Menjauhkan Anak daripada Gangguan Personaliti
Saat ini viral di media sosial dimana netizen membahas masalah NPD atau Narcissistic Personality Disorder. “Cara berhadapan dengan rakan yang menghidap NPD ternyata sangat memenatkan,” tulis salah satu pengguna X.
Viralnya salah satu bentuk gangguan personaliti ini juga dipicu perceraian seorang penyanyi nasyid muda yang suaminya dikatakan menghidap gangguan ini (Mubadalah.id, 17/04/2025).
Gangguan personaliti merupakan keadaan saat penghidapnya memiliki pola fikir dan tingkah laku yang tidak sihat serta berbeza dengan kebanyakan orang lain. Narsistik adalah salah satu daripada banyak gangguan personaliti. Penghidap gangguan ini merasa lebih superior dibandingkan dengan orang lain dan suka dengan kekuasaan. Sifatnya egois, kurang berempati dan sentiasa mahukan perhatian dari orang lain (Halodoc.com, 16/09/2020).
Selain narsistik, ada beberapa jenis gangguan personaliti lain seperti antisosial, paranoid (ketakutan yang berlebihan), dan gangguan keresahan melampau (anxiety). Semua gangguan personaliti ini boleh terbentuk pada diri anak-anak kita. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah berwaspada kerana menurut kajian, salah satu faktor yang memicu gangguan ini adalah disebabkan oleh pola asuh yang salah.
Makna Personaliti
Muhammad Husain Abdullah dalam kitab Mafâhîm Islâm menjelaskan bahawa personaliti adalah gabungan antara pola fikir dan pola sikap seseorang. Pendapat ini sebenarnya diambil daripada pemikiran Imam Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab Asy-Syakhshiyyah Islâmiyyah Jilid 1.
Pola fikir adalah metode seseorang dalam memahami atau memikirkan sesuatu berdasarkan asas tertentu. Adapun pola sikap adalah metode manusia mengikat dorongan pemenuhan keperluan jasmani dan nalurinya dengan pemahaman. Jika pemahaman ini asasnya sama dengan pola fikirnya maka akan terbentuk personaliti yang khas.
Pada diri seorang Muslim, pola fikir dan pola sikapnya seharusnya dilandaskan pada akidah Islam. Bagaimana dia berfikir, begitu juga dia bersikap. Semua perbuatan dan perilakunya diwarnai oleh pemahamannya yang lahir daripada akidahnya, yakni Islam. Inilah yang akan membentuk suatu personaliti yang unik, kuat dan teguh.
Mengapa Wujud Gangguan Personaliti?
Personaliti pada diri seseorang tidak terbentuk begitu saja, melainkan melalui suatu proses yang panjang. Ketika dalam proses perkembangan pembentukan personaliti, muncul persoalan, misalnya tiada kesinambungan antara asas pola fikir dan pola sikapnya, personaliti seseorang boleh mengalami gangguan.
Perkembangan personaliti seseorang biasanya bermula dari rumah. Pola asuh yang salah oleh keluarga dapat menjadi punca awal terbentuknya gangguan personaliti. Misalnya, ibu bapa yang terlalu melindungi (over protective) boleh menyebabkan anak mengalami sindrom anxiety (keresahan melampau) saat berada di luar rumah. Anak yang selalu ditakut-takuti atau memiliki trauma terhadap hal tertentu boleh menjadi paranoid. Begitu juga apabila ibu bapa yang terlalu memuja anak, menganggap anaknya adalah yang terbaik, menuruti apa sahaja permintaan si anak, membenarkan apa sahaja yang dilakukan anak dan selalu memuji anak, akan memunculkan sikap narsistik pada anak. Begitu juga sebaliknya. Saat ibu bapa tidak pernah memberikan perhatian dan menghargai kebaikan atau kelebihan anak, maka anak juga boleh menghidap gangguan narsistik akibat nalurinya untuk dihargai tidak terpenuhi.
Seterusnya, ketika anak masuk ke alam persekolahan, berteman dan mencipta komunitinya (circle) sendiri, anak juga boleh melalui keadaan-keadaan yang akan menyebabkan personalitinya terganggu, lebih-lebih lagi jika asas personalitinya rapuh.
Gangguan personaliti ini berlaku kerana pola fikir tidak atau salah terbentuk. Refleksinya adalah pola sikap, yakni bagaimana ia memenuhi keperluan jasmani dan nalurinya, akan menyimpang. Misalnya anak yang selalu dipuji dan dianggap benar, ketika dia tidak memiliki pola fikir dari akidah bahawa semua perbuatan hendaklah dilakukan kerana Allah, maka dia akan berkembang menjadi orang yang sentiasa dahagakan pujian, sentiasa merasa benar dan tidak mahu menerima masukan daripada orang lain. Inilah bibit munculnya NPD.
Begitu juga anak yang tidak dibentuk pola fikirnya bahawa Allah adalah Maha Perkasa, Maha Kaya, Maha Melindungi dan Maha Pemberi Rezeki, ketika berada dalam kesusahan, dia merasa tidak ada sandaran sehingga dia sentiasa merasa cemas dan risau saat menghadapi masalah.
Tiada kesinambungan antara pola fikir dan pola sikap dipengaruhi oleh asas yang digunakan dalam pembentukannya. Saat ini sebahagian umat Islam salah menempatkan Islam hanya dalam ruang ibadah ritual saja. Islam tidak dijadikan sebagai asas dalam berfikir dan bersikap. Umat lebih memilih untuk mengambil pemikiran Barat. Padahal pemikiran Barat adalah hasil karya manusia yang berpeluang besar terdapat kesalahan. Hal ini yang memicu kepada banyaknya gangguan personaliti.
Sebagai contoh, saat ini banyak muncul program parenting yang berlandaskan psikologi Barat. Apa yang disampaikan di dalamnya dianggap benar dan diterapkan oleh kebanyakan ibu bapa. Sedang landasannya bukan Islam dan sebahagian besar teori-teorinya bertentangan dengan Islam.
Dalam parenting seumpama ini, ibu bapa diajarkan untuk selalu memuji anak ketika anak melakukan perkara yang dianggap baik. Padahal pujian boleh menjadi bahaya bagi perkembangan personaliti anak. Misalnya, setiap kali si anak solat, ibu akan memuji, “Anak ibu soleh, anak ibu rajin solat.” Kemudian ibu peluk dan cium si anak. Pengalaman ini akan dianggap pengalaman yang menyenangkan bagi anak dan dia cenderung ingin mengulanginya. Lalu setiap kali anak selesai solat, dia akan melaporkan kepada ibunya. Motivasinya apa? Mendapat pujian daripada ibu, bukan lagi mencari redha Allah.
Begitu juga dalam parenting, sering disampaikan agar memberi kebebasan kepada anak dalam beraktiviti dan tidak melarang mereka. Bahkan sebahagian ibu bapa menganggap tabu kata “jangan” kerana dikhuatiri akan mengganggu perkembangan kecerdasan anak. Akibatnya, anak tumbuh tanpa larangan dan meninggalkan rambu-rambu adab.
Hal-hal seperti ini yang sebenarnya memunculkan gangguan personaliti anak. Anak akan selalu berusaha mencari pujian orang, tidak mahu diatur dan selalu merasa dirinya benar. Oleh sebab itu wahai ibu bapa sekalian, pendidikan di rumah, yang merupakan pendidikan pertama bagi anak, merupakan dasar bagi pembentukan personaliti anak. Berkiblatlah pada Islam jika ibu bapa di luar sana mahukan yang berpersonaliti Islam.
Membentuk Personaliti Islam yang Teguh
Untuk membentuk personaliti yang utuh pada anak, antara pola fikir dan pola sikapnya, hendaklah menggunakan asas yang sama yakni akidah Islam berserta seluruh aturan yang terpancar daripadanya. Kerana itulah yang perlu dibentuk pertama kali pada anak, iaitu keyakinannya atas keberadaan Sang Khalik, iaitu dasar dari akidah.
Untuk membentuk keyakinan ini pada anak, kita boleh mengenalkan ciptaan Allah dan tanda-tanda kebesaran-Nya di alam semesta. Selain itu kita beri anak gambaran tentang berbagai nikmat Allah untuk menanamkan kecintaan anak pada Diri-Nya. Misalnya bahawa Allah memberi kita mata untuk melihat. Minta anak untuk berjalan dengan mata tertutup. Rasakan bagaimana jika Allah tidak memberikan mata untuk kita?
Begitu juga setiap kali kita mendapat nikmat Allah. Ceritakan pada anak dan ajak dia untuk mensyukuri semuanya. Jelaskan bahawa Allah menyayangi kita. Dengan memahami kasih sayang Allah, anak akan belajar untuk mencintai Diri-Nya. Di kemudian hari, akan mudah bagi kita untuk memotivasi anak untuk beribadah sebagai manifestasi cintanya kepada Allah.
Tanamkan juga kecintaan anak kepada Rasulullah SAW dengan menceritakan kisah-kisah perjuangan baginda, sifat-sifat baginda yang utama, dan kecintaannya kepada umat. Jelaskan juga bahawa cara kita mencintainya adalah dengan menjadikannya sebagai idola kita, teladan kita, mentaati semua ajarannya dan menjauhkan diri daripada apa yang baginda larang dan tidak suka.
Seterusnya kita perlu membiasakan anak untuk terikat dengan hukum-hukum Allah. Sertakan dalil yang ada jika kita memerintahkan atau melarang sesuatu kepada anak. Ini akan membuat anak terbiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Bagi masalah yang tidak ada dalilnya, maka jelaskan alasan mengapa kita memerintahkan atau melarang dia sehingga dia tidak merasa dipaksa melakukan atau meninggalkan sesuatu.
Bagi memotivasi anak dalam beramal di usia kecil, kita perlu menggunakan arah motivasi mendekat, iaitu motivasi yang membuatkan anak terdorong untuk melakukan hal yang dia anggap menggembirakan. Bukan motivasi menjauh, yakni menakut-nakutkan anak untuk menjauhi suatu perbuatan. Contoh motivasi mendekat adalah jika anak melakukan kebaikan, maka Allah akan memberikan pahala dan akan menyayanginya. Jika Allah sayang, Allah akan membalas dengan surga yang penuh dengan kenikmatan. Ini akan membuat anak merasa bahawa Allah adalah Tuhan Yang Penyayang.
Sebaliknya, memberikan motivasi menjauh di usia kecil, seperti jika dia melakukan maksiat, Allah akan menghukum dirinya, atau nanti akan memasukkan dia ke neraka, dapat menciptakan gambaran di benak anak bahawa Allah itu kejam. Dengan demikian kenalkan anak terlebih dahulu dengan syurga. Jika dia telah tamyîz, mampu membezakan baik buruk dengan konsekuensinya, baru kenalkan anak pada konsep dosa dan neraka, sehingga seimbang antara motivasi mendekat dan menjauh.
Motivasi mendekat boleh juga diberikan melalui pemberian hadiah dan pujian. Hadiah tidak semestinya dalam bentuk material, namun boleh dengan cara cium sayang, pelukan, memberikan thumbs up dan sebagainya. Untuk pujian, selama tidak terkait dengan ibadah, boleh sahaja memberikan pujian selagi ianya tidak berlebihan yang menyebabkan anak terobsesi dengan pujian tersebut. Ibu bapa juga perlu usahakan untuk mengurangkan pujian yang bersifat fizikal seperti mengatakan “Kakak memang cantik.” Kalau memang ingin memuji, sampaikan dengan kata-kata yang tidak menimbulkan kekaguman pada diri sendiri misalnya, “Alhamdulillah Allah memberikan kecantikan buat kakak, tetapi Allah lebih suka kecantikan pada akhlak dan agama.”
Namun, jika terkait dengan ibadah, seperti anak melakukan solat, kita perlu mengubah sedikit teknik pujian, daripada memuji dengan kata-kata seperti “anak ibu anak yang soleh”, lebih baik bagi ibu bapa katakan “Semoga Allah memberi pahala yang besar buat kamu,” atau “Semoga anak ibu makin disayangi Allah.” Ini untuk menghindarkan anak daripada sifat riak, iaitu beramal untuk mendapatkan pujian.
Bagi memperkuat personaliti anak, ibu bapa jangan sampai terlalu memanjakan anak dan selalu membantunya dalam menyelesaikan masalahnya. Biarkan anak sesekali tidak mendapatkan apa yang dia inginkan. Biarkan sesekali anak merasakan kegagalan. Biarkan anak belajar menyelesaikan sendiri masalahnya. Jika ibu bapa ingin membantu, maka bantulah dia agar dia boleh mandiri, tidak terus bergantung kepada ibu bapanya. Tahukah anda wahai ibu bapa, sebuah kajian jangka panjang dari Harvard menemukan bahawa kebiasaan melakukan pekerjaan rumah tangga sejak kecil dapat memberi kesan positif pada kejayaan dan kebahagiaan anak di masa depan? (Kompas.com, 30/01/2025).
Inilah beberapa pedoman agar anak memiliki pola fikir dan pola sikap yang kuat. Dengan itu terbentuk personaliti Islam yang teguh, yang tidak mudah terganggu atau tersasar oleh berbagai masalah dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan anak. Apa yang paling penting adalah adanya bimbingan daripada ibu bapa secara intensif, pembiasaan, keteladanan dan doa. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak kita dan menjadikan mereka anak-anak soleh yang teguh dan kuat yang akan memberi sumbangan terhadap kebangkitan umat kelak.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
Sumber: https://alwaie.net/baiti-jannati/menjauhkan-anak-dari-gangguan-kepribadian/
#KeluargaMuslimIdeal
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
#parenting
#IslamicParenting

