[Asam Garam Rumah Tangga] Siri 17
Masalah 16 : Mengeksploitasi harta isteri
Salah satu masalah rumah tangga yang kerap menimpa keluarga Muslim ialah sikap suami yang berusaha mengambil kesempatan atau mengeksploitasi harta milik isterinya, terutama apabila si isteri memiliki kedudukan ekonomi yang lebih baik atau berharta.
Refleksi:
Berdasarkan surah An-Nisa ayat 34 dalam siri sebelum ini, jelas menyatakan bahawa tanggungjawab penafkahan adalah di bawah suami. Tanggungjawab ini mesti dilaksanakan tanpa mengira kedudukan atau status isteri – sama ada kaya atau miskin, bekerja atau tidak. Suami mesti tahu bahawa dialah sebenarnya yang secara syarie bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri.
Lelaki sejati tidak akan mudah tergiur dengan hasil yang bukan usahanya sendiri. Sebenarnya, kesempurnaan kepimpinan lelaki antaranya adalah kemampuan untuk menanggung nafkah keluarga. Jika dia “mencuri” harta isterinya, tanpa izin atau sering mengambil kesempatan atas kemampuan isterinya… dia sebenarnya sedang merosakkan kredibiliti kepimpinan dirinya. Sikap tamak suami sebegini sebenarnya hanya meretakkan institusi rumah tangga.
Seorang suami hanya boleh menggunakan atau menerima harta dari isterinya, jika ia diberikan kepadanya oleh isteri dengan redha, dan ikhlas.
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
#AsamGaramRumahTangga
#SolusiMasalahRumahTangga
#KaunselingKeluargaMuslim

