[Siri Kitab Buku Nizhamul Ijtimaie]
PENGATURAN HUBUNGAN LELAKI DAN WANITA
3.3 Bahagian 3
(Sambungan daripada bahagian 2)
3.2.3 Larangan Safar Tanpa Mahram Sendirian
Ketiga, Islam melarang wanita bermusafir melainkan disertai mahram jika perjalanan mengambil masa sehari semalam. Rasulullah SAW bersabda:
ﻻﹶ ﻳﺤِﻞﱡ ﻹِﻣﺮﺃﹶﺓٍ ﺗﺆﻣِﻦ ﺑِﺎﷲِ ﻭﺍﻟﹾﻴﻮﻡِ ﺍﹾﻵﺧِﺮِ ﺃﹶﻥﹾ ﺗﺴﺎﻓِﺮ ﻣﺴِﻴﺮﺓﹶ ﻳﻮﻡٍ ﻭﻟﹶﻴﻠﹶــﺔٍ ِﻻﱠ ﻭﻣﻌﻬﺎ ﺫﹸﻭ ﻣﺤﺮﻡٍ ﻟﹶﻬﺎ
Tidak halal seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahram-nya.” (HR Muslim)
3.2.4 Larangan Khalwat
Keempat, Islam melarang lelaki dan wanita berkhalwat (berdua-duaan), kecuali jika wanita itu disertai mahramnya. Rasulullah SAW bersabda:
ﻻﹶ ﻳﺨﻠﹸﻮﻥﱠ ﺭﺟﻞﹲ ﺑِﺈِﻣﺮﺃﹶﺓٍ ﺇِﻻﱠ ﻭﻣﻊ ﺫِﻱ ﻣﺤﺮﻡٍ
“Janganlah sekali-kali seorang lelaki dan wanita berkhalwat, melainkan wanita itu disertai mahramnya.” (HR Bukhari).
3.2.5 Larangan Wanita keluar Rumah Tanpa Izin Suami
Kelima, wanita perlu meminta izin suami sebelum keluar rumah untuk urusan tertentu kerana suami memiliki hak atas isterinya. Seorang isteri keluar tanpa izin suaminya, maka perbuatan itu termasuk dalam kemaksiatan, dan dianggap telah berbuat nusyuz (pembangkangan) sehingga tidak berhak mendapat nafkah dari suaminya.
Ibnu Baththah telah menuturkan sebuah riwayat dalam kitab Ahkâm an-Nisâ’ yang bersumber dari riwayat Anas RA. Disebutkan bahawa, ada seorang lelaki yang bermusafir dan melarang isterinya keluar rumah. Kemudian diberitakan bahawa ayah wanita itu sakit. Wanita itu lantas meminta izin kepada Rasulullah SAW agar dibolehkan menjenguk ayahnya. Rasulullah SAW kemudian menjawab:
« ﺇِﺗﻘِﻲ ﺍﷲَ ﻭﻻﹶ ﺗﺨﺎﻟِﻔِﻲ ﺯﻭﺟﻚِ »
“Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan janganlah engkau melanggar pesanan suamimu.”
Tidak lama kemudian, ayah wanita itu meninggal. Wanita itupun kembali meminta izin kepada Rasulullah SAW agar dibolehkan melawat jenazah ayahnya. Mendengar permintaan itu, baginda bersabda:
« ﺇِﺗﻘِﻲ ﺍﷲَ ﻭﻻﹶ ﺗﺨﺎﻟِﻔِﻲ ﺯﻭﺟﻚِ »
“Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan janganlah engkau melanggar pesanan suamimu.”
Allah SWT kemudian menurunkan wahyu kepada Nabi SAW:
« ﺇِﻧﻲ ﻗﹶﺪ ﻏﹶﻔﹶﺮﺕ ﻟﹶﻬﺎ ﺑِﻄﹶﺎﻋﺔِ ﺯﻭﺟِﻬﺎ »
“Sungguh, Aku telah mengampuni wanita itu kerana ketaatan dirinya kepada suaminya.”
#KeluargaMuslimIdeal #KeluargaTarbiyah #DakwahBermulaDiRumah #RumahTaatUmatKuat #NizhamulIjtimaie
[Siri Kitab Buku Nizhamul Ijtimaie] PENGATURAN HUBUNGAN LELAKI DAN WANITA

