Pemimpin Berlimpah Harta, Rakyat Makin Menderita
Pengumuman kenaikan gaji dan elaun ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di tengah rakyat yang makin susah telah menimbulkan kontroversi dan mendapat kecaman teruk daripada berbagai pihak. Di tengah kebijakan pihak kerajaan, ahli DPR justeru menikmati pendapatan bulanan dan elaun yang luar biasa. Diberitakan, mereka berpendapatan sebanyak Rp 3 juta perhari (lebih kurang RM774). Total sekitar Rp 100 juta perbulan (RM25,800). Bahkan diberitakan, pendapatan mereka yang sebenarnya bukan Rp 100 juta perbulan, tetapi Rp 230 juta perbulan (RM59,300). Diberitakan juga, cukai pendapatan mereka mereka ditanggung negara (baca: rakyat).
Para pegawai kerajaan seperti menteri, wakil menteri, dan pesuruhjaya juga mendapat pendapatan bulanan yang luar biasa. Bahkan pesuruhjaya atau pengarah mampu mendapatkan pendapatan sehingga mencecah miliar rupiah pertahun.
Sungguh ironi. Fenomena ini menunjukkan miskinnya etika dan tumpulnya nurani wakil rakyat dan para penguasa. Mereka bergelimang harta—yang berasal dari cukai yang dibayar rakyat—justeru di tengah kehidupan rakyat yang makin menderita.
Jawatan Sebagai Lubuk
Gemuruh suara rakyat Indonesia menuntut agar DPR dibubarkan. Rakyat mempersoalkan sejauh mana DPR telah bekerja untuk membela rakyat. Apatah lagi saat ada adegan joget-joget di dalam dewan parlimen. Suara rakyat semakin tajam memberikan kecaman.
Selama ini gaji tinggi dan elaun besar DPR dan para pegawai kerajaan dinilai tidak setara dengan prestasi kerja mereka. Buktinya, kehidupan rakyat yang tak kunjung membaik. Malah kadar kemiskinan dan pengangguran semakin tinggi. Ironinya lagi, banyak pegawai yang terlibat dengan jenayah rasuah.
Politik demokrasi memang mahal. Modal yang perlu dikeluarkan untuk berebut kerusi DPR sangatlah tinggi. Tidak hairan jika para ahli DPR berharap dapat mengembalikan modal politik yang telah dikeluarkan dengan berbagai cara. Baik dengan cara sah, seperti menaikkan gaji dan elaun, atau melalui cara-cara ilegal seperti rasuah dan korupsi. Korupsi hari ini bahkan bukan lagi di angka miliaran atau puluhan miliar rupiah, tetapi sudah menembus angka triliun hingga ratusan triliun rupiah. Begitulah, jawatan yang disandang akhirnya dijadikan sebagai lubuk untuk menumpuk pundi-pundi kekayaan meskipun dengan cara-cara haram sekalipun.
Jelas, demokrasi adalah sistem politik yang tidak mengenal istilah halal dan haram. Politik dalam sistem demokrasi juga pada akhirnya tak lebih dari hanya membahagi-bahagi kerusi kekuasaan. Sistem demokrasi sekular yang diterapkan di negeri ini justeru semakin menjadikan negeri ini tak kunjung melahirkan keadilan dan kesejahteraan bagi rakyat yang konon katanya pemilik kedaulatan.
Sistem politik demokrasi hanya melahirkan segelintir elit oligarki yang berkuasa atas kekayaan negeri ini. Memetik dari Thoughtco, “Oligarki” berasal daripada kata Yunani “oligarkhes“, yang bermaksud “sedikit yang memerintah”. Jadi, oligarki adalah struktur kekuasaan yang dikendalikan oleh sejumlah kecil orang. Saat demikian kepentingan segelintir orang (oligarki) itu tidak mewakili kepentingan orang banyak (rakyat). Inilah yang terjadi dalam sistem demokrasi.
Oleh sebab itu sistem demokrasi menjadi sebab utama kekacauan di negeri ini. Dalam sistem demokrasi, rakyat hanya diperlukan suaranya saat Pilihanraya Umum. Namun, setelah mereka berjaya menjadi anggota dewan atau menjadi pegawai kerajaan, rakyat justeru sering ditinggal sendirian mengadu nasibnya. Mereka sibuk berebut projek untuk menumpuk-numpuk kekayaannya. Mereka bangga mempamerkan harta kekayaannya di tengah penderitaan rakyat. Mereka bergaya hidup mewah di tengah hidup rakyat yang semakin susah.
Sebab Kehancuran Sebuah Negeri
Hidup bermewah-mewah dan bermegah-megahan tercela di dalam Islam. Apatah lagi jika dilakukan oleh para pemimpin dan penguasa. Allah SWT dengan tegas mencela hidup bermegah-megah dalam firman-Nya:
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ . كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ . ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ . كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ . لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ . ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ . ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu hingga kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu. Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan kamu itu). Janganlah begitu. Kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu. Jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, nescaya kamu benar-benar akan melihat Neraka Jahim. Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan yakin. Kemudian kalian pasti akan ditanyai pada hari itu tentang segala nikmat (yang telah kamu menikmatinya di dunia).” [TMQ at-Takatsur (102): 1-8).
Di ayat yang lain, Allah SWT juga telah menegaskan bahawa salah satu faktor penyebab kehancuran sebuah negeri adalah saat para pemimpinnya hidup mewah dan menentang syariah-Nya. Demikian sebagaimana firman-Nya:
وَإِذَآ أَرَدۡنَآ أَن نُّهۡلِكَ قَرۡيَةً أَمَرۡنَا مُتۡرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيۡهَا ٱلۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنَٰهَا تَدۡمِيرًا
“Apabila sampai saat Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (terlebih dahulu) orang yang melampaui batas dengan kemewahan antara mereka (supaya mereka taat), tetapi mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” [TMQ al-Israk (17): 16].
Ada empat faktor yang mendatangkan murka Allah SWT terhadap umat-umat terdahulu hingga mereka dihancurkan dan dibinasakan. Pertama: Ketidaktaatan mereka pada syariah Allah SWT. Kedua: Kehidupan para pemimpin dan pegawai yang bermewah-mewahan, sementara rakyatnya miskin dan menderita. Ketiga: Terjadi berbagai bentuk kezaliman penguasa kepada rakyat. Keempat: Adanya pengingkaran atas kebenaran Islam yang didakwahkan oleh para utusan Allah dengan cara memusuhi dan menghina para utusan-Nya.
Adapun saat ini penyimpangan terhadap hukum-hukum Allah SWT wujud dalam penerapan sistem kapitalisme demokrasi sekular yang materialistik. Sistem ini jelas-jelas memisahkan pemerintahan dari hukum-hukum Allah SWT. Inilah bentuk nyata penyimpangan negeri ini. Penyimpangan ini sangat berbahaya kerana akan menjauhkan keberkahan dan redha Allah SWT. Lebih-lebih lagi apabila menolak ajakan para pendakwah agar negeri ini kembali pada hukum-hukum-Nya. Mereka malah menuduh para penyeru syariah ini sebagai kelompok radikal dan fundamentalis. Ini bererti negeri ini telah sengaja menjauhi Allah SWT. Padahal Allah SWT telah memberikan peringatan tegas bagi orang-orang yang mengingkari perintah-Nya:
وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِي فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحۡشُرُهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ أَعۡمَىٰ
“Siapa saja yang berpaling daripada peringatan-Ku (al-Quran), sesungguhnya bagi dia kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkan dirinya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.” [TMQ Thaha (20): 124].
Kekuasaan adalah Amanah dan Ketaatan
Dalam pandangan Islam, kekuasaan adalah amanah berat yang wajib dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu, kekuasaan itu tidak layak dan tidak wajar diperebutkan sebagaimana yang berlaku dalam sistem politik demokrasi. Para ulama dahulu malah menolak saat ditawarkan jawatan dan kekuasaan. Bukan kerana jawatan dan kekuasaan itu haram, tetapi kerana mereka sangat memahami beratnya tanggungjawab di hadapan Allah SWT. Sebaliknya, dalam sistem demokrasi sekular yang menjauhkan agama daripada kehidupan, jawatan dan kekuasaan malah diperebutkan mati-matian.
Kerana itu hanya dalam Islam para penguasa peduli kepada rakyat dan berakhlak mulia. Sebab, mereka menjadikan kekuasaan sebagai amanah dan wasilah untuk menjalankan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Bukan untuk mewujudkan cita-cita duniawi. Hal ini antara lain tergambar dalam pernyataan Khalifah Umar bin al-Khattab ra. “Sesungguhnya aku meletakkan diriku terhadap harta Allah seperti wali anak yatim. Jika aku berkecukupan maka aku akan menjaga diri (tidak mengambil harta itu). Jika aku memerlukan, maka aku akan mengambil sekadarnya sahaja dengan cara yang baik. Sungguh aku telah diamanahkan untuk mengurus urusan umat ini. Jika aku berbuat baik maka bantulah aku. Jika aku berbuat salah maka luruskanlah aku.” (Ibnu Saad, Thabaqât al-Kubrâ, 3/278).
Begitu juga yang dinyatakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz (Khalifah Bani Umayah) kepada para pegawai di bawahnya, “Ketahuilah bahawa kekuasaan itu bukanlah santapan (untuk dinikmati), melainkan amanah. Pada Hari Kiamat, ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambil amanah kekuasaan itu dengan haq dan menunaikan kewajipan yang ada di dalamnya.” (Ibnu Abdil Hakam, Sîrah ‘Umar bin Abd al-‘Azîz, hlm. 59).
Khatimah
Oleh kerana itu, bangsa ini hendaklah sedar bahawa seluruh masalah di negeri ini disebabkan oleh penerapan ideologi kapitalisme sekular. Bangsa ini juga perlu sedar dan yakin bahawa hanya syariah Allah SWT yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan kehidupan rakyat di negeri ini.
Saatnya negeri ini keluar dari hukum buatan manusia menuju pada hukum dan aturan Allah SWT. Caranya dengan menerapkan syariah-Nya secara kâffah dalam seluruh aspek kehidupan. Demikian sebagaimana yang Allah SWT perintahkan:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.” [TMQ al-Baqarah (2): 208].
Penerapan syariah Islam secara kâffah sudah pasti hanya mungkin dapat diwujudkan dalam institusi pemerintahan Islam, yakni Khilafah ‘alâ minhâj an-nubuwwah.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb. []
—*—
Hikmah:
Allah SWT berfirman:
“Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkahan dari langit dan bumi. Akan tetapi, mereka mendustakan (ayat-ayat Kami). Kerana itu Kami menyeksa mereka disebabkan perbuatan mereka itu.” [TMQ al-A’raf (7): 96]. []

