HTM Ustaz Abdul Hakim Othman menyatakan bahawa desakan yang berterusan untuk menggerakkan pemimpin dan tentera ke Gaza akan lebih kuat jika pelbagai pihak melakukannya bersama.
“Kalaulah gerakan-gerakan ini, tokoh-tokoh ini memberikan solusi yang sama, maknanya mereka itu menggesa, mereka itu mendesak kepada pemerintah, kepada tentera untuk tentera itu bergerak ke Gaza. Jadi, desakan-desakan yang berterusan datang daripada pelbagai pihak, nak nak daripada tokoh-tokoh yang menjadi pemimpin-pemimpin kepada gerakan ini. Jadi, itu lebih kuat sebenarnya,” katanya dalam program Edisi Khas Kupas Tuntas di akaun Facebook Jurucakap HTM, Jumaat (8/8/2025).
Beliau memandang demikian apabila melihat realiti semasa di mana umat Islam sudah pun melakukan pelbagai himpunan kecil dan besar untuk melaungkan solidariti untuk Gaza, tetapi masalah Gaza masih belum selesai.
“Isunya atau persoalannya adalah kita lihat Gaza masih lagi berdarah, Gaza masih lagi terjajah. Entiti Yahudi dan juga Amerika masih lagi membantai di Gaza,” ujarnya.
Lanjutnya, penyelesaian tuntas diperlukan untuk Gaza iaitu daripada dua sudut, mangsa dan pemangsa. Daripada sudut mangsa, pelbagai bantuan kemanusiaan dan material memang penting dan telah dilakukan oleh banyak pihak.
“Tapi yang menjadi masalah utama adalah pemangsa yang tidak dihadapi atau pun tidak diselesaikan dengan tuntas. Pemangsa ini adalah entiti Yahudi. Jadi, pemangsa ini yang sepatutnya dihapuskan,” tegasnya.
Beliau menjelaskan bahawa pemimpin dan tentera umat Islam sepatutnya bergerak untuk menghapuskan entiti Yahudi.
“Pemangsa ni mesti dihapuskan dengan peperangan. Sebab mereka ni mempunyai kekuatan perang. Mereka menggunakan segala persenjataan perang yang ada pada mereka untuk membantai Gaza. Maka nak menghapuskan pemangsa juga perlu dilawan kekuatan tu dengan kekuatan. Perang perlu lawan dengan perang. Tentera perlu dilawan dengan tentera,” jelasnya.
Tambahnya, seluruh dunia digerakkan untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada Gaza dan memberi tekanan kepada entiti Yahudi untuk melepaskan kepungan mereka supaya bantuan makanan boleh masuk ke Gaza tetapi tetap dihalang.
“Tapi realitinya, cuba tengok setakat ini, dan sejak daripada dulu, sudah berapa banyak perkara perkara yang sama dibuat. Mereka ini rakyat, mereka ini terdiri daripada umat Islam yang tidak bersenjata. So mereka melakukan perkara-perkara tersebut tetapi mereka dihalang oleh entiti Yahudi dengan kekuatan tentera,” terangnya.
Beliau mengatakan bahawa Hizbut Tahrir melaungkan seruan kepada pemerintah dan tentera untuk berjihad menghapuskan pemangsa dan membebankan tanah Palestin yang terjajah.
“Jadi kita memang sentiasa melakukan seruan itu kerana itu solusi tuntas untuk masalah Gaza. Jadi, suara kita, kita tahu tidak didengar, tapi kita akan meneruskan. Seruan kita ini kita akan teruskan,” tuturnya.
Maka, beliau memberitahu, Hizbut Tahrir selalu menyeru kepada penegakan Khilafah kerana pemimpin yang ada pada hari ini tidak akan menggerakkan tentera.
“Dalam masa yang sama, Hizbut Tahrir menyeru kepada pemimpin, menyeru kepada tentera, kita berusaha untuk mendirikan Khilafah. InsyaAllah kalau Khilafah dah berdiri, tentera akan digerakkan,” ungkapnya.
Beliau kemudian menyampaikan harapan agar umat Islam daripada pelbagai Non-governmental Organization (NGO), parti politik dan tokoh-tokoh individu supaya menyerukan solusi sebenar untuk Palestin terhadap pemerintah dan tentera selain melakukan demontrasi dan menghantar bantuan.
“Tapi ini yang kamu kena buat. Jangan bagi alasan sebab solusinya ada di situ. Jadi, jihad tu sebagai solusi. Dan ini satu-satunya solusi yang tuntas. Bila ini tidak berlaku, maka apa sahaja tindakan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh umat Islam, walau pun bagus, tetapi tidak menyelesaikan masalah Palestin,” simpulnya.
Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1Ap1z27dj7/
#Gaza

