Site icon MuslimahHTM News

Tangan Kotor Amerika dalam Setiap Konflik; Sudan Juga Tidak Terkecuali

Tangan Kotor Amerika dalam Setiap Konflik; Sudan Juga Tidak Terkecuali

(Terjemahan)

 

Sepanjang dekad yang lalu, Amerika telah menonjolkan dirinya sebagai dalang di sebalik beberapa konflik yang paling kejam dan ganas di seluruh dunia. Dari Rusia dan Ukraine ke India dan Pakistan, ke China dan Taiwan, ke Syria, Iraq, Afghanistan, Yaman, Kenya, Mali, Cameroon, dan ini hanyalah sebahagian kecil! Walau bagaimanapun, tiada yang lebih jelas membongkar wajah sebenar Amerika selain sokongan dan penglibatannya yang tidak segan silu dalam genosid yang berlaku di Gaza terhadap rakyat Palestin.

 

Sebelum pencerobohan, pengepungan penuh, dan pemusnahan Gaza, ramai yang tidak sedar betapa kotornya tangan kerajaan Amerika dan bagaimana mereka menggerakkan para pemain umpama bidak di papan catur. Topeng penipuan itu akhirnya terbuka meskipun selama beberapa dekad Amerika berjaya menutupinya dengan propaganda yang kononnya mereka terlibat untuk mempromosikan demokrasi, menghapuskan diktator, menguatkuasakan undang-undang antarabangsa, atau melindungi hak asasi manusia.

 

Dengan gelombang keganasan terhadap rakyat Palestin, ia menjadi terlalu jelas bahawa sebenarnya Amerikalah yang membekalkan senjata dan sokongan kewangan kepada pihak-pihak bertelagah dan rejim-rejim yang menyalurkan sokongan kepada pihak-pihak bertelagah, Amerikalah yang mencampakkan undang-undang antarabangsa ke dalam lumpur, Amerikalah yang mencederakan, menyeksa, merogol, dan membunuh. Dan Amerika jugalah yang, tatkala mendakwa dirinya sebagai pembela keadilan, padahal sebenarnya melakukan jenayah kekerasan terhadap orang awam yang tidak berdosa setiap hari di seluruh dunia. Mereka bukan sahaja menyokong entiti Zionis, malah para diktator, pemerintah tidak sah, militant-militan, dan fraksi-fraksi di empat penjuru dunia.

 

Dengan kesedaran ini, kita sepatutnya memahami bahawa keganasan dan kekacauan yang berlaku di Sudan tidak ada bezanya dari segi siapakah pemain antarabangsa yang terlibat, dan ia bukan berlaku dalam ruang hampa.

 

Kerajaan Sudan sentiasa berada dalam genggaman kuasa luar antarabangsa, bermula dengan Britain yang mendalangi “kemerdekaan” mereka pada 1956. Bagaimanapun, tidak lama kemudian ia bertukar tangan kepada Amerika berikutan kebangkitannya sebagai kuasa besar dunia. Disebabkan sumber Sudan yang amat bernilai serta kedudukan geopolitik yang strategik, negara-negara Barat sentiasa berusaha untuk mendapatkan “sekeping pai” (merebut bahagian) mereka. Negara seperti Rusia, China, Britain, dan Perancis cuba menapakkan proksi masing-masing dengan pelbagai cara — seperti Britain melalui UAE, Rusia melalui kumpulan Wagner, atau China menggunakan pengaruh ekonomi.

 

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang mampu menandingi tuannya boneka, i.e. Amerika, dalam permainan neokolonialisme mereka. Amerika menggunakan pelbagai taktik untuk mengekalkan cengkamannya ke atas Sudan, termasuk menyokong pelbagai puak tentera serta melakukan manuver hitam (jahat) untuk menghalang kerajaan pemerintah rakyat daripada mengambil alih kuasa di negara itu. Amerika turut menggunakan proksinya seperti Arab Saudi, UAE, Mesir, dan Turkiye sebagai “pemain perantara,” memberi mereka peranan di rantau itu selagi ia masih selari dengan polisi Amerika.

 

Gerakan Anyanya di Selatan adalah hasil ciptaan yang lahir daripada perang saudara pertama dan menghasilkan Gerakan Pembebasan Sudan Selatan yang disokong kerajaan Amerika dan mubaligh Kristian. Amerika sejak awal menyiapkan landasan untuk pemisahan Sudan Selatan melalui sokongannya terhadap Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan, di samping hubungan khianat Omar al-Bashir dengan mereka, serta penglibatan Amerika dalam Perjanjian Naivasha.

 

Setelah berjaya dalam perancangannya untuk memisahkan Sudan Selatan, Amerika mengalihkan perhatiannya ke wilayah Darfur, kawasan yang sebelum ini pernah digunakan oleh Britain untuk mengekalkan sisa-sisa pengaruhnya dengan memicu konflik di sana. Seperti biasa, Amerika menggunakan pengaruh, wang, dan ugutan untuk menggagalkan sebarang rancangan yang mengganggu kepentingannya.

 

Hari ini, Amerika mengekalkan pengaruhnya melalui lelaki di kedua-dua belah pihak yang bertempur di lapangan: Abdel Fattah al-Burhan, pemerintah de facto selepas rampasan kuasa dan ketua Angkatan Tentera Sudan (SAF), serta Mohammad Hamdan Dagalo (Hemedti), Jeneral Pasukan Sokongan Pantas (RSF). Amerika mengawal SAF melalui proksinya, Arab Saudi, yang menyalurkan dana kepada SAF dan RSF melalui ejen mereka, Hemedti.

 

Walaupun kesetiaan penguasa UAE lebih condong kepada Britain, UAE terus menyokong RSF dan Hemedti yang juga ejen Amerika, dengan harapan dapat menguasai sebahagian pengaruh ke atasnya dan para pengikutnya jika rancangan Amerika membuahkan hasil, dan Sudan sekali lagi terpecah-belah. Sungguh, betapa aibnya bahawa kedua-dua, Burhan dan Hemedti sedang bertarung dengan mengorbankan darah rakyat Sudan tanpa alasan semata-mata demi melayani kepentingan Amerika untuk memisahkan Darfur daripada Sudan, sebagaimana yang berlaku apabila mereka memisahkan Sudan Selatan!

 

Kepada rakyat Sudan, saya tinggalkan seruan ini daripada Amir Hizbut Tahrir, Sheikh Ata Bin Khalil Abu al-Rashtah dalam respons beliau bertarikh 23 Zulqa’dah 1446H bersamaan 21 Mei 2025M kepada kalian:

“Wahai rakyat Sudan, kami menyeru kalian agar membetulkan keadaan sebelum penyesalan tiba, kerana tiada masa lagi untuk menyesal. Kendalikan kedua-dua pihak. Satukan mereka kembali pihak-pihak yang bertelagah itu dan dukunglah mereka dengan teguh di jalan yang benar. Sokonglah Hiz ut Tahrir dalam menegakkan Khilafah Rashidah, kerana di dalamnya terletak kemuliaan Islam dan kaum Muslimin serta kehinaan trehadap kekufuran dan orang-orang kafir. Dan keredhaan Allah itu lebih besar.

“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (TMQ Qaaf [50]:37)

 

 

Rujukan:

 

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir oleh
Sarah Mohammed – Amerika

 

#Sudan #SudanCrisis #KrisisSudan

 

Exit mobile version