[Mafahim Islamiyyah] Hari-Hari Pemisah dalam Kehidupan Manusia (Bahagian 3/3)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
(Sambungan dari Bahagian 2/3)
Hari-hari itu, iaitu hari-hari yang dimulai sejak hijrahnya Rasulullah SAW. Hari-hari yang berbagai peristiwanya banyak dinukilkan kepada kita dalam kitab-kitab sirah Nabi. Semua ini mendorong kita seraya berkata (melalui lisanul hak), ini adalah jalan satu-satunya untuk kebangkitan kaum muslim, untuk mencapai tujuan yang diinginkan, iaitu melangsungkan kehidupan Islam dengan mendirikan negara Khilafah.
Melalui jalan perjuangan politik dan pergolakan pemikiran yang telah ditetapkan oleh Rabbul ‘Aalamin dan telah ditempuh oleh Rasulullah SAW di Mekah melawan orang-orang kafir, serta akidah-akidah dan pemikiran mereka. Rasulullah SAW tidak memiliki senjata, selain iman kepada Allah SWT dan keterikatan dengan perintah-Nya.
la adalah senjata yang kuat dan ampuh, yang mewajibkan bertawakal kepada Allah SWT dan selalu mencari bantuan dan pertolongan dari-Nya. Juga menuntut adanya keterikatan dengan hukum-hukum thariqah (metode) yang telah disyariatkan-Nya. Sesungguhnya menyimpang darinya boleh membawa kepada kegagalan. Bahkan boleh membawa kepada yang lebih besar dan lebih berbahaya daripada itu.
Allah SWT berfirman, “Dan hati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (TMQ Al-Maidah: 49).
Hari-hari pemisahan dalam kehidupan kaum muslim dan sejarah manusia ini, menjelaskan perbezaan yang jelas antara mengemban dakwah untuk menegakkan negara dan mengemban dakwah oleh negara. Sesungguhnya mengemban dakwah untuk menegakkan negara menuntut banyak aktiviti politik dan pemikiran daripada pengajaran dan pembinaan, memuhasabah dan berinteraksi dengan umat, serta mencari pertolongan. Dengan demikian, dengan kekuatannya umat mampu mewujudkan negara.
Tidak diperbolehkan bagi para pengemban dakwah untuk memasuki pergolakan fizikal dan peperangan dengan para penentangnya, walaupun mereka telah berusaha `menarik’ para pengemban dakwah kepada aktiviti ini. Rasulullah SAW adalah ikutan kita. Beliau SAW telah berdakwah kepada Islam di Mekah yang dipenuhi berhala-berhala dan kezaliman. Akan tetapi beliau tidak melakukan aktiviti fizikal untuk menghilangkan berhala-berhala dan kezaliman itu.
Tujuan Rasulullah SAW hanyalah menanamkan akidah Islam dan pemikiran-pemikirannya kepada masyarakat Mekah. Walaupun beliau dan para sahabatnya mempunyai kewibawaan untuk menolak gangguan yang dihadapinya. Rasulullah SAW hanya bersabda, “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, maka sesungguhnya tempat kembali kalian adalah syurga.”
Beliau SAW bersabda kepada orang yang mendorongnya untuk menggunakan senjata, “Kami belum diperintah untuk itu.” Sampai di tengah perjalanan hijrah untuk mendirikan negara, beliau berada dalam situasi yang sangat berbahaya. Namun beliau tidak menggunakan kekuatan fizikal terhadap Suraqah bin Malik. Padahal beliau mempunyai kemampuan untuk itu. Beliau malah berjanji kepada Suraqah untuk memberikan perhiasan Kisra agar Suraqah tidak mengejarnya lagi dan menyembunyikan berita tentangnya.
Jadi, aktiviti terpenting bagi para pengemban dakwah adalah berinteraksi dengan umat dengan ideologi yang diembannya untuk mewujudkan kesedaran umum pada umat atas ideologi ini. Juga agar umat mau memelihara ideologi ini.
Dengan begitu, mereka menuntun umat dengan kepemimpinan ideologis, lalu dengan kepemimpinan praktikal. Ini sebagaimana telah dilakukan oleh Musab bin Umair bersama penduduk Madinah. Mereka adalah orang-orang yang telah berbaiat kepada Rasulullah SAW untuk menjaga beliau dan mendirikan negara di atas bumi mereka. Hal demikian itu setelah banyak dari suku-suku menolak perkara ini.
Oleh kerana itu, wajib atas para pengemban dakwah, iaitu orang-orang yang telah meletakkan dirinya untuk memikul tanggungjawab dalam membangkitkan umat Islam, agar mereka tetap memegang metode Rasulullah SAW dengan gigi gerahamnya, yakni dengan menyedari dan memahaminya.
Hendaklah para pengemban dakwah berhati-hati, jangan sampai ada orang lain yang memesongkannya dari jalan itu dengan alasan ikhlas, alasan maslahat dakwah, atau perbezaan situasi-situasi. Hendaklah mereka selalu kembali kepada Islam dan nas-nas Islam, serta sirah Rasulullah SAW selamanya. Mereka hendaklah menyelidiki hakikatnya sehingga pemikiran itu tetap bersih, jernih, dan metode pun tetap jelas dan benar.
Sesungguhnya keterikatan dengan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah SWT adalah jaminan satu-satunya untuk kejayaan dalam mengemban dakwah untuk menegakkan negara dan melangsungkannya. Oleh sebab itu, generasi yang sedang mengemban dakwah dan membangun negara mesti mempunyai kesedaran sempurna atas ideologi, baik pemikiran dan metodenya. Mereka juga mesti menjadi penjaga Islam tepercaya sebelum berdirinya dan setelah berdirinya negara.
Kaum muslim hampir terjerumus ke dalam fitnah setelah wafatnya Rasulullah SAW. Mereka diselamatkan dari fitnah tersebut oleh orang-orang yang berkeperibadian Islam yang luhur. Mereka telah dibentuk oleh Rasulullah SAW dengan Islam, yakni Abu Bakar, Abu Ubaidah, Umar bin Khattab, dan lain-lain. Mereka mendorong kaum muslim untuk menerapkan hukum Islam. Mereka juga mengusir fitnah-fitnah itu, menempuhi berbagai kesulitan, dan terus menerus menyampaikan risalah mereka.
Mereka mendapat kesempatan dalam masa kurang dari setengah abad dengan perantara mereka untuk membangun permulaan negara terkuat dan terbesar di dunia pada saat itu. Kini dan setelah beberapa abad berlalu atas hijrahnya Rasulullah SAW, setiap tahun kaum muslim selalu mengenang akan hari-hari pemisah antara hak dan batil, yakni hari-hari yang menjadi tanda-tanda dan petunjuk jalan.
Orang ramai menjadikannya sebagai petunjuk apabila hendak melalui jalan itu. Demikianlah halnya, untuk memindahkan kaum Muslimin daripada keadaan terlantar dan berpecah-belah yang mereka alami dalam kehidupan, kepada keadaan yang menzahirkan intipati, kesatuan, serta kekuatan yang mereka rindukan. Kaum Muslimin sentiasa mengenang situasi ketika Rasulullah SAW berhadapan dengan pelbagai tawaran daripada kaum Quraisy dan kabilah-kabilah agar Baginda meninggalkan sebahagian daripada perkara yang telah diperintahkan Allah kepadanya. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada mereka ,“Sesungguhnya perkara itu kembali kepada Allah. Dia meletakkannya di mana saja yang dikehendaki-Nya.”
Nabi SAW terus berdakwah sebagaimana telah diperintah Allah SWT hingga Allah mentakdirkan sahabat Ansar kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang selalu memenuhi kepada setiap perkara yang diminta dari mereka.
Pada suatu hari, sudah pasti sempurna pemisahan tersebut, yakni pemisahan antara hak dan batil. Terealisasilah janji Allah dengan kemenangan bagi orang-orang yang berjalan dengan metode itu. Sebagaimana terealisasi kepada Rasul-Nya dan para sahabatnya.
Allah SWT berfirman, “Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah jalan itu. Janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Yang demikian itu telah diperintahkan Allah kepada kalian agar kalian bertakwa.” (TMQ Al-An’am: 153)
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #DaulahIslam #HakdanBatil #DakwahNabi #ThariqahDakwahRasul

