Site icon MuslimahHTM News

[Mafahim Islamiyyah] Baiat Adalah Kewajipan Paling Agung

[Mafahim Islamiyyah] Baiat Adalah Kewajipan Paling Agung

 

Penulis: Muhammad Husain Abdullah

 

Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja menarik diri dari taat kepada Allah, maka dia akan akan bertemu Allah pada Hari Kiamat dalam keadaan tidak memiliki hujah. Dan siapa saja mati sedang di pundaknya tidak ada baiat, maka dia mati seperti mati jahiliah.” (HR Muslim).

 

Juga sabda Nabi SAW, “Siapa saja yang membenci sesuatu dari pimpinannya, maka bersabarlah, kerana sesungguhnya siapa saja yang keluar dari penguasa walau hanya sejengkal, maka dia mati seperti mati jahiliah.” (HR Bukhari dan Muslim).

 

Dua hadis syariif di atas menjelaskan tempat kembalinya orang yang mati sedangkan pada pundaknya tidak ada baiat kepada Amir ‘amm (pemimpin umum), iaitu Khalifah. Sesungguhnya kepemimpinan khusus (imarah khashshah) itu hanya ada pada satu urusan dari urusan-urusan kehidupan, yang sementara. Hukumnya terkadang sunnah, seperti kepemimpinan dalam perjalanan dan terkadang wajib, seperti kepemimpinan dalam parti. Yang demikian ini sesuai dalil-dalil syarak yang telah memberi ketentuan atasnya.

 

Adapun kepimpinan umum, iaitu Khilafah, merupakan kepimpinan yang mengurus semua urusan kehidupan; tempohnya berterusan dan tidak bersifat sementara. Hal demikian selaras dengan petunjuk al-Quran, sunah, dan ijmak sahabat.

 

Sungguh, Allah yang Maha Mengetahui dan Maha bijaksana telah menuntut manusia agar melaksanakan kewajipan-kewajipan dengan tuntutan yang tegas. Allah SWT juga telah menjadikan di antara kewajipan-kewajipan itu perbezaan kepentingannya yang mendesak dalam mengingkari orang yang menyamakan antara sebahagian kewajipan-kewajipan.

 

Allah SWT berfirman, “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (TMQ At-Taubah [9]: 19).

 

Rasulullah SAW bersabda, “Dan sesungguhnya tetapnya salah seorang di antara kalian dalam barisan, yakni barisan perang adalah lebih baik dari solatnya selama enam puluh tahun.” (HR Ahmad dari Abi Umamah).

 

Untuk hukum wajib, Allah SWT benar-benar telah menjadikan indikasi-indikasi yang beragam. Ini menunjukkan atas tuntutan yang tegas untuk melaksanakan aktiviti. Termasuk indikasi-indikasi ini adalah terkena hukuman di dunia atau di akhirat kerana meninggalkan kewajipan. Adapun terkena marah, laknat, atau murka Allah akibat meninggalkan kewajipan tersebut adalah indikasi-indikasi yang berbeza-beza dalam kekuatan hukuman dan macamnya. Semua itu menunjukkan perbezaan dalam darjat-darjat kewajipan (manazilul wajibat).

 

Sesungguhnya hukuman-hukuman yang telah dikenakan oleh Islam atas orang yang meninggalkan kewajipan sangat berat dan membuat jera. Hanya saja hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam dari meninggalkan baiat, iaitu metode menegakkan Khilafah telah datang dengan bentuk hukuman yang istimewa, baik lafaz dan maknanya. Tidak ada yang menyamainya dalam bentuk lafaznya—sebatas ilmuku—dalam hadis-hadis Rasulullah. Hukuman tersebut adalah sabda Rasulullah SAW, “Dan siapa saja mati sedangkan pada pundaknya tidak ada baiat, maka dia mati seperti mati jahiliah.”

 

Oleh kerana itu, siapa saja dari kaum muslim yang mati dalam keadaan meninggalkan kewajipan ini walaupun hanya sebentar sebelum kematiannya, maka matinya adalah mati jahiliah, yakni dia mati seakan-akan kafir. Adapun orang yang kafir sebelum kematiannya, maka semua amal yang telah didahulukannya seperti solat, zakat, jihad, dan lain-lain hangus sehingga tidak bermanfaat pada Hari Kiamat.

 

Begitu pula orang muslim yang tidak beraktiviti untuk mewujudkan Khalifah bagi kaum muslim atau meninggalkan aktiviti ini sebelum matinya agar ada baiat pada lehernya kepada Khalifah ini, maka dia mati sebagaimana orang kafir. Hakikatnya dia bukan orang kafir, tetapi kerana besarnya dosa yang dipikulnya akibat (meninggalkan) perkara tersebut dan kerana besarnya hukuman akibat meninggalkan aktiviti tersebut.

 

Dengan demikian, dia mati seperti orang kafir, walaupun dia meyakini akidah Islam dan dia mengikatkan diri dengan hukum-hukum Islam. Ini akibat kematian sedangkan pada lehernya tidak ada baiat kepada khalifah secara syarie, serta ia mati dalam keadaan tidak beraktiviti untuk mewujudkan Khilafah ini. Kewajipan ini adalah kewajipan yang paling agung. Sebabnya, di atasnya bergantung penerapan mayoritas hukum-hukum syariat, seperti mengurusi berbagai urusan umat, menjaga batas-batas negara, menerapkan hukum-hukum, melaksanakan berbagai had, dan mengemban risalah Islam kepada seluruh manusia.

Tanpa adanya kewajipan ini, umat Islam tidak memiliki entitas politik dan kedudukan di antara umat-umat di dunia. Sesungguhnya apa yang menimpa kaum muslim saat ini, seperti tercabik-cabik, lemah, hina dina, tunduk kepada kekuatan kufur, dan kesewenang-wenangan, semua itu akibat tidak adanya Khalifah bagi kaum muslim. Khalifah yang mengurusi urusan-urusan mereka dengan Islam dalam satu negara di bawah panji, “Lailaha illallah Muhammad Rasulullah.”

Lafaz “baiat” apabila disebutkan tanpa indikasi menunjukkan baiat syarie, khusus kepada Khalifah atau pemimpin kaum muslim atau Imam. Lafaz baiat ini benar-benar telah datang dengan makna seperti ini dalam hadis-hadis nabawi yang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Dan lelaki yang telah membaiat Imam, ia telah memberikan uluran tangannya dan buah hatinya kepada Imam.”

 

Rasulullah SAW juga bersabda, “Apabila telah dibaiat dua orang khalifah, maka bunuhlah khalifah yang terakhir dari keduanya.” Juga sabdanya, “Akan ada para Khalifah, lalu menjadi banyak.” Sahabat berkata, “Lalu apa yang tuan perintahkan kepada kami?” Nabi menjawab, “Tepatilah baiat kepada Khalifah pertama, maka Khalifah yang pertama.”

 

Hadis-hadis ini menunjukkan dengan sangat jelas dan jelas bahawa sesungguhnya baiat yang wajib hanyalah kepada Khalifah. Ini kerana baiat menjadi metode syarie yang telah ditentukan oleh Allah selaku pembuat syarak untuk mengangkat Khalifah. Sedangkan mengangkat selain Khalifah, seperti Amir (pemimpin) parti atau jemaah Amir perjalanan, Amir delegasi, atau Amir salah satu urusan-urusan kehidupan, maka semuanya tidak dengan baiat syarie, iaitu bai’at khusus untuk mengangkat Khalifah. Akan tetapi hanya dengan mengangkatnya menjadi Amir atas mereka tanpa baiat.

 

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila mereka bertiga dalam perjalanan, maka mereka hendaklah menjadikan salah seorang di antara mereka sebagai Amir mereka.”

 

Sedangkan baiat kaum wanita atau baiat perang dalam Baiat ‘Aqabah II atau baiatur Ridhwan di bawah pohon sebagaimana telah disebutkan pada nas-nas syarak yang sahih dan dijadikan hujah oleh orang-orang yang mengatakan bahawa baiat dilakukan kepada setiap Amir, maka sesungguhnya yang dimaksud hanyalah makna lughowi wadh’iy untuk lafaz “baiat”, iaitu ijab kabul di antara dua pihak dalam perkara-perkara tertentu selain Khilafah.

 

Baiat tersebut berarti saling berjanji dan mengikatkan diri dengan perkara yang ditentukan dari kedua belah pihak. Semuanya telah ditunjukkan oleh susunan (siyaaq) yang disebutkan nas-nas dan indikasi-indikasi yang menyertainya.

 

Allah SWT berfirman, “Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun,.” (TMQ Al-Mumtahanah [60]: 12).

 

Ini bermakna bahawa mereka berjanji setia kepadamu dan firman-Nya, “Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah);.” (TMQ Al-Fath [48]: 18).

 

Juga bermakna bahawa mereka berjanji setia kepadamu untuk memerangi orang Quraisy. Dalam sirah Ibnu Hisyam telah datang, “Kami berjanji kepada Rasulullah SAW dengan janji perang. …dan di antara janji itu sesungguhnya kami mengambilnya atas musibah harta benda dan dibunuhnya orang-orang mulia. …”

 

Dengan demikian, lafaz “baiat” itu bermakna bahawa sesungguhnya sahabat Anshar dari suku Aus dan Khazraj benar-benar telah saling berjanji untuk menolong Rasulullah SAW dalam membangun negara di Madinah. Apabila Nabi datang kepada mereka, maka mereka akan berkorban dengan harta benda dan jiwa mereka dalam merealisasikan tujuan tersebut, iaitu membangun Negara Islam.

 

Apabila lafaz “baiat” disebut tanpa ada indikasi, maka menunjukkan makna syarak, hanya itu, iaitu metode tertentu untuk mengangkat Khalifah. Siapa saja yang memakai metode baiat syarie untuk mengangkat Amir selain Khalifah, seperti Amir parti atau Amir perjalanan, maka dia benar-benar telah menyalahi syarak dari satu sisi. Dari sisi yang lain, sesungguhnya baiat untuk mengangkat Amir selain Khalifah tidak mencukupi (menggugurkan) baiat syarie yang telah disebutkan dalam sabda Nabi SAW, “Dan siapa saja mati sedangkan pada lehernya tidak ada baiat, maka dia mati seperti mati jahiliah.”

 

Sesungguhnya orang yang menyedari sabda Nabi SAW tersebut, jiwanya tidak akan pernah damai dan hatinya tidak akan pernah tenang apabila dia belum beraktiviti untuk merealisasikan kewajipan ini, walaupun dia telah mengikatkan diri dengan Islam. Sebabnya, dia memahami bahawa puasanya, solatnya, silaturahminya, dan lain-lainnya semuanya tidak mampu menolak mati jahiliah ini.

 

Selagi Khalifah belum ada untuk membaiatnya agar memerintah dengan Al-Quran dan sunnah, maka seorang muslim hendaklah beraktiviti melalui metode syarie untuk mewujudkan Khilafah ini. Ini kerana sesuatu yang wajib, iaitu baiat syarie, tidak dapat disempurnakan, kecuali dengan adanya Khalifah. Kaedah syarak menegaskan, “Suatu di mana perkara wajib tidak dapat sempurna, kecuali dengannya, maka sesuatu itu hukumnya wajib.”

 

Oleh itu, jika seorang Muslim meninggal dunia ketika dia sedang terlibat dalam usaha menegakkan Khilafah dengan kaedah yang syarie, maka dia benar-benar telah menunaikan kewajipan yang Allah tetapkan ke atasnya. Sehubungan itu, gugurlah daripadanya dosa kerana ketiadaan bai‘at. Dia tidak lagi termasuk dalam keumuman sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mati sedangkan di lehernya tiada bai‘at, maka matinya seperti mati jahiliah.” Sesungguhnya dia meninggal dunia dalam keadaan terlibat dalam usaha merealisasikan bai‘atnya kepada khalifah.

 

Para pengemban dakwah yang menyedari makna hadis ini dan sedang berusaha mengembalikan Negara Khilafah hendaklah sentiasa bersemangat dalam aktiviti mereka. Mereka juga mesti teguh berpegang pada kaedah yang akan merealisasikan kewajipan tersebut. Mereka akan terus beriltizam dengan usaha ini hingga akhir hayat agar tidak mati seperti mati jahiliah.

 

Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.

 

#MafahimIslamiyyah #Baiat #Khilafah #KewajipanKhilafah

Exit mobile version