[Mafahim Islamiyyah] Hak-Hak Syarie Manusia dalam Islam (Bahagian 2/6)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
Islam dan Pemikiran Hak Asasi Manusia
Sebenarnya istilah hak asasi manusia adalah istilah kapitalisme yang merujuk kepada perspektif tertentu, iaitu akidah memisahkan agama daripada kehidupan (sekular). Akidah tersebut bertentangan dengan akidah Islam. Pemikiran-pemikiran yang dibina di atas akidah tersebut bertentangan dengan pemikiran yang digali daripada akidah Islam.
Oleh kerana itu, sangat wajar bagi umat Islam, terutamanya para cendekiawan Muslim, untuk menjauhi penggunaan istilah itu yang berkaitan dengan promosi kandungannya kerana istilah itu bertentangan dengan Islam. Mereka wajib menggantikannya dengan istilah hak-hak syarie bagi manusia. Sebab, istilah dahulu beranggapan bahawa keupayaan untuk menentukan hak asasi manusia terletak pada manusia itu sendiri bergantung kepada realiti, iaitu naluri-naluri dan keperluan jasmaninya, serta kepada akalnya.
Dengan demikian, manusia menjadi hamba kepada naluri-naluri dan keperluan jasmani mereka. Sebenarnya. istilah syarak yang ketentuannya bersandar pada nas-nas syarak telah menunjukkan bahawa manusia adalah hamba Allah yang telah menciptakannya.
Allah SWT telah menetapkan undang-undang untuk manusia agar manusia dapat memenuhi naluri-naluri dan keperluan jasmani mereka dengan pemenuhan yang benar. Dengan demikian, undang-undang ini boleh membawa kepada ketinggian kebangkitan manusia di dunia, serta membawa kepada kebahagian dengan mendapat redha Allah SWT di akhirat.
Bukti yang nyata dan terlihat jelas, kita menyaksikan bahawa negara-negara yang menjunjung panji hak asasi manusia sudah biasa melakukan pelbagai aktiviti yang jauh daripada nilai maruah dan kemuliaan manusia. Mereka sudah biasa melakukan diskriminasi berdasarkan warna kulit dan politik imperialistik untuk menguasai bangsa-bangsa dan negara-negara lain.
Mereka juga menetapkan double standard dalam menangani pelbagai masalah antarabangsa dan hak asasi manusia. Sekarang mari kita membaca tulisan majalah dunia yang diterbitkan di London dalam pembukaannya pada petang hari saat bermulanya Persidangan Antarabangsa Vienna bagi hak asasi manusia pada tahun 1993 M. Majalah itu mengesahkan, “Bahawa sesungguhnya masalah hak asasi manusia adalah salah satu daripada masalah-masalah yang menjadi lubuk permainan untuk memelihara tujuan-tujuan politik. Negara-negara yang bersahabat dengan Amerika Syarikat tidak memberikan contoh terhadap keadaan hak asasi manusia di negara-negara tersebut. Akan tetapi, apabila interaksi-interaksi ini saling berkaitan, maka tema itu mendapat perhatian khusus. Contoh-contoh dalam konteks ini sangat banyak. Soekarno yang memerintah Indonesia dengan pemerintahan kuku besi dan diktator pada tahun 60-an telah membunuh lebih daripada setengah juta rakyatnya sehingga beliau digelar sebagai moderat. Walau bagaimanapun, setelah beliau berperanan penting dalam negara-negara berkecuali, maka pintu hak asasi manusia di Indonesia pun dibuka.”
Hakikatnya selepas itu, Soekarno tidak disenangi lagi oleh Amerika. Negara-negara yang berkuasa dan berperanan dalam percaturan politik dunia adalah negara-negara yang boleh memutuskan bahawa suatu negara tertentu telah melanggar hak asasi manusia. Kemudian mereka mengenakan embargo ke atas negara itu, malah memusnahkannya.
Kenyataannya pada sisi yang lain, negara-negara itu memuji negara yang lain kerana—mengikut andaian mereka sendiri—negara itu telah mengambil sikap sederhana (moderat). Mereka memerangi keganasan dengan menjatuhkan maruah manusia, iaitu menggunakan undang-undang yang telah dibuat oleh Barat. Seterusnya menggunakan undang-undang darurat, undang-undang pertahanan, hukum-hukum adat, dan mahkamah-mahkamah khas.
Undang-undang ini akhirnya menjadi asas dalam menetapkan hak-hak asasi manusia di banyak negara. Pada masa itu, beberapa orang yang memanfaatkan pelbagai deklarasi dan perjanjian-perjanjian antarabangsa. Pelbagai keistimewaan tertumpu pada kelompok yang memegang kekuasaan di setiap negara.
Atas nama pelbagai kebebasan dan kuasa yang diberikan kepada mereka, mereka melakukan dan menentukan apa sahaja yang mereka kehendaki. Contohnya, Amerika telah menyerang Iraq dan mengenakan sekatan ke atasnya dengan alasan Iraq telah menjejaskan hak-hak orang Syiah dan suku Kurd.
Di satu pihak, Amerika diam dan tidak mahu menyerang orang-orang Serbia yang telah melakukan dosa yang paling teruk dan kejam dalam sejarah dengan merampas hak umat Islam Bosnia. Amerika juga telah menduduki Panama hanya untuk menahan dan menghukum Noriega dengan alasan pengedaran dadah.
Di pihak yang lain, Amerika telah menyokong Yizak Rabin dan tenteranya yang telah menduduki Palestin, mengusir penduduknya, serta membunuh kanak-kanak, wanita, dan orang tua. Amerika juga menafikan dan bertindak hanya kerana pembunuhan seorang pelancong asing, sedangkan pada pihak lain Amerika memuji dan menyokong usaha mengejar dan pembunuhan berpuluh-puluh orang Islam yang menuntut hak-hak syarak mereka.
Ini hanya beberapa contoh tindakan mereka yang mendakwa memelihara hak asasi manusia di seluruh dunia. Semua itu merupakan deklarasi palsu yang dipropagandakan oleh negara-negara Barat untuk meningkatkan imej negara-negara mereka, dan imej sistem mereka sendiri di hadapan bangsa-bangsa yang dijajah. Ini juga dilakukan untuk mengaktifkan sistem itu menjadi undang-undang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tujuannya untuk campur tangan dalam hal ehwal negara-negara dan bangsa-bangsa lain, jika tujuan itu tercapai.
Jadi, idea hak asasi manusia adalah idea kapitalisme imperialistik yang sama sekali tidak ada kaitan dengan idea-idea Islam. Ini kerana, idea itu dibina di atas dasar yang bercanggah dengan Islam, iaitu akidah pemisahan agama daripada kehidupan yang memancarkan sebuah idea kedaulatan di tangan rakyat sebagai ganti kedaulatan di tangan syarak. Akibatnya, manusia melaksanakan perintah-perintah manusia sebagai ganti daripada melaksanakan perintah-perintah Allah Taala.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah
#MafahimIslamiyyah #HakSyarieManusia

